Selasa, 15 Mac 2016

CUTI PI LANGKAWI (HOLIDAY CNY 2016) - 7/2/2016

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua.......

Terlebih dulu aku minta maaf sangat pasal dah lama tak kemaskini blog aku. Tak tahu kenapa macam berat sangat nak menulis blog aku ni......Apapun, aku sambung cerita aku ke Langkawi masa cuti tahun baru Cina Februari lepas......

Pagi itu aku bangun dari bilik Ayalong dan terus naik ke atas ke kawasan ahli keluarga aku nak solat Subuh. Pukul 10 pagi ttu, kami pergi bersarapan kejap di salah sebuah warung dekat pintu masuk Porto Malai.....
Layan sarapan

OTW ke Kuah

Lepas makan, kami terus pergi ke Kuah untuk beli barang dekat sana. Kami ketika itu pergi ke Pasar raya HiG. Dekat sana sama jual di pasar raya yang biasa kami pergi sebelum ini cuma yang ni agak lain sikit. Ada jual coklat, biskut, barangan dapur, tuala dan lain-lain lagi. Lepas selesai beli barang, kami pergi makan di gerai makan tak jauh dari pasar raya HiG.
Pintu masuk pasar raya



Selepas itu, kami pergi jalan jalan sekitar dalam bandar Kuah. Sebelum balik ke hotel, kami pergi layan makan di gerai tepi jalan di Padang Mat Sirat. Pandangan Gunung Mat Cincang dari sini punya cantik.

Dari situ boleh kata canti gakkk.....

Lepas itu, kami balik ke hotel untuk pergi berenang dan duk tepi pantai. Malam itu, kami keluar makan di sebuah kedai makan Siam di sebelah hotel kami saja. Layan makan tom yam, nasi goreng cina la dan banyak la kami dok makan.
Layan makan.....


Bersambung...hari ketiga