Hari ini aku nak sambung coretan ke Korea dengan kali ini pergi ke....Pyeongchang. Apa lagi, nak tengok acara sukan Olimpik sejuk la. Sebelum ni, memang haram tak pernah pergi tengok acara taraf INTERNATIONAL WOIIII......secara live depan mata sendiri. Kalau ada pun itu pun Sukan SEA tahun lepas.... tu yang aku cakap 'idea gila' sebab tak semua mampu pergi ke acara taraf antarabangsa yang memang biasalah, makang pitih banyok belake.
Pada mulanya pada hari itu (15 Februari) ingat nak takat jalan-jalan dekat Seoul je pasal nak naik tren laju agak mahal sikit...tapi aku dengar je family member dok bincang pasal Pyeongchang, alang-alang ada seat lagi untuk trip ke Gangneung, naik la tren ke stesen Jinbu.

Aku tak ingat berapa jam berada dalam tren laju KTX tu, tapi yang pasti hampir pukul 12.00 tengah hari baru la sampai. Pada mulanya nak pergi ke Jeongseon nak tengok orang main naik ski dari ataih...tapi bila dah sampai je (melalui bas), tengok semua dah keluar. Maknanya dah habis la....buat penat je ngok. Jadi terpaksalah berpatah balik ke Stesen Jinbu tapi kali ini naik bas lain pulak. Kali ini, pergi ke Alpensia Resort...ni nak tengok lumba cross-country.
Ni memang serius masuk tengok acara...aku ingatkan datang tengok kat luar je tak payah beli tiket. Tapi memang masuk ke resort tu tengok acara ski cross-country. Lepas beli tiket, kena berjalan jauh sampai ke tempat acara....
Habis tengok acara, kami masuk dalam khemah rehat sebab nak panaskan sikit badan....sejuk gila woi kat luar. Kemudian kami pun ada beli sikit cenderamata. Kami selepas itu pergi ke Pyeongchang Olympic Stadium...saja jalan-jalan je. Naik bas....tapi kena tunggu la dulu giliran bas tiba...adik-adik aku pulak main sajli daaaa.... Sebelum masuk ke kawasan stadium tu, macam kat tempat kena check barang dulu....ni level antarabangsa kot. Keselamatan tak boleh kompromi!
Pertama sekali, kami makan-makan dulu kat Spectator Restaurant. Sedap makan mi katanya...hehe.
Selesai makan malam tu, ambil gambar kat stadium bagai, sampai masanya untuk balik ke Seoul tapi, panjang perjalanannya, pasal apa? Sebab kena berjalan punyalah jauh sampai tersinggah satu pekan pastu kena tanya guider itu ini...last-last jumpa jugak bas untuk kembali ke Jinbu, rupanya tengah pekan sebelah jalan besar. . Yang sebelum-sebelum ini rupanya destinasinya pergi ke tempat lain.
Alhamdulillah, kami sampai juga ke stesen pada pukul 7.30 lebih la begitu. Itupun macam awal sangat sebab, kereta api hanya sampai pukul 10.00 malam. Kena la duduk lepak kat stesen tu sampai 9.30 malam untuk naik ke platform. Tengok TV dan layan fon, tu je kejenya.
Kereta apinya akhirnya sampai pukul 10.00 malam tapi, gila la kena duduk asing-asing setiap gerabak setiap ahli keluarga aku.....dah la jauh pulak tu. Hadap je la....janji sampai je la ke stesen Cheongnyangni (bukan Seoul sebenarnya sebab tak silap aku memang tutup masa tu)....Alhamdulillah, kami selamat sampai ke hotel....
Berjumpa dengan orang Malaysia yang berada di Jinbu.
Acah je main sajli...huehuehue.....

Yum-yum sodapnyo...
Alhamdulillah, kami sampai juga ke stesen pada pukul 7.30 lebih la begitu. Itupun macam awal sangat sebab, kereta api hanya sampai pukul 10.00 malam. Kena la duduk lepak kat stesen tu sampai 9.30 malam untuk naik ke platform. Tengok TV dan layan fon, tu je kejenya.
Duk sorang je la sebab dah sorang asing-asing gerabak. |
Kereta apinya akhirnya sampai pukul 10.00 malam tapi, gila la kena duduk asing-asing setiap gerabak setiap ahli keluarga aku.....dah la jauh pulak tu. Hadap je la....janji sampai je la ke stesen Cheongnyangni (bukan Seoul sebenarnya sebab tak silap aku memang tutup masa tu)....Alhamdulillah, kami selamat sampai ke hotel....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan