Hari ini aku nak tangguhkan seketika travelog aku ke Australia Disember lepas untuk memberi laluan untuk menceritakan pengalaman aku mula pakai braces semalam (12 Januari 2017). Braces????? Tentu macam pernah dengar kan. Dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai 'pendakap gigi'. Macam mana rupa kalau pakai braces ni?
Tudiaaaaa...camnilah rupa kalau pakai braces. Sesetengah orang macam nak malu-malu nak pakai braces pasal rupa gigi besi atau rupa macam budak-budak nerd....Haha, sebenarnya tak payah malu pun sebab di sesetengah negara-negara luar, pemakaian braces sudah macam kebiasaan sebab mahukan gigi yang cantik. Satu lagi anggapan kononnya pakai braces ni perempuan saja yang pakai, yelah barangkali aku baca banyak blog pasal pengalaman braces ni majoritinya perempuan. Tapi, siapa yang anggap macam aku sebut di atas, tak taulah mak cakap ape...
Sorry guys......jadi KL Gengster sikit hari ini haha.... |
Rancangan nak kenakan braces terhadap aku sebenarnya dah lama dah masa aku Tingkatan 3. Pada awalnya, time-time nilah nak kenakan braces kat aku tapi aku tak nak pasal bagi habiskan 2 more years of school life dalam keadaan 'status quo'.
3 Januari 2017, abah bawak aku pergi ke Klinik Gigi Zaida untuk check gigi dahulu. Beberapa hari kemudian pada hari Sabtu, abah bawak aku pulak untuk semak X-Ray untuk diberikan kepada klinik tersebut. Dan pada 12 Januari 2017, tiba masanya aku bubuh braces kat gigi aku.....
Aku pergi ke klinik Zaida pada pukul 1.15 tengah hari. Masa tu, nasi baru aku nak masak pasal terlupa nak masak nasi beberapa jam sebelum itu. Tapi terpaksalah makan lepas proses pakai braces. Ok, aku dengan abah aku sampai kat klinik tersebut dalam pukul 1.30 petang lebih. Ketika di kaunter pendaftaran, fikiran aku melayang-layang macam mana sama ada sakit ke tak pakai braces ni. Ada yang mengatakan sakit dan ada yang kata sikit saja.....apapun check blog-blog tentang pengalaman pakai braces, aku baru hari pertama....
Beberapa minit kemudian, aku dipanggil doktor untuk diambil gambar saja. Depan, tepi serta dalam pun diambil sekali untuk check. Kemudian aku keluar untuk tunggu untuk appointment pakai braces. Sementara nak tunggu, aku bukak live streaming TV1 dalam smartphone aku untuk menonton majlis pengebumian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Aku ada tanya abah aku, berapa lama nak pasang braces, kata abah 1 jam....tapi baca lagi. Bila ingat 1 jam, alamak solat pun tak lagi, jadi aku pergilah mencari surau untuk solat. Alhamdulillah nasib baik ada dekat belakang so kami minta kebenaran doktor untuk solat Zohor.
Selepas solat Zohor, aku terus dipanggil untuk pasang braces.....
Ketika memasang braces
3 orang doktor bersama aku masa tu. Abah pun tengok aku masa tu.... Aku hanya buka gigi sambil pegang benda alah untuk diletakkan di tepi-tepi gigi dan pada masa sama doktor-doktor tu sedang meletakkan braces dekat gigi aku. Apa benda yang aku tak suka ialah masa tengah letak braces, air liur asyik kacau tekak aku sampai aku tergerak-gerak sedikit nak diludahkan.....nevertheless, it just only shortcomings....tak mau cerita banyak camne proses buat braces ni....nah aku tunjuk ni....
Lebih kurang camnilah yang aku alami..
Selepas itu, dah settle dah....tak lama pun kira-kira 3.40 petang dah siap....Hai braces!! Kami balik ke rumah lepas tu. Sampai kat rumah Shabil pun ada kat situ. Kemudian, kami menjamu selera yang aku makan nasi dan ayam masak merah. Satu benda aku tak suka bila kena braces, aku tak boleh kunyah macam sebelum kena braces....huhu tapi LU JANGAN RISAU!! Mula-mula kena braces memang standard, beberapa hari nanti OK LA BALIK....cuma time-time ni, aku kena carik-carikkan ayam kepda bahagian-bahagian kecil ........
Nilah keadaan aku lepas braces.. |
Waktu malam macam tu jugak, aku hanya makan McD kat rumah dengan fries dan BUBUR serta satu nuggets je.....benda sama terjadi......huuuuuu. Tapi, nak gigi lebih sempurna, kena bersakit-sakit dulu ye tak......
Tak payah ubah tabiat makanan korang, cuma kena ubah cara jekkk....especially first days of braces..
Apapun sebelum aku mengakhiri entri ini, aku nak bagi fakta-fakta ni pasal braces.....yang ni apa yang aku tahu serta bacaan daripada blog-blog lain...
- Lepas makan je korang kena gosok gigi serta pakai INTERDENTAL BRUSH untuk bersihkan archwire....ikut nasihat doktor pulak kena bawak ke mana-mana kecuali kalau jalan-jalan dekat-dekat la.....
