Jumaat, 25 Januari 2019

Kehidupan Seorang Mahasiswa: Enactus Family Day 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni.

Tidak terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua walaupun dah dah masuk hari ke-25 dah. Ok, hari ni aku nak sambung siri citer aku kat univerisiti seperti tajuk kat atas. Kali ini pasal ENACTUS Family Day pada 24 November 2018 lepas.

Pasal diadakan pada pagi, jadi aku kena ada kat sana pada sebelum pukul 8.30 pagi. Oh ya, aku pun kena bawak kain pasal ada satu acara yang kena menggunakan kain. Baca penuh lagi.

Anyway, sampai je alaa macam biasa la majlis mula lambat sikit. Kira-kira pukul 9.00 pagi lebih camtu baru mula. Macam kebiasaan sebelum memulakan acara yang membabitkan fizikal, mestilah dengan senamrobik terlebih dahulu. First acara dimulakan dengan 'Amazing Race'. Sebelum tu, aku kena ada kumpulan dan sampailah family day ni tamat, semua kena ada dalam satu kumpulan. Geng aku, semuanya perempuan dan semuanya aku tak pernah kenal secara langsung memandangkan semua teammate merupakan pelajar semester 1. Ni pasal buat berdasarkan nombor punya pasal deii...
Sebelum senamrobik....ape kehe Zasya ni..lol

Ni sorang lagi....lol amir



Berkumpul dengan kumpulan...

Acara 'Amazing race' ni mula pergi ke Unit Kesihatan. Ni pada mulanya kena main lastik getah kena kat tin-tin yang kumpul. Hampir semuanya tak dapat hape pun...kecuali satu tin terpisah, tapi tak jatuh-jatuh pun. Lepas tu, kena pergi pulak ke kedai Stabak...kali ini ada pasal teka teki. Tapi time ni, ada sedikit masalah teknikal sikit....tapi permainan tetap jalan. Pastu pergi ke Pusat Hidayah, kena buat pisang campur ngan...lupa lak...tapi memang MASAM BAII!! Then pergi lak ke library, ni kena teka apa gambar yang tertera dan dahla 3 gambar gabung sekali...nasib baik dapat hampir semua, then kena pergi lak ke acara kena puzzle gambar...then pergi balik ke bangunan sarjana...alhamdulillah dapat tempat ke lima...kot yg aku ingat. Oh ya lupa, tangan kena ikat lepas tu sambung ngan teammate tau...nampak macam satu kumpulan bersama-sama.
Kena ikat deyy..

Ada la aku buat 3 percubaan tapi semuanya tak kena


Kena teka apa bende dalam kotak tu...dengan sentuh...



Tengah hari lek lu, duk bilik. Lepas zohor sambung semula acara. Ni memang kena guna kain...Acara yang paling aku ingat ialah kena tiup belon sambil tutup mata. Sebelum tu aku kena la latih tiup belon dulu..sebab aku tak biasa lagi. Nasib baik jadi...Kelakar nya, masa tengah acara, lepas pusing badan, aku terus tak fikir apa...jalan je. Sekali bila bukak mata, LOL....pergi ke team lain lak...

Lepas tu ada acara tiup tepung...satu hamparan kotak diletakkan tepung, semua teammate kena tiup tepung sampai semuanya hilang. Yang mangkuknya satu je, tengah tiup tepung ngan teammata ada la orang lain (sape la agaknya, ngaku cepat, HAHAHA!!) dok bubuh tepung kat atas aku! Habis baju atas aku kena tepung. Kena tepuk la balik...

Acara seterusnya ialah ala running man sikit...tapi tak citer banyak la sebab, aku baru nak lari je, kena cabut punya belakang...jadi aku tersingkir awal la...jadi sepanjang permainan tu, aku lepak je la. Last acara, yang aku ingat ialah lumba ambil bendera warna sambil jalan terkangkang....uihhh...penat.


Tiup belon luu...



Acara ambik bendera sambil jalan itik...

Konon ala running man la...tapi terkeluar awal..

Amende la jabbar ni...lol


Habis semua acara, masa untuk makan. Sedap woo...ada nasi goreng, sosej, ayam semua ada....kenyang la untuk malam. Habis makan, adanya majlis penyampaian hadiah dan last skali...Chicken Dance LOL!!
Sesi penyampaian hadiah...

Before the chicken dance luuu....


Miss Zu ambik gambar mende tu? hehe...

Buat chicken dance pulok laa...

Ni la ahli kumpulan aku....

Sekian saja catatan aku pada hari ini...boleh la komen sikit di bawah. Insya Allah, ada lagi tulisan selepas ini...Wassalam.


Isnin, 31 Disember 2018

Selamat Tahun Baru 2019



Assalamualaikum kepada para pembaca semua,

Pertama sekali aku minta maaf sebab dah berbulan-bulan tak kemaskini blog ini. Hari ini tak banyak aku nak bicara sangat cuma aku nak kata 2018 ni banyak kenangan yang aku alami sepanjang tahun tersebut. Palaing penting sekali ialah cuti ke Korea Februari lepas. Peristiwa lain yang aku tak lupa ialah PRU-14 di mana buat pertama kalinya sejak merdeka dan pembentukan Malaysia, kerajaan persekutuan bertukar tangan...insya-allah, kalau ada kelapangan aku akan menulis coretan tersebut. (aku belum layak mengudi lagi ye, aku cuma menyaksikan je sbb ikut parents aku) Aku tak sangka berlaku dalam zaman kehidupan aku... Peristiwa lain yang aku tak lupa ialah seperti, Family day Enactus, site visit, Raya 2018 dan lain-lain lagi.

Buat masa ni aku kena study kat kampus pasal ada peperiksaan akhir semester 3. Wish good luck for my friends yang tengah menghadapi exam...Aku mohon ampun dan maaf kalau selama ini aku terkhilaf....ini adalah posting terakhir sebelum 2018 menutup tirai..

Akhir kalam, SELAMAT TAHUN BARU 2019!

Image result for new year 2019

Jumaat, 14 September 2018

Seminggu Cuti ke Korea : Hari Terakhir (17 Februari 2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku sambung coretan percutian ke Korea dan ini merupakan artikel terakhir dalam siri ini. Pada 17 Februari lalu, kami sudah berkemas untuk pulang ke tanah air.

Sebelum itu, kami keluar awal pagi sedikit untuk beli barang-barang cendermata di Namdaemun Market. Menghampiri waktu tengah hari, kami mula meninggalkan hotel dengan berat hati kerana layanan mesra tuan punya hotel……huhu.




Pandangan terakhir aku di kota Seoul....



Berat hati nak meninggalkan tuan punya hotel yang mesra ni......

Kami mula pergi ke stesen bawah tanah untuk menaiki kereta api airport ke Lapangan terbang Incheon. Sebelum itu, kami serahkan beg-beg besar di kaunter untuk dibawa melalui kenderaan yang ditetapkan. Aku tak lupa bila salah satu beg besar dah terlebih muatan. Jadi terpaksalah keluarkan sedikit barang yang menyebabkan jadi berat untuk dimasukkan ke beg lain supaya dapat dikurangkan supaya lepas sekuriti….

Kami menaiki kereta api ekspres yang tidak singgah di mana-mana stesen sebagaimana ketika kami tiba di Seoul. Kami tiba di Terminal 2 yang baru, bukannya terminal 1 yang merupakan bangunan ‘ori’ Incheon Airport.





Sewaktu di lapangan terbang, kami tak pergi ke mana-mana kaunter beg bagi airlines sebab dah dibuat masa di Stesen Seoul. Selepas check masuk dan solat jamak, kami mula pergi ke kapal terbang untuk ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal Korea….








Kami berada di dalam kapal terbang selama 6 jam. Akhirnya kami tiba di KLIA pada pukul 10.00 malam…. Selepas keluar dari KLIA, kami singgah kejap di McD KLIA arah utara menuju ke ELITE.


Lupa doh ni makanan ape....

Boleh tak translatekan bandar-bandar dalam Tanah Melayu....

dah nak sampai....ni rasanya kat Seremban ni...

Maka dengan ini, berakhirlah siri coretan aku ke Korea 2018. Kalau tak baca sepenuhnya cerita aku boleh tekan mana-mana coretan di bawah. Sekian sahaja coretan aku pada hari ini. Wassalam dan jumpa lagi.

9 & 10 Februari - Permulaan dan Dongdaemun

11 Februari - Gyeongbokgung dan Myeongdong

12 Februari - Lotte World

13 Februari - Gwanghamun, Iteawon dan Hongdae

14 Februari - Memorial Perang Korea dan World Cup Stadium

15 Februari - Olimpik Pyeongchang

16 Februari - Cheonggyechon dan Gangnam