Aik....tetiba aku ucap dalam Bahasa Korea ni apahal? Haaaa......ni aku nak ceritakan kepada para pembaca tentang al-kisah seminggu bercuti di Korea dari 10 sampailah ke 17 Februari 2018 sempena cuti Tahun Baru Cina ni.
Macam percutian ke luar negara sebelumnya, kami dah rancang setahun sebelumnya, pasal apa? Mungkin nanti kalau beli tiket kapal terbang last minute, nanti takut habis tempat duduk... Ok, seminggu sebelum pergi ke Korea pada Jumaat, abah ada minta aku untuk merancang mana tempat dalam Korea ni nak pergi sebab nanti bila sampai sana, tak ada la nak kelang-kabut nak pergi la kot. Jadi aku pun menjadikan buku 'I'm a Backpacker: Korea' nukilan Halian Azurin sebagai rujukan. Dalam buku itu, ada jugak dibagi panduan macam mana nak menyusun jadual sewaktu di Korea nanti.
Study dulu tempat |
Paling penting sekali, di mana lokasi hotel itu. Aku dapat tahu yang hotel itu terletak di dalam kawasan kejiranan yang aku boleh katakan hometsay la begitu. Alamatnya ialah 7 Cheong-pa ro 77-gil. Aku dapat e-mail daripada abah tentang hotel itu dan ada powerpoint pasal macam mana nak pergi ke hotel tu dari Stesen Seoul. Rupa bilik bila tengok gambar boleh tahan jugak kecik...tapi tak la kecil sangat macam bilik-bilik di Jepun, tapi bila sampai sana...haa baca sampai habis dulu...
Aku masa tu jugak susun jadual mana nak pergi selepas sampai saja dari airport Incheon. Pada awalnya, dirancang lepas sampai saja terus pergi ke Istana Gyeongbok, pastu ke Dataran Gwanghamun, City Hall dan akhir sekali ke Gerbang Sungyemun dekat bolah Namdaemun. Pastu boleh jalan terus ke hotel. Tapi sampai lain ceritanya.....
10 Februari 2018, kami akan pergi ke KLIA pada malam itu. Tapi hari itu jugak adik-adik aku sempat lagi bersekolah pada sebelah pagi. Nasib baik! Lepas solat jumaat, kami mula dah kemas barang secara besar-besaran (tapi dah start pada hari-hari sebelumnya tapi setakat kemas baju saja). Sampailah ke pukul 5.00 petang..
Selesai kami kemas, kami keluar dari rumah ketika nak hampir maghrib. Sebelum itu, kami berhenti kat kedai dobi kat Jalan Plantinum sebelum kami meneruskan perjalanan ke KLIA. Lepas kami dah check in flight, kami pergi makan malam kat KFC. Perut penuh sudah, kami terus masuk ke bahagian imigresen dan kastam lalu naik aerotrain....
Finally, on 12.30 p.m, we took a flight to Incheon. Sepatutnya pukul 11.59 malam dah berlepas tapi kono tundo sotongah jam daa....Ramai jugak rakyat Korea berada kat pintu masuk Korean Air, rasanya diorang nak balik.
Kira-kira hampir 6 jam kami dalam penerbangan tu. Aku ingat aku tak berapa banyak paki in-flight entertainment kecuali tengok berita je kot. Sebahagian besar masa penerbangan aku tido je la.....krohhhh.....Kami tiba di Lapangan Terbang Incheon pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan (waktu Korea hanya beza sejam je dengan Malaysia). Walau bagaimanapun, kami sampai di terminal 2 yang masih lagi baru je dibuka, berbanding Terminal 1 yang merupakan terminal asal.
Soohorang dan Bandabi.. |
Naik AREX bohh... |
Selesai check imigresen, kami keluar dari kawasan ketibaan dan mula la someone of my family cuba nak cari sesuatu. Kadangkala sampai aku terlelap sekejap. Pukul 10.00 pagi (waktu tempatan), kami ngeteh pagi (sambil layan croissant) kat...aihhh aku dah lupa kedai apa ntah. Habis ngeteh, kami naik kereta api ke Seoul Station.
Anyway, kereta api yang kami naik ni adalah AREX all-stop lebih kurang macam KLIA Transit instead of express. Tiap-tiap satu stesen kena berhenti dah.....Lepas hampir sejam suku, kami akhirnya sampai ke Stesen Seoul.
Sekarang, nak pergi ke hotel pulak. Macam aku sebut awal artikel, hotel kat kawasan kejiranan. Jadi kami pun kena la berjalan sampai ke hotel tu ikut panduan yang disediakan. Kekadang, rupa lain tapi bila sampai sana lain sampai ke Cheongpa-ro 84 la, 79 la, hampir tersesat kami kat sana tambahan pulak dah la nak kena naik bukit.....Alhamdulillah, nasib baiklah tak sampai terlalu dalam dan sempat berpatah balik ke Cheongpa-ro 77, haaa baru la betul hotelnya kat mana. Hotelnya adalah seperti rumah kecil. Oh ya, tempat seperti Cheongpa-ro ni aku difahamkan selalu ada dibuat penggambaran dalam mana-mana K-Drama.
Aihh...ponat bonar ehhh nak daki.. ruponyo salah jalan! |
Hok ni la Cheongpa-ro 77 gil.. |
Sampai saja kami di sana kami tunggu kat luar sementara tunggu ada receptionist. Seorang warga emas yang jugak penduduk rumah tu pun sampai dan mempelawa kami masuk. Agak kesian jugak beliau agak tak dapat berbahasa Inggeris (tapi ada la sikit perkataan bahasa Inggeris) jadi kadang kala menggunakan bahasa badan. Sekurang-kurangnya, dapatlah jugak berkomunikasi. Akhirnya kami dapatlah bilik walaupun kecil....siap ada katil botingkek...
Petang tu, aku cuma tidur je pasal penat sangat la kot (sebelum tu dah solat dah). Sampai la pukul 6.00 petang. Pukul 8.00 malam, kami semua keluar ke Dongdaemun. Dari Seoul Station, kami pakai Line 4 untuk sampai ke stesen Dongdaemun. Sebenarnya ada lagi stesen Dongdaemun tapi yang Culture Park la....boleh pilih mana satu mau turun.
Hok ni...Gerbang Heunginjimun, kadangkala digelar Dongdamun Gate |
Sini la Cheongyeccheon Stream, cuma tempat mulanya jauh depan lagi |
Cuma yang paling aku ingat apabila kami pergi ke kompleks beli belah HelloAPM. Banyak tingkat tu...aku ingat sampai enam tingkat paling tinggi la. Dekat situ jugak la awal-awal lagi nak beli souvenir...hmmmm.
Papan tanda tulisan Hangul dan Rumi (Bahasa Inggeris), aku teringin papan tanda kat Malaysia dgn tulisan jawi dan rumi... |
Busan Fish Cake...rasa sama macang kerpok lekor bohh.. |
Selepas beberapa lama berada kat sana, kami pun patah balik ke stesen Dongdaemun untuk balik hotel. Tutup cerita hari pertama di Korea...insya Allah sambung hari kedua....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan