Jumaat, 23 Oktober 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN @MyStory Cafe Kota Kemuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Aku minta maaf sangat pasal dah lama tak kemas kini blog. 5 September lepas, aku ikut keluarga aku makan malam di luar. Aku ingatkan nak makan dekat-dekat saja rupanya pergi jauh sikit. Rupanya makan di Kota Kemuning, Shah Alam (jauh sikit dari pusat bandar Seksyen 14, hanya gunakan Lebuhraya Shah Alam-Kemuning).

Sampai kat beberapa premis, kami pergi makan di MyStory Cafe. Abah masa tu bersalam terus dengan pemilik kedai. Untuk pengetahuan korang, kedai ini sebenarnya milik rakan abah aku, Asrul Husni. Abah dan uncle Asrul dah lama berkawan sejak sekolah menengah lagi. Rasa macam agak seronok jugak bila dapat berjumpa dengan keluarganya juga.

Layanan uncle Asrul memang mesra. Abah perkenalkan aku dan keluarga aku kepada beliau. Kami diberi menu makanan untuk pilih apa makanan nak makan. Kebanyakan makanan merupakan western food tetapi ada juga diberi senarai makanan tempatan. Tetapi aku lebih pilih makan chicken chop......tak sabar nak jamu selera.

Sementara menunggu makanan sampai, aku ada berbual panjang dengan beliau. Aku ingat masa itu, aku ada sembang pasal akaun (sebab aku berada dalam aliran akaun) sebab kebanyakan perniagaan semestinya perlu mencatatkan urus niaga. Uncle Asrul ada jawab bahawa beliau memang ada nak sediakan seorang akauntan untuk catatkan urus niaga (seingat akulah). Tetapi memandangkan kedai ini baru dibuka, belum sampai masanya lagi. Aku juga ada berbual dengan beliau tentang persekolahan aku dan sebagainya.

Aku memerhati sekeliling kedai tersebut. Sememangnya dekorasi menarik, malah lebih kurang sama dengan cafe-cafe yang sedia ada seperti di Bangsar, Damansara dan lain-lain.

Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya sampai juga selera aku. CHICKEN CHOP!!!

Layan makann........
Habis sudah makan kat sana, kami balik ke rumah kira-kira pukul 10 malam......lepas bersalaman dengan uncle Asrul dan isterinya.

p/s: Aku bagi LIMA BINTANG kat kedai ni......memang sedap.

Kalau korang nak belanja kawan atau keluarga makan kat kedai MyStory Cafe, ini alamatnya...

No. 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.

Sekian, wassalam........