Assalamualaikum dan salam sejahtera sekmung semua,
Pertama sekali aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua para pembaca. But just remember, you are just the same person on 12.02 a.m. and on 11.59 p.m...on new year. Tak payah nak gebang ''new year, new me" la sangat...haha, gurau je...wekkk. Apapun, hari ni aku nak cerita pengalaman aku bercuti ke Pantai Timur sebelum aku kembali ke kampus Dungun sempena cuti pertengahan semester ni....
Pada awalnya family aku rancang nak pergi ke Kota Bharu masa awal cuti pertengahan semester iaitu mungkin 12 atau 13 Oktober 2017...tp memandangkan ada yang sibuk, jadi kami pergi la ke Pantai Timur balik pada hari Rabu, 18 Oktober lepas. Ok, pertama sekali tempat yang kami pergi semestinya ke Kuala Terengganu. Sebelum ni pun kami sekeluarga ke Kuala Terengganu beberapa kali....saja untuk cuti-cuti. Kali ini pun cuti jugak tapi sebagai singgah sebelum pergi ke Kelantan. Gila apa nak pergi terus ke Kelantan dari Shah Alam....otherwise the Lebuhraya Pantai Timur continues to KB (tp sampai sekarang tak dengar khabar berita pun).
Siapa lalu LPT mesti 'wajib' lalu ni....
Menghampiri penghujung LPT....
Pulau Wan Man
Tulisan jawi ada di mana-mana...hmmm bila la yg pantai barat nak budayakan tulisan jawi?
Kami mula bertolak dari Shah Alam, kira-kira dalam 11.00 pagi la gitu...macam biasa singgah kat Gambang dulu lepas tu sambung balik perjalanan kitaorang. Kalau sebelum ni masuk persimpangan Paka sebab nak balik kampus, kali ini jalan sampai habis ke persimpangan Kuala Terengganu pasal nak holiday sat. Dalam otw ke sana, kami masuk pulak ke kawasan rehat Paka pulak. Waktu dah senja apabila kitorang sampai ke Kuala Terengganu.
Kami tinggal satu malam je di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu yang dekat sebelah je dengan Kampung Cina. Lepas daftar bilik dan solat, kami keluar untuk jalan-jalan di depan Pulau Warisan. Masa ni, tak banyak aktiviti kat situ, mungkin sebab dah malam barangkali....apapun still cantik sebab banyak lampu berwarna pi bukak. Pada malam tu jugak aku dengan keluarga aku makan malam di sebuah warung dekat tepi jalan di depan Pulau Warisan. Aku ingat aku makan nasi goreng masa tu......
Habis makan kami pergi ke celah lorong di Kampung Cina. Dokek situ jugak ada dibuat mural untuk cerita pasal pentingnya pemeliharaan penyu untuk terus 'survive'. Kat situ jugak ada dibuat sikit monumen di situ dan aku dan adik aku pun bergambarlah kat tempat-tempat berkenaan.
Sodapnyoo...
Tu bas bandor la......
Hmm...sedihnya bila tengok kisah penyu...
Hok ni la Kampung Cina
Lepas itu, kami jalan balik semula ke hotel untuk rehat. Esoknya nak terus ke Kelantan. Sekian saja catatan aku pada hari ini. Bersambung selepas ini.....saksikan jugak vlog adik aku di bawah...Wassalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan