24 Mei lalu, Kereta Api Tanah Melayu Berhad telah mengumumkan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) bagi bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kereta api untuk kawasan Lembah Klang. Hari ini, saya nak komen mengenai projek ini.
Berita ihsan Astro Awani
Soalan ini mungkin akan keluar daripada minda pembaca, ''Landasan Berkembar Lembah Klang ini apa, sedangkan sekarang ni pun sudah landasannya berkembar?'' Sebenarnya ini adalah kerja menaik taraf landasan kereta api yang sedia ada bagi jajaran dari Rawang, Sentul melalui simpang Batu (kemudiannya melalui stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral) hingga simpang Pelabuhan Klang (bukannya Port Klang sana nun) sehingga ke Salak Selatan.
Boleh rujuk ke sumber KTMB dan SPAD sendiri......
Kalau nak katakan pengalaman naik KTM Komuter, saya sendiri tak pernah menaiki KTM Komuter tetapi saya memang minat untuk naik komuter untuk tujuan bersiar-siar. Mummy dan adik saya, Shabil baru-baru ini naik KTM Komuter ke Kuala Lumpur pada minggu pertama cuti sekolah pertengahan tahun. Dalam hati kecil saya, macam menyesal pulak tak ikut.......... Tapi kalau nak cerita pengalaman naik kereta api komuter, saya pernah naik sewaktu saya bercuti bersama keluarga saya ke Tokyo pada tahun 2013. Untuk pengetahuan korang, sistem komuter di Tokyo lebih kompleks berbanding di Lembah Klang yang hanya ada jajaran dari Rawang ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Seremban.
Berdasarkan pengumuman tersebut, sebahagian landasan akan ditutup bagi kerja-kerja penaiktarafan tersebut. Oleh itu, jadual perkhidmatan KTM perlu diubah ekoran daripada kerja-kerja tersebut. Saya tahu mungkin ada yang kecewa dengan perubahan jadual ini tapi saya nak cakap mereka buat ini untuk kebaikan semua pada masa akan datang.....
Kalau projek ini siap pada tahun 2019 (saya dah masuk uni dah...), setakat apa saya bayangkan,.
Sebelum itu, saya nak buat cadangan sedikit untuk menambah baik perkhidmatan komuter pada masa akan datang, cuma cadangan saja tetapi perlaksanaan ikut kebijaksanaan pihak berautoriti......
Boleh rujuk ke sumber KTMB dan SPAD sendiri......
Kalau nak katakan pengalaman naik KTM Komuter, saya sendiri tak pernah menaiki KTM Komuter tetapi saya memang minat untuk naik komuter untuk tujuan bersiar-siar. Mummy dan adik saya, Shabil baru-baru ini naik KTM Komuter ke Kuala Lumpur pada minggu pertama cuti sekolah pertengahan tahun. Dalam hati kecil saya, macam menyesal pulak tak ikut.......... Tapi kalau nak cerita pengalaman naik kereta api komuter, saya pernah naik sewaktu saya bercuti bersama keluarga saya ke Tokyo pada tahun 2013. Untuk pengetahuan korang, sistem komuter di Tokyo lebih kompleks berbanding di Lembah Klang yang hanya ada jajaran dari Rawang ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Seremban.
Berdasarkan pengumuman tersebut, sebahagian landasan akan ditutup bagi kerja-kerja penaiktarafan tersebut. Oleh itu, jadual perkhidmatan KTM perlu diubah ekoran daripada kerja-kerja tersebut. Saya tahu mungkin ada yang kecewa dengan perubahan jadual ini tapi saya nak cakap mereka buat ini untuk kebaikan semua pada masa akan datang.....
Kalau projek ini siap pada tahun 2019 (saya dah masuk uni dah...), setakat apa saya bayangkan,.
- Kereta api komuter akan bergerak dengan lebih cepat dan laju (dalam 120 km/h la...sebab kita masih menggunakan tolok rel 1000 mm). Kalau tengok Komuter utara, kereta api ni lagi laju bergerak kalau dibandingkan di pusat bandaraya Kuala Lumpur ekoran landasan yang agak usang khususnya bagi kawasan antara Putra dan Kuala Lumpur, ni pendapat aku....
Komuter di belah utara boleh rileks je jalan laju
2. Dengan kelajuan itu lah, korang dapat nikmati komuter yang lebih selesa....
Fasa-fasa projek KVDT.....(gambar ihsan SPAD) |
- Landasan di antara simpang Batu sehingga ke simpang Pelabuhan Klang kena tambah sikit landasan, paling cikai 4 landasan (dua landasan untuk Komuter dan dua lagi untuk kereta api lain untuk by-pass) untuk membolehkan pengkhususan landasan. Ini boleh dilakukan melalui perlaksanaan terowong ataupun buat secara elevated railway. Ikut kemampuan.....
- Kalau dah siap projek ni, saya cadangkan platform kereta api itu panjangkan sikit untuk tambahkan lagi gerabak komuter, sesuai dengan fungsi komuter sebagai pengangkutan awam bandar 'arteri'. Kalau tak boleh, boleh jugak diwujudkan komuter ekspres yang hanya berhenti di stesen tertentu sahaja (Perkhidmatan ini ada di Jepun di dalam mana-mana perkhidmatan komuter kecuali 'line-line' tertentu seperti Yamanote Line)
Apapun saya ucapkan selamat berjaya kepada KTMB serta kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek yang akan memberi manfaat kepada rakyat pada masa depan. It is now or never!
Wassaslam dan jumpa lagi.......
(p/s: Artikel ini hanya pendapat saya sahaja dan mungkin ada pendapat lain......)