Penulisan blog aku kali ini akan ceritakan pulak pasal sesi pra-ujian (QTI) yang diadakan di Pusat Memandu Cekap di Taman Sri Muda Shah Alam hari Sabtu lalu (12 Ogos 2017). Nak dijadikan cerita, nak teruskan dapatkan lesen memandu bagi aku macam lambat tak macam kawan-kawan aku yang lain (termasuk member-member roomate Tenggol yang lain) yang dah dapat lesen paling kurang pun lesen P. Aku je lambat pasal aku ni ambik auto. Nak sambung masa cuti raya tak ada masa pasal seminggu je, tu yang nak buat ujian QTI lepas habis sesi interim. Nasib baik ada masa selama lima minggu cuti! Jadi tarikh 16 Ogos dipilih sebagai tarikh membuat ujian QTI.
Fast forward after 5 weeks, tiba masanya untuk habiskan ujian QTI. Sebelum hari itu, aku berlatih memandu dengan abah aku. Makin lama macam best pulak memandu dengan confident....yang penting jangan lupa signal, lepas dah masuk tutup signal dan kawal kelajuan. Tu je.....
Pada hari Sabtu tu, aku memang dah bersedia nak pegi ke pusat memandu tu pada pukul 10.30 pagi lebih tapi tetiba dah ada sakit perut pulak. Adusssss.......masa solat subuh tadi tak ada sakit perut tapi lepas tidur balik dan bangun masa dah nak hampir pukul 9.00 pagi, perut aku dah mula lah nak memulas! Adoiii...masuk la dalam tandas nak buang air besar tapi masih tak hilang pulak sakitnya (sampai 2 kali aku masuk tandas). Lepas mandi letak minyak gamat dulu la...ada kurang tapi sakit ada lagi......sebelum nak pergi ke pusat memandu tu, aku pakai pulak minyak panas bagi kurang sikit.....tak nak cerita panjang pasal sakit perut tu.
Sebelum ke pusat memandu, aku ngan abah aku pergi dekat belakang bangunan kedai Worldwide untuk latih parking sekejap, aku ingat masa tu aku buat parking belakang yang aku kadang-kadang asyik tak lepas. Aku ada menonton video seperti di bawah macam mana nak parking belakang.....
Lepas tu, aku tunggu dapat giliran untuk ujian tu sampailah pukul 11.30 pagi, sementara tu aku revise balik la. 'Back-and-forth' pegi pejabat untuk urusan tersebut. Isi borang la semua........ Pukul 12.00 tengah hari, tibalah giliran aku untuk buat ujian QTI tu. Mula-mula aku kena jawab beberapa soalan secara lisan dulu seperti RSM, RPK dan POWDER. Kemudian, aku buat RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) tapi pakai pulak kereta manual padahal aku ambik kereta auto. Sebenarnya sistemnya sama jah tapi susunannya lain, jadi ni yang aku pening sikit terutamanya bab enjin. Sometimes I forgot about some parts of the engine, luckily someone try to help me remember it back.
Tunggu start QTI... |
Selepas tunggu beberapa proses, aku LULUS akhirnya dan boleh proceed ke ujian JPJ jadi aku serahkan kertas-kertas yg berkaitan ke pejabat JPJ opsss...tak. Actually dekat Sujend untuk diberikan kepada JPJ. Sebelum balik, aku, abah dan uncle tu bincang sekejap tips masa ujian JPJ tu especially dalam ujian pusingan 3 penjuru. Selalunya bab ni yang selalu tak lepas sebab ada kesilapan, mentang-mentanglah dah nak habis.....
Habis dah....JPJ pulak... |
Kemudian, aku dan abah aku balik rumah dan sebelum tu aku pegi dulu ke Klinik Anis untuk jumpa doktor pasal sakit tadi la......
Apapun, itu saja coretan aku pada hari ini. Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan