Selasa, 17 Mac 2026

Ulasan Artikel Bahasa Inggeris: A real plan to end KL’s congestion nightmare

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog,

Apa khabar semua, lama dah blog ini bersarang tak dikemaskini. Tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 memandangkan ini adalah post pertama untuk tahun 2026, Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang mengikuti Sheikh Seksyen 7.

Akhir-akhir ni aku banyak menulis coretan, tapi dalam Bahasa Inggeris dalam Linkedin. Salah satu yang aku buat coretan ialah ulasan untuk artikel daripada FMT yang bertajuk "A real plan to end KL’s congestion nightmare". Aku tulis ni sebab benda ni relate dengan aku yang pergi kerja hari-hari ke Kuala Lumpur.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

As a frequent commute between Kuala Lumpur and Shah Alam, for me this suggestion in the article from FMT is a bread and butter solution. Why is this:


1. We often talk about more metro and rail lines which cost billions and take years to build, but almost none of us thinking about the buses (especially like those provided by PRASARANA MALAYSIA BERHAD which is the most basic public transport that can be provided in only matter of months. Of course supported by dedicated lanes in major roads, with aim to bring back the roads to move people, not cars.


2. Converting underutilised office buildings and aging commercial lots into affordable housing is a good suggestion. Just add with mixed-use functions. Government entities such as PR1MA Corporation Malaysia or Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) can be appointed to lead the way.


3. As sprawling become the issue that less people to have the conversation, I think instead of overreliance towards KL, diversifying job centres along the transit lines especially LRT Shah Alam Line in several existing cities could become the alternative. The SA Sentral initiative by PKNS OFFICIAL to revitalise and densify Shah Alam city centre (Seksyen 14) which connected to the LRT station is one of the step in a good direction.


Indeed, what only need is the political will.


Jumaat, 26 April 2024

PIGI SABAH BAH! (PART LAST - 25,26 DAN 27 FEBRUARI 2022) - SOLAT JUMAAT DAN PASAR IKAN MASIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepertimana yang dijanjikan dalam coretan aku yang lepas, aku sambung coretan aku ke Sabah 2 tahun lepas. 

25 Februari 2022

Hari ini aku sambung coretan aku percutian di Sabah untuk bahagian ketiga. Pagi itu, aku tak berapa buat apa sangat. Tengah hari itu, aku pergi Solat Jumaat di Masjid Negeri. Seperti mana yang korang tahu, dalam range pukul 12.00 tengah hari dah masuk zohor untuk negeri Sabah.

Masjid Negeri Sabah

Masih pakai mask, masa ni belum lagi betul-betul pulih daripada Covid (bukan aku ye).



Selitan sikit gambar dari Imago Mall.

Usai solat Jumaat, aku dengan family jalan-jalan dekat Imago Shopping Mall, saja jalan-jalan macam tu. Petang itu, pergi swimming walaupun ada hujan sikit. I can tell you, lepak dekat swimming pool sambil tengok view senja ke arah laut memang nice dan bagi yang kaki ambil gambar, aku rasa time senja la a bit sesuai.

Menikmati waktu senja gitu...


Malam, pergi ke pasar ikan masin di pusat bandar Kota Kinabalu. Tak lengkap kunjungan ke Kota Kinabalu tanpa beli ikan masin di pasar tu. Sambil-sambil itu, kitaorang jalan-jalan di pasar di Sinsuran. Time tu jugak ada sekali sekala beli baju.

Ikan masin di KK.

26 Februari 2022

View Wisma Negeri dan Menara Tun Mustapha

Singgah kejap kat kampus Sabah





Tak nampak langsung dah Gunung Kinabalu. Patut mari lepas Subuh baru boleh nampak.



Kundasang War Memorial


Masjid Jamek Kundasang. Solat dulu.

Hari itu, kitaorang pergi ke tempat yang semua yang berkunjung ke Sabah memang SUPER WAJIB pergi. Tak lain tak bukan ialah Kundasang. Sesampai je di Kundasang, kitaorang pergi ke kawasan lapang berhampiran dengan Kundasang War Memorial yang menempatkan banyak gerai-gerai kat situ. Kat situ dapatlah ambil gambar walaupun tak nampak langsung dah Gunung Kinabalu sebab kitaoang sampai pun waktu tengah hari.

Kalau nak nampak Gunung Kinabalu, kena pergi awal pagi ataupun pagi buta paling awal pun. Dah enjoy-enjoy view begitu, kami pergi depan pintu Kundasang War Memorial. Ambil gambar pintunya je la. Kami pergi solat di Masjid Jamek Kundasang terlebih dahulu sebelum teruskan bersiar-siar.

Petang lepas zohor, kitaorang pergi ke Taman Negara Kinabalu. Dekat situlah pintu masuk utama ke Gunung Kinabalu. Tapi buat masa ni, haha tak larat pulak nak pergi daki gunung. Dekat Lembah Klang pun belum lagi mat. Pergi dekat bangunan fasiliti dan cenderamata je la yang mampu. Kemudian kami pulak ke satu tempat tak jauh dari Kiulu. Situ ada jugak tempat lapang dan jugak tempat jual-jual cenderamata. Tapi kitaorang ambil gambar saja la. 










Sebelum maghrib, kitaorang sempat singgah di Tamparuli. Alaa....yang Jambatan Tamparuli tu yang kita orang Semenanjung pun pernah dengar lagu ni. Actually jambatan ni mcm baru jugaklah sebab setakat yang aku tahu, jambatan lama dah musnah dah disebabkan banjir. So, deme buat jambatan yang lagi kukuh seperti sekarang. Ni pun lawa jugak diorang cat balik bagi cantik.


Pekan Nabalu.


Naik Jambatan Tamparuli real punya.




Bila naik tu ada rasa goyang-goyang sikit tu...ada sikit takut la. Tu baru jambatan Tamparuli, belum lagi jambatan yang kat Sunway Lagoon atau paling extreme, kat China!

Lepas balik, makan malam di Gerai Nur Adelia sekali lagi. Ha Ha.....


27 Februari 2022

Hari untuk balik. Tengah hari terus pergi ke Kota Kinabalu International Airport. Tapi sebelum itu, layan basikal dulu. Jalan-jalan sampai penghujung kawasan hotel, enjoy jugak pergi lalu hotel sebelah-sebelah sambil nampak laut dan jeti. Kami akhirnya sampai di KLIA pada waktu petang. 


Basikal dulu derr....




Balik daaa....

Bye Kota Kinabalu.

Nampak Stadium Likas kat situ.



Nasi Lemak as usual.


Nampak sikit Pulau Natuna, Indonesia.


Dengan habisnya vacation aku ke Sabah dengan family aku, aku rasa lengkaplah semua negeri-negeri di Malaysia (selain Selangor dan KL) aku dah jejak, kecuali Wilayah Persekutuan Labuan saja. Sekian saja catatan aku ke negeri Sabah tahun 2022 lalu. Semoga berjumpa lagi dalam catatan akan datang.