Rabu, 9 September 2020

Jalan-jalan Taiwan :PART 5 (MEMORIAL, BELI-BELAH)

Assalamualaikum geng, hari ini aku nak sambung citer aku kat Taiwan yang dah masuk part 5. Kalau nak usya-usya aku punya post-post sebelum ni, korang boleh tekan label Taiwan. Ni adalah coretan masa 23 Januari 2020 lalu.

23 JANUARI 2020
MEMORIAL SUN YAT SEN

Lalu kejap salah satu sekolah


Antara tempat yang paling penting jugak dalam Taipei ni, tempat untuk memperingati bapa Republik China iaitu Sun-Yat Sen. Tapi aku nak ingatkan korang, ini bukan makam ya sebab tempat persemadian dekat tanah besar China sana nun. Kami keluar masa petang sikit, right after lepas solat.

Macam mana nak pergi sana pakai pengangkutan awam? Okay, hotel aku dekat belah stesen Ximen, so nak pergi sama, pakai stesen Ximen, pakai line biru (Bannan Line) pergi hala Taipei Nangang Convention Center. 5 stesen kena langkah sebelum pergi ke sana.

Sampai kat sana, masuk je, free je. Seperti dekat Memorial Chiang Kai Shek, ada acara pertukaran pengawal di hadapan patung Sun Yat Sen setiap jam. Lepas tengok pertukaran pengawal, aku dan pengawal aku pergi pulak ke tempat some sort of biodata berkenaan tokoh besar China dan Taiwan ni. Ni pun tengok-tengok Tanah Melayu ada kaitan dengan Sun Yat Sen, particularly Pulau Pinang.











Ni yang sebelum kami keluar ye...










Tak paham satu pun...apa kena mengena dengan Malaysia ek?

ooooo...hat Pulau Pinang nuu....






















Mai mana duit asing ni termasuk RM?








Selain daripada itu, kat sini lah aku tau apa itu Three Principles of the People yang digagaskan oleh beliau dan diamalkan prinsip tu sampailah sekarang. Dalam kepala otak aku, sayang tak dapat dilaksanakan sepenuhnya dekat Tanah Besar China, maybe pasal terpaksa kena hadap pulak dengan warlord-warlord zaman tu, belum lagi dengan komunis China lagi yang masa tu level beshe2 je.

Aku kemudiannya pergi naik atas, kat situ ada pameran gambar-gambar berkaitan dengan Sun Yat Sen. Masa zaman-zaman beliau tengah memimpin tanah besar China. Kat situ jugak ada pameran-pameran lain tapi aku tak berapa pergi sangat ruang-ruang tu sebab ada tempat lain nak kena pergi.

Settle memorial, kami pergi tempat makan kat hujung tepi memorial kat belah Guangfu South Road, nama kafe itu ialah Bigtom. 

Makan pizza..



WUFENPU SHOPPING DISTRICT

Selesai mengisi perut, kami pergi terus ke Wufenpu Shopping District. Menggunakan Bannan Line, kami pergi lagi ke timur ke stesen Houshanpi dari stesen Memorial Sun-Yat Sen. Sebanyak tiga stesen ke timur kena lalu. 

Dekat situ memang femes dengan jualan barang-barang pakaian hingga sesempit lorong. Kadang-kadang macam sebijik dengan pasar bundle gitu, tapi ada jugak brand-brand yang femes gitu. Selama dua jam lebih jugak kami berada di situ. Kami selepas itu pergi ke Songshan stesen.
















BERJALAN JAUH TAMAN DA'AN PARK

Destinasi seterusnya ialah Da'an Park. Rasanya dari awal lagi tempat ni sembang antara family aku, tapi untuk apa. Rupanya nak pergi sana sebab nak pergi kat salah satu kedai halal. Dari Songshan Station, tukar kepada Wenhu Line dekat Nanjing Fuxing station, kemudian dua stesen lagi pi ke Da'an, tukor pulak ke line merah ke Da'an Park.
Berjalan sikit dalam taman..





Cuma yang tak bestnya (tapi best jugak..hehe), keluar dari stesen Da'an Park, kena pulak jalan jauh masuk dalam taman tu, dah la besar woi taman dia, dalam malam pulak tu, tapi kita jalan saja la. Sampailah jugak kitaorang ke Taipei Grand Mosque kat Xinsheng South Road tapi kitaorang tak masuk situ, just bergambar je.

Then kami pergilah ke satu kedai halal yang Indonesia, tapi dah nak tutup. So kitaorang decide untuk balik tapi masalahnya Da'an Park jauh lagi. Jadi apa lagi, langgor je le berjalan jauh sejauh 1.5 kilometer paling kurang di tepi2 jalan instead of masuk dalam taman tu balik. Nasib baik time ni sejuk sikit, kalau time panas, berpeluh kitorang balik hotel ni.

Kami pun then balik ke Ximen, dan macam biasa, beli makan kat kedai shwarma tu. 

Bersambung, part paling last. Sebelum aku habiskan coretan ni...boleh tengok acara tukar kawalan dekat Memorial Sun Yat Sen.

Khamis, 23 Julai 2020

Food of thought: Kelab 'negeri' dan bandar/pekan boleh co-exist?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca,

Ada satu malam aku ada tweet pasal food of thought ni...kalau faham English tu ok lah...tapi apa pasal aku tweet macam ni?

April lepas, aku ada sembang 'palatao' pasal alternatif pemerkasaan kelab bola sepak komuniti tapi tengah malam tadi lepas habis test Bahasa Arab, aku asyik search-search kat internet pasal kelab-kelab liga Jepun. Aku tengoklah satu kelab yang bernama Ehime FC yang sekarang bertanding dalam J2 League. Tengok-tengok bila check rupanya asal kelab ni ialah Ehime Prefecture dan dia tak spesifik mana-mana bandar cuma berpangkalan di Matsuyama, Jepun. Aku terfikir, apasal depa tak namakan kelab tu sebagai Matsuyama FC je? 
Info hometown Ehime FC yang bersifat prefecture-based.
Ini macam Selangor kerjasama dengan semua PBT-PBT daerah, perbandaran dan bandaraya

Ini kalau apply di Selangor, ada wakil pemain di setiap daerah di Selangor.



Sebab kat sini dah ada cadangan daripada sesetengah pencinta bola sepak supaya pasukan negeri 'spin-off' kepada pasukan bandar/pekan atau lebih spesifik, ibu negeri. Berdebatlah dalam medsos sama ada yang menyokong mahupun yang membantah. Aku dah sembang ari tu dalam artikel lepas.

Untuk pengetahuan, prefecture di Jepun ni lebih kurang SAMA PANGKAT kedudukan negeri-negeri di Malaysia. Point aku ialah first-level administrative division (pembahagian peringkat pentadbiran).  Aku terus terlintas fikiran aku terhadap pasukan bola negeri macam Selangor, JDT dan lain-lain.

Nak lagi kuat aku punya 'berangan', aku tengok pulak FC Imabari yang kini bertanding dalam J3 League. Aku impressed dengan perjalanan diorang punya kelab yang dulunya sekadar 'feeder club' unuk Ehime FC, dan sekarang diorang dah jalan sendiri. Bila tengok lokasi kelab, rupanya dari prefecture yang sama, dan dia bandar je pun berbanding  Ehime FC yang aku dapati bersifat 'prefecture-wide'.

Dua-dua kelab ni berada dalam liga profesional Jepun kot. Ko ingat senang nak masuk liga tu? Nak masuk JLeague dari JFL ni, ada syarat-syarat ketat yang kena ikut. Itulah wujud satu lesen khusus ialah "J League 100 Year Plan". 

