Rabu, 17 Mei 2017

Dapat keputusan UPU 2017...yeyyyy dan alaaaaaa.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Hari ini aku nak membebel pasal keputusan UPU yang aku dapat kelmarin (15 Mei 2017). Aku dah pun submit borang pendaftaran UPU beberapa bulan lalu sebelum aku pergi ke pameran Selangkah ke UiTM dan semalam merupakan hari penentuannya......

Bermula pada pukul 12.00 tengah hari, aku sudah mula bukak laman web yang berkaitan dengan keputusan UPU. Akhirnya selepas bagi noimbor kad pengenalan, aku ditempatkan di diploma yang menjadi pilihan pertama iaitu Diploma Analisis Pelaburan.
Keputusan UPU.....

Aku mula beritahu kepada keluarga aku melalui Whatsapp. Abah cakap kat aku untuk tunggu pukul 3.00 petang pulak untuk tengok kampus mana pulak. Alih-alih kampusnya bukannya seperti yang dijangka iaitu UiTM Segamat tetapi UiTM Dungun di Terengganu. Sekali baca memang jauh betul kalau nak dibandingkan dengan Segamat yang hanya mengambil masa hampir 3 jam sahaja. Tapi apa mau buat, keputusan adalah muktamad.
.....dan penetapan kampus

Apa lagi, aku mula la cakap pasal keputusan UPU tu dalam Whatsapp kelas Imtiyaz dan Akaun. Secara kebetulan ramai yang juga mengatakan tentang keputusan teresbut..... Kebanyakan ang aku baca dalam Whatsapp semua mintak UiTM. Firdaus Sanusi misalnya, dia dapat UiTM Segamat. Kawan sekelas aku, Nadzeera (yang juga penolong ketua kelas aku dulu) dapat kampus err.....tak ingat pulak
. Setakat ni kampus-kampus yang kawan-kawan aku dapat ialah Segamat, Seri Iskandar dan Kuala Pilah kalau tak silap aku........

Sepupu aku pulak, Ainnur Iman dapat kampus Machang, Kelantan. Aku pun terkejut jugak sebab Ain ada mintak bidang muzik tak silap aku tapi dapat course lain. Satu lagi sebab pulak, jauh jugak kampus Machang tu......

Pada waktu aku dapat tawaran tu, aku belum tekan lagi setuju atau tidak sebab nak kena bincang dulu sebab aku ada jugak dapat tawaran dari MSU. Tapi pada 11.47 malam tadi, aku tekan setujulah memandangkan course yang aku ambil merupakan pilihan pertama aku sejak dari mula lagi.... Ni aku nak pesan kat korang, jangan main tekan saja setuju atau tidak sebab bila tertekan 'setuju' korang kena pergi kampus yang ditetapkanlah tapi kalau 'tidak setuju', memang terlepaslah korang dan orang lain pulak dapat (tapi kalau ada pilihan kedua, tak pe la jugak). I think before you click, you need to have your parents consent...just my thoughts....

Kemudian, aku bukak la Instagram, aku tengoklah sepintas lalu bahagian 'My Story' tu sama ada depa dapat kursus dan kampus mana. BTW, majoriti yang aku tengok semua ambil UiTM namun ada jugak kawan aku tak dapat tawaran, ada jugak yang meneruskan Form 6.....

Selepas dapat UPU tu, sekarang dah tak de masa lagi mau santai-santai lagi dah.....kena bersedia untuk masuk ke zaman alam mahasiswa pula. Tu yang nak beli barang untuk nak bawak ke universiti di Dungun.... Harap kawan-kawan aku yang dah dapat UPU tu bersedia ekkk...Good luck! Insya-Allah nanti ada siri kehidupan aku sebagai mahasiswa di UiTM Dungun....itu sahaja coretan hari ini....

Wassalam....

11 ulasan:

  1. Alhamdulillah tahniah anakanda Syazwan, selalu lah bersyukur dgn rezki Allah ini & selalu lah ucap terima kasih kpd mak & abah. Ingat pesan Nabi, 'Orang yg paling baik adalah orang yg paling bermanfaat untuk org lain'. Selalu lah ajar kan ilmu yg kamu tahu kpd org lain supaya ilmu tu mengalir berpanjangan, niat kan sbg amal jariah. Jangan tinggal solat fardu & solat2 sunat yg selalu nabi buat. Paklang doakan Syazwan akan jadi anak yg soleh & berjaya di akhirat & dunia, amiin! All the best YA, may Allah be with you, all d way.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah...terima kasih pak lang๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

      Padam
  2. Bro nak tanya course ni bila dia punya intake eh?

    BalasPadam
  3. Hai.. saya dapat panggilan belajar dalam course ni.. boleh tak kalau awak share sikit tentang course ni..

    BalasPadam
  4. Such as how many books that you use and did you use scientific calculator?? And what the third language that you learn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry for the late comment.. Usually, in UiTM for diploma students like me, it is according on how many subjects you take (except co curriculum until 3rd semester). Not to mention of if there is special book like answer scheme or exercise book.

      Scientific calculator is also use...if there is a mathematics element like Business Maths etc.

      Lastly, I learned Arabic language as the thrid language. Maybe because of the experiencing learn of that language during sekolah menengah.

      Padam
  5. After dip in analyst investment boleh sambung degree dlm bidang ape je ya?

    BalasPadam
  6. After dip in analyst investment boleh sambung degree dlm bidang ape je ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, lewat respon. Salah satunya boleh sambung Business Economics. Skang tengah pursue.

      Oh ya, yang diploma investment analysis boleh sambung investment dekat segamat. Satu tu je setakat ni....

      Padam
  7. Saye pelajr sains tulen , tkda bljr sub acc dn eko tkpe ke sblum ni time spm

    BalasPadam