Jumaat, 4 November 2016

CERITA PERKAMPUNGAN ILMU @ KEM BUMI JATI (22 OKTOBER 2016)

Assalmualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini aku nak sambung cerita aku di Kem Bumi Jati pada 22 Oktober 2016. Aku bangun awal sikit iaitu pukul 5.00 PAGI. Bukannya apa, kena bangun untuk siap-siap untuk solat Subuh berjemaah di surau dan sebagai penghulu, aku kena kejutkan semua member-member aku yang ada di antara mereka tidur di bilik sebelah. Pertama sekali, aku mandi dulu derr......kasi segar.

Kira-kira pukul 5.45 pagi, azan Subuh berkumandang. Pada hari itu jugak, ada kumpulan daripada NGO IKRAM yang mengadakan kursus kepimpinan. Kami pergi menunaikan solat berjemaah bersama mereka dan membaca zikir Al-Mathurat. Selepas itu, kami pergi ke kawasan letak kereta untuk senamrobikla kononnya......

Jilakeeeeee.....sape yang spoil gambar ni???
Posing

Yey dah nak senamrobikkkk!!!

Regang-regang dulu......Faris dan Azwar dok lead....

Nik, pandang apa tu nooooo.......

Situlah swimming pool......



Haihhhh......main tiang pulok dohhhh....
Lepas senamrobik, pergi keluar sekejap. Bukannya jauh pun. Takat lumba lari jekk... Waktu tu dah pukul 7.15 pagi, kami semua pergi ke kantin untuk sarapan pagi. Menu pagi itu ialah mi goreng......serius aku makan dua kali daaaa.....Lepas makan, kami semua kena bersiap untuk sesi seterusnya. Kelas sains stream akan pergi untuk subjek Kimia, manakala yang lain, termasuk aku pergi untuk subjek Sains.
Nikmati sarapan pagi.....
Jam sudah 8.00 pagi, aku tercari-cari dengan member-member aku mana dewannya, laaa rupanya kat pintu masuk surau. Pada masa sama jugak, kawan kelas Akaun yang mengikuti perkampungan ilmu ni bertambah seorang lagi. Sebelum ini, yang ikut dengan aku ialah Zulqarnain, Zarul, Farah dan Iman. Kali ini, hehe...Narshrah pulak kali ini datang ke kem ni.....Zarul pergi pulak tanya kat aku, bahagia ke?.(ceq balun sat gi kalau ada pi gatai mulut cakap pasal awek kang!! SPM pun dak abih lagi.....)
Kelas Sains bermula....

OK, balik kepada kelas Sains, kami diberi kertas-kertas soalan yang tahun-tahun lepas punya untuk buat latihan. At the same time, cikgu ketika itu pun beri sedikit sebanyak tunjuk ajar bagaimana nak menjawab kertas tersebut masa SPM nanti. Sesi kali ini kami diberi kertas soalan pada tahun 2005 dan 2006....Lama jugak kertas tu. Kalau tak silap aku, tahun 2005 sudah dibuat format baru kan...(betulkan kalau aku silap). Semua bahagian dibincang dalam kertas tersebut.

Sesi pertama tamat pada pukul 10.20 pagi (sepatutnya tepat pukul 10 pagi tapi pasal nak kena habiskan soalan no.10 Bahagian C, kena anjak sikit la). Kami semua pergi ke kantin untuk minum pagi. Aku hanya minum teh saja.

Frankly speaking, dulu masa kecik, aku paling tak gemar minum teh. Minum pun masa waktu sakit. Aku masih lagi ingat arwah Atok Ton pernah bagi teh untuk pulihkan sikit badan. Tak ingat pulak sakit apa waktu tu. Tapi bila ada saja majlis keramaian ke apa ke, aku tak minum teh masa tu. Tapi sejak akhir-akhir ini, aku dah suka dah minum teh....sedappp!


Comel je Nabila niiiii.........
Habis rehat, kami semua balik semula ke dewan. Kali ini kami diberi kertas SPM Sains tahun 1995 dan 1996. Oiiihhhhh, lama tu soalan tu, tapi bila aku jawab soalan tu, macam sama saja tajuk macam tahun-tahun sebelum 2016. Aku tak berapa ingat masa tu ketika aku menulis entri ini tapi apa yang aku ingat ni....

  1. Sesi ini lebih menekankan tentang menjawab soalan Bahagian A dan C. Rasanya macam 'cash cow' untuk skor kertas 2 Sains. Yang bahagian B tu lebih kepada kefahaman terhadap topik-topik yang rata-ratanya tidak memerlukan eksperimen. 
  2. Sebelum habis pada pukul 12.45 tengah hari (kena anjak lagi, patutnya pukul 12.30 tengah hari), cikgu penceramah ada terangkan satu per satu topik dan sub topik yang dijangka (hanya dijangka saja oiiii.......seboleh-bolehnya korang cover semua lagi baik) akan keluar SPM tahun ini. Aku mula buka buku soalan 2008-2014 Sains untuk mencatat apa yang keluar tahun ini...

