Ahad, 28 Februari 2016

CUTI PI LANGKAWI (HOLIDAY CNY 2016) - 6/2/2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Terlebih dulu aku minta maaf kepada para pembaca semua kerana sudah beberapa minggu aku tak mengemaskini blog. Hari ini, aku nak cerita percutian aku ke Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman (sekali lagi cuti ke utara. Kalau tahun lepas aku pergi dengan keluarga aku ke Alor Setar pasal ada majlis kahwin salah seorang ahli keluarga aku).

Kali terakhir aku dan keluarga aku ke Langkawi adalah pada tahun 2013 tak silap aku. Aku ingat dulu ada masuk ke Makam Mahsuri, pergi singgah sekejap tugu helang di Kuah dan seingat aku, masa tu berlangsung LIMA 2013 dan pernah tengok pertunjukkan kapal terbang sampai ambik gambar lagi.

Pukul 12.00 tengah hari, kami dah siap barang-barang untuk pergi ke Langkawi. Kami bertolak ke KLIA 2 dan tiba di sana sekitar pukul 1.30 petang. Selepas tiba di sana, kami mula menghantar beg-beg ke kaunter untuk penerbangan. Selesai sudah urusan di kaunter, kami pergi makan tengah hari di Marrybrown KLIA2. Lepas abis makan, Kak Yatt, Abang Rafi, Ayalong pun datang (sebenarnya diaorang pun ikut kitaorang jugak ke Langkawi).

Hampir tiba ke Langkawi





Lepas selesai solat jamak, kami pergi terus ke balai perlepasan dalam negeri. Mula masuk kapal terbang pada pukul 4.20 petang. Kami tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas hampir sejam dalam kapal terbang AirAsia. Sampai di airport, kami naik kereta sewa Avanza terus ke hotel Sri Kijang Bank Negara di Pantai Cenang.

Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Hotel BNM di Pantai Cenang

Masa waktu senja, kami pergi ke salah satu homestay yang Kak Yatt, Abang Rafi dan Rania tinggal. Homestay rumah diorang hanya rumah kampung je. Kami pun duduk sekejap sambil aku ada bual-bual sikit.

Rasa macam tinggal di kampung.....
Pada malam itu, kami keluar makan-makan di satu kedai makan berhampiran hotel kitaorang. Masa tu aku dah batuk-batuk. Abah dengan aku beli ubat di kedai milik orang Siam. Lepas dah beli kat kedai, kitaorang sambung makan.....

Aku kemudiannya balik ke hotel untuk berehat. Malam itu, aku tidur di bilik Ayalong kat tingkat bawah......

Bersambung....