Ko kena ingat, pentadbir liga ni ambik serius pasal sustainability kelab. Kat sini, tiap-tiap tahun ada isu pasal tunggakan gajilah, apa la. Sampai ke peringkat digantung FIFA. Perlis dah kena....lepas ni siapa pulak yang kena lepas ni, tambah-tambah dengan pandemik COVID-19? Tak taulah kalau MFL ada buat tindakan susulan...patut kena tegas benda-benda ni!

Balik pada kelab Jepun ni, persoalan penting sekarang, macam mana dua-dua kelab yang berasal dari prefecture yang sama ni boleh terus hidup? Setakat ni belum ada cerita-cerita masalah kewangan itu dan ini seperti yang dialami oleh pasukan kelab di Malaysia.

Kalau di sini, untuk Liga Super saja, Ehime FC aku samakan seperti pasukan Selangor manakala Petaling Jaya City FC seperti FC Imabari. Itu baru peringkat Liga Super saja...belum lagi aku mention seperti Shah Alam Antlers, Harini KS FC dan lain-lain.

Ni kalau apply kat sini...ada Selangor dan PBT-PBT seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Langat, Kajang dll.

Jawapannya ialah satu je, ENGAGEMENT DENGAN KOMUNITI YANG KUAT! Tak kiralah sama ada penduduk marhaen, kanak-kanak waima syarikat korporat pun. Syarikat besar ke, PKS ke, lantak pi lah! Untuk pengetahuan, J League wajibkan semua kelab mengisytiharkan kawasan tertentu untuk lakukan aktiviti engagement dengan komuniti (aku letak link..yang tak paham bahasa Jepun tu ada butang khas translate dalam Chrome). Konsep ni lebih kurang macam isytihar 'tanah jajahan' kelab bola sepak begitu. Semua orang boleh sokong kelab tu, tapi aktiviti bersama komuniti dibuat dalam kawasan yang diorang dah isytiharkan.

Senang je sebabnya, untuk buat fanbase atau penyokong yang kukuh daripada kalangan rakyat dalam 'jajahan' diorang. Macam-macamlah aktiviti yang diorang buat, dari lawat sekolah-sekolah sambil promote kelab sampailah ada sesetengah pemain kelab Jepun pegi masuk sawah padi sekali daaa! Asalkan biar sampai nama kelab tu melekat dalam kepala penduduk.

Bila nama kelab tu melekat, penduduk pun akan terangsang nak turun stadium untuk sokong kelab berhampiran dengan rumah masing-masing. Bila pegi tengok bola, orang akan beli merchandise kelab, yang original ya! Bila ramai beli merchandise kelab rasmi, revenue kelab akan naik termasuk tiket stadium.

Itu belum lagi beli barang daripada peniaga-peniaga sekitar stadium. Taraf hidup penduduk setempat akan naik, tak payah tunggu program kerajaan bagai untuk naikkan taraf penduduk. Jadikan bola sepak sebagai 'komoditi' perangsang ekonomi sudah memadai.

Bila fikir balik, aku perasan, sentimen kenegerian dalam bola sepak Malaysia sampai kelab-kelab komuniti ni susah nak survive ni puncanya satu je, kita punya mentaliti menganggap pasukan negeri ni macam psuedo-pasukan kebangsaan ,bukannya kelab bola sepak dalam erti kata sebenar! Padahal kita terlupa, ini hanyalah liga domestik yang jugak disertai oleh pemain import, BUKANNYA KEJOHANAN ANTARA NEGERI MACAM SUKMA! Aku sorang je ke perasan kesilapan mentaliti ni?

Bukannya apa, ada sesetengah kes yang kebanyakan rakyat di bandar-bandar besar seperti di  Lembah Klang..hanya turun ke stadium bila pasukan negeri asal bertandang ke  mana-mana stadium di Lembah Klang.

Nak pergi contohnya ke Seremban semata-mata kerana kelahiran Negeri Sembilan dah masalah tak cukup bajet minyak dan tol pulak. Tu baru sekali, ni belum lagi turun banyak home game. Hanya bila tunggu macam suku akhir dan final barulah datang ke stadium. Itu bagi aku tanda-tanda awal 'glory hunter'....

Itu aku tak sebut yang ada anak-anak kena sokong pasukan kelahiran ibu bapa. Contohnya, satu family sokong kelab Pahang padahal anak-anak dari lahir, membesar ,bersekolah dan tinggal di Kuala Lumpur. Sepatutnya, anak-anak ni diberi kebebasan untuk menyokong kelab yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka seperti kelab Kuala Lumpur (Liga Premier) ataupun Kuala Lumpur Rovers (Liga M3). Kesilapan macam yang aku sembang di atas perlu diperbetulkan.

Jadi, point aku kena tanya balik diri kita, kita betul ke minat bola sepak atau tengok bola semata-mata kerana sokong negeri? Tepuk dada tanya selera.

Untuk penutup, sebenarnya boleh je kelab yang mempunyai nama negeri dan kelab berasaskan bandar tu bersaing secara sihat dalam sistem liga bola sepak Malaysia...tapi ada beberapa syarat:

  1. First of all, untuk penyokong, kena berhenti menganggap pasukan negeri ni seolah-olah seperti psuedo-pasukan kebangsaan. Sokong sebagai kelab bola sepak. Semua orang boleh sokong kelab itu...digalakkan orang yang bermastautin dalam tempat itu (Kalau boleh berdasarkan jarak hampir ke stadium, so nak pegi stadium tak payah fikir pasal duit tol, duit minyak dsb). Aku suka Rambo (Alfadl Awaludin) cakap masa dalam Sembang Tifo: Revamp Selangor Football dengan Tifo Arena pada tahun 2016, semua orang boleh sokong pasukan Selangor hatta kau duduk kat Kuwait sekalipun....hahaha..itu aku setuju!
  2. Paling penting, korang kena set dalam kepala korang, INI LIGA BOLA SEPAK DOMESTIK BUKANNYA PERTANDINGAN ANTARA NEGERI seperti SUKMA.
  3. Kena kurangkan mentaliti anak jati itu ini. Again macam Rambo cakap, kalau sembang anak jati bagai, kenapa pulak di Malaysia ada penyokong kelab-kelab Eropah macam Liverpool, Chelsea, Barcelona dan lain-lain. Dan itulah bawak kepada point ketiga....
  4. Swastakan betul-betul pasukan daripada persatuan FA negeri, sebagaimana JDT sekarang yang pisah sepenuhnya daripada PBNJ. Kerja FA negeri ialah bangunkan grassroots football dan uruskan liga bola sepak negeri dengan promote kaw-kaw liga negeri dari segi grafik media dan sebagainya, macam Selangor Champions League dan Liga FAS akhir-akhir ni. Kena ada pengurusan berasingan daripada persatuan bola sepak sebab buat masa sekarang, yang menjadi 'figurehead' kelab ialah Setiausaha Agung atau Presiden persatuan bola sepak, bermakna pada pendapat aku, penswastaan pasukan belum lagi dilaksanakan sepenuhnya.
  5. Ini yang paling  WAJIB, sentiasa ENGAGE DENGAN PENYOKONG. Macam aku sembang di atas, contohi kelab-kelab J League. 
  6. Apa-apa hal mesti rujuk pada Masterplan Next50 oleh MFL. Plan dah bagus dah...cuma tinggal kelab kena laksanakan betul-betul apa yang dirancang oleh MFL.
Setakat ni saja bebelan aku ni, sedikit sebanyak pasal pendapat aku pasal food of thought tentang kelab bola sepak negeri ni. Kalau ada apa cetusan minda atau kritikan, korang boleh komen di bahagian komen di bawah....apa yang aku tulis ni sekadar pendapat peribadi aku. I will see you in the next article. Wassalamualaikum.