Sebelum kelas habis.....
Kelas sudah tamat, kami semua keluar ke kantin unutk sesi makan tengah hari......Makan nasi dengan lauk yang..errrrr tak ingat pulak resepi apa hari tu. Selesai makan, kami balik ke bilik masing-masing untuk solat dan bersiap untuk kelas Matematik Tambahan. Bagi kelas selain 5 Sains 1 sehingga 5 Akaun, kena pergi pulak kelas Matematik moden.

Kami belajar bersama Cikgu Shahrul, tak silap aku merupakan tutor bagi Matematik Tambahan. Ini dah kali ketiga aku berguru dengan beliau....kali pertama kira-kira dalam bulan September dan kali kedua pada hari Khamis, sehari sebelum perkampungan ilmu. Kelas kali ini lebih kepada belajar secara berkumpulan, bincang sama-sama mengenai Matematik Tambahan. Aku tak lupa ketika aku pernah ajar rakan-rakan perempuan aku iaitu, Nurin Adriana, Batrisya and the gang pasal soalan mengenai...errrr rasanya mengenai soalan pengamiran kot.....
Faris, Haiqal dan Nazrin sibuk bincang......

Haah...nampak Zul
Cikgu Shahrul yang mengajar Matematik Tambahan...


Sebelum tamat kelas, aku sempat tanya cikgu mengenai soalan taburan kebarangkalian. Oh, lupa nak bagitau yang soalan yang diberikan oleh cikgu ialah soalan tahun 2004, 2005 dan 2006. Boleh tahan lama gugak, tapi soalannya mmmmm....maybe quite hard but the most important thing, YOU MUST NEED TO UNDERSTAND THE QUESTION. Bercakap pasal taburan kebarangkalian, aku masih ingat lagi yang aku tak jawab soalan itu sewaktu percubaan lepas.....tapi sedikit sebanyak aku dah mula faham.......

Kelas berakhir pada pukul 5.15 petang, semua pelajar pergi ke kantin untuk petang. Paling seronok nak cerita, ada yang nak pergi renang lagi dekat kolam renang...aku rasa lepas minum dan solat. Aku pergilah sekejap tengok geng-geng aku swimming...lepas tu aku tukar pakaian untuk.....APA LAGI AKU JOINLA!....tapi aku renang sekejap je.....jangan cakap aku tak solat dulu....



seronok mengkome ni yeee.....

ambil gambar pemandangan sekejap....
 Lepas kira-kira 15 minitla kot aku berenang, aku mula siap-siap untuk makan malam sebelum solat Maghrib. Aku pergi ke kantin lepas tu. Selepas solat, kira-kira pukul 7.45 malam, kami pergi ke dewan semula untuk slot Sejarah oleh Cikgu Nordin, tak silap aku...

Slot ini lebih kepada kertas 2 sebab kertas ni la menyumambang banyak markah dalam peperiksaan Sejarah. Penekanan lebih berfokuskan kepada soalan KBAT, rasanya perlu lebih berfikir lebih jauh, lebih daripada buku teks. Aku ingat lagi ramai kawan-kawan tanya aku, apasal aku dapat markah tinggi dalam sejarah. Selain membaca, jangan baca je tapi korang bayangkan yang korang berada dalam sejarah itu....selain korang berangan-angan apa yang berlaku pada masa depan

Contohnya soalan ini, apakah usaha untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia?,aku ingat ni lah.......Jawapannya ini, infrastruktur yang baik dan berkualiti, penambahan produk pelancongan baru dan lain-lainla, hangpa pikiaq sendiri! Yang aku bagi tu, pandai-pandailah korang nak huraikan...

Yang soalan direct seperti, apakah contoh tamadun sekian-sekian...., tu korang kena baca banyak selain buat latihan.

(aku alu-alukan perkongsian kawan-kawan yang menyertainya dalam ruangan ''Catat Ulasan'' kat bawah sekali dalam laman)

Sebelum slot bermula...
Semua macam fokus je.....



Penerangan mengenai kertas Sejarah.
Slot sejarah tamat pukul 10.30 malam......kami semua pergi ke kantin untuk kudapan. Aku ingat aku pernah makan roti tuna, BARU PERTAMA KALI AKU RASA MAKAN TUNA....tapi letak dalam rotilah, baru sedap. Lepas tu, aku balik bilik untuk solat Isyak lepas tu tidur...
Ambil gambar member-member aku...... Narshrah, Nabilah, Azween, Adlina dan Alya pun masuk....
Peace......


Tapi aku tidur pukul 12.00 tengah malam......hmmmm macam kacaulah Zarul dan Zul (jangan marah ye, ni perspektif aku jer) dok sembang tah pape....girlfriend la...ada sekali aku refuse nak kongsi dengan Zarul pasal music dalam smartphone aku. Bukan apa, satu je lagu, itu pun lagu tentera.......haha.....then, aku tidur untuk keesokan harinya....
Sementara itu, dari rumah pulak.........

Bersambung......

(p/s:kongsilah perspektif korang hari kedua ni)