- Dalam nak gosok gigi tu, buang segala cebisan makanan ke ape ke...takut nanti mulut berbau
- Memang ada ulcer pada awalnya (so far ulcer aku sikit-sikit la ada tapi gua tak rasa sakit), so pakai secubit wax dan jadikkan bentuk bola dan bubuh lekat gigi yang ada benda tajam tu.....
- Dalam tengah braces ni, JANGAN MAKAN BENDA KERAS-KERAS!!! Misalnya seperti tulang, coklat beku, kacang dan sebagainya.
- In case kalau ada bracket tertanggal, datang klinik je untuk fix.
- RASA SENGAL DAN SENSITIF? Biasa la bro dalam beberapa hari selepas letak braces ni. Sebab apa? Ketika ini, gigi sedang bergerak mengikut archwire yang ditetapkan...ini bermakna BRACES SEDANG BERFUNGSI!!!
- Tentu ada yang tanya, berapa lama pakai braces ni. Secara umum, biasanya dua tahun.....tapi boleh jadi jugak kurang daripada 2 tahun macam setahun ke 10 bulan ke jika, KEADAAN GIGI SEBELUM BRACES TAK TERUK serta PENJAGAAN TIP-TOP!!! Tapi kalau korang malas gosok gigi, lama lagilah nak pulih.......
- PALING PENTING, DATANG APPOINTMENT DENGAN DOKTOR GIGI MENGIKUT JADUAL!
Akhirul kalam, semoga kita berjumpa lagi yekk dalam artikel akan datang....Korang boleh la tanya aku dalam komentar di bawah. Yang pernah buat braces sebelum ni.....mengkome boleh la kongsikan pengalaman korang di komentar jugak, cheers!!!
Wassalam dan salam sejahtera........
Lama x proses pmohonan dluluskn?
BalasPadammmm...tk igt pulak yg proses permohonan. tp biasanya kejap kot..
PadamAda cdgn
BalasPadamUlcer tu mula2 pakai je ke ada or sntiasa ada spjg kita pkai braces tu?
BalasPadambiasanya masa mula-mula pakai je. kena pakai bonjela kalau ada ulcer dan ...pakai wax dan buh kat gigi.
Padamwax tu macam mana???
BalasPadamMaaf lewat sangat respon...wax dia lebih kurang mcm getah sikit, ambil kecik punya part then letak kat bracket gigi. Harap dapat menjawab soalan saudara.
PadamBpe lme ase skit gigi tu ea
BalasPadamUntuk permulaan...tak silap aku dalam 3 hingga 5 hari permulaan braces..
Padamfirst day mmg sakit ke ? , is it normal kan sbb sakit gile bile gigi atas tersentuh gigi bawah
BalasPadamFirst day memang biasanya macam tu...lepas 1-2 minggu barulah okey sikit, ikut my experience la.
PadamSo bila pkai wax tu, kita kena letakkn bnda tu kt ulser kita la kn? Tapi ia takkn trkena bracket ke?
BalasPadamWax tu sy rasa letak di bracket so dia macam kekal melekat kat situ. Letak kat ulser memang tak melekat. Tapi bracket tu sama atas dengan ulser so dia mcm protected. Harap dapat menjawab soalan saudara.
PadamSalam. Bila pakai braces memang gigi atas dan bawah tak sentuh kan sebab ada benda dekat gigi gerham. Jadi macam mana nak kunyah?
BalasPadamWassalam, maaf sdr sebab lewat reply. Dia bergantung jugak, cuba biasanya tak sentuh. Kunyah macam biasa je, cuma kena perlahan-lahan kalau awal2 pakai braces. Tapi bila lama-lama dah tak rasa apa...tu experience saya la.
PadamHai. Gigi saya berlapis lepastu hari ni gigi saya patah separuh sebab terlanggar tiang. Bibir pun pecah. Supposed to pakai braces ke tak? Tapi keadaan gigi saya memang nampak macam orang rongak sebab ada lopong kat gigi yang patah tu. Bila nak gelak rasa malu hm
BalasPadamHai. Ni pendapat aku je la, kalau nak gigi bagi elok dan kemas boleh ambik braces.
Padamhai, saya nk tanya kalau pakai wax tu kene cabut setiap kali mkn ke? dan bila waktu seeloknya untuk pkai wax?
BalasPadamHai...rasanya kena cabut la kot. Mau tersekat nanti time tengah makan. Kalau pakai wax bila tetiba ada ulcer.
Padamsalam..bila boleh mkn mcm biasa ye? means mkn mcm sbelum pkai braces tu?
BalasPadamWassalam....boleh, masa makan kena tanggal, nanti susah nak kunyah makanan.
PadamKenapa sejak pakai braces ni gigi macam rasa kedepan ehh?
BalasPadamWallahualam, kalau saya, braces lama2 harus gigi kena ke belakang unuk betulkan posisi dia. Mungkin seingat saya lebih pada masa awal-awal dulu.
PadamTak kena cabut gigi ke ? Sya pun nak pakai jugak braces tapi gigi jenis berlapis. Kalau kena buang gigi share la pengalaman sebab cabut gigi yang tak bergoyang kan😅
BalasPadam