Selasa, 20 Jun 2017

Kehidupan Sebagai Mahasiswa: Minggu Pertama Interim 2017

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada korang semua,

Terlebih dahulu aku memohon maaf kerana agak lama aku tidak mengemaskini blog ini sejak aku kembali semula ke UiTM Kampus Dungun pada 4 Jun 2017. Mana tak nya, semua dah sibuk adakan kursus sana kursus sini termasuk aku sendiri. Apapun aku nak ceritakan pengalaman aku sepanjang minggu pertama aku mengikuti sesi interim ini.....Aku rasa entri ini jugak boleh jadi panduan untuk korang untuk survive masa korang masuk universiti jauh-jauh ni, dalam entri ini bagi sesiapa yang beruniversiti di Terengganu, Kelantan, Johor dan Kedah....

Ahad 4 Jun 2017
Hari itu dah la tak de kelas beb! Pada pagi tu, aku perlu selesaikan beberapa urusan penting, nasib baik masa tu cuaca sejuk sikit sebab hujan. Aku kena hantar borang soal selidik, salinan sijil kelahiran abah aku dan kena minta bantuan pejabat kolej sebab aku LUPA HABIS kata lalulan masuk untuk I-Pelajar. Selepas habis urusan tersebut, aku bersama keluarga untuk bersiar-siar sedikit sekitar bandar Dungun.

Sekali lagi aku terpaksa berpisah dengan keluarga pada waktu Zohor pada hari itu. Pada waktu tu lah aku kadang-kadang asyik menghitung hari untuk balik semula ke Shah Alam untuk cuti raya pada masa tu. Selepas zohor, aku ke Dewan Bakawali untuk sesi taklimat mengenai kursus bagi BM114. Aku ingat lagi yang kitaorang terpaksa pindah dewan. hahaha......aku tak ingat pulak pasal apa.....

Menghampiri waktu berbuka, aku membeli nasi di satu kedai makan yang baru dibuka (agak jauh sikit dari kolej Tenggol) di Dataran Usahawan. Tak la banyak aku beli takut nanti tak pasal-pasal tak larat untuk makan sahur nanti daa.......

Waktu malam pulak, aku solat tarawih di surau Kolej Tenggol di sebelah je kolej kitaorang....Aku takkan cerita lagi untuk hari-hari yang lain,...

Isnin 5 Jun 2017
Aku rasa inilah hari yang paling sibuk pasal ada 3 kelas hari itu, 2 kelas pagi dan satu lagi waktu petang. Pada waktu kelas pertama, masa tu ialah ELC121 (boleh dikecualikan kalau korang lulus English Placement Test) dan lecturer yang mengajar kelas BM114E ialah Madam Najlaa. Beliau terangkan secara sepintas lalu je pasal subjek ni dan aku ingat lagi aktivitinya ialah pergi minta tandatangan kawan (bukan tandatangan sendiri ye) pasal beberapa benda seperti siapa minat K-Pop, siapa lahir bulan yang sama dan banyak lagi.....semua 33 pelajar terima kertas dan start permainan.....
Main satu game masa dalam kelas....

Selepas kelas habis, aku pergi pulak ke Dewan Aspirasi untuk sesi UED102 iaitu bertajuk Study Skills. Tak macam kelas sebelumnya, semua BM114 berkumpul di dewan tersebut. Pada masa tu, aku ingat lagi yang kami kena buat presentation pakai kertas besar yang bertajuk apa rahsia pelajar yang berjaya.......lepas tu kena present kat depan. aku ingat masa tu lecturer-lecutrer ada tandakan mana-mana jawapan yang selari dengan yang powerpoint di depan.

Lepas habis presentation, aku dengan kumpulan BM114E berkumpul dengan Madam untuk sesi kenal-kenalan....dan ada assignment ye iaitu kena buat video pasal tempat signifikan bagi kampus Dungun ni la.......


Kena present kat depang....

Aku kemudian solat zohor sekali lagi kat Pusat Hidayah dan selepas itu pergi pulak ke kelas CTU101 untuk kelas Islamic Principles. Sepatutnya kelas kami kena ada assignment tapi bila saat-saat akhir, dikhabarkan kelas tu dah pensyarahnya bertukar, jadi batal lah.....

Waktu tu masih lagi terfikir-fikir ambik ujian English Placement Test yang akan diadakan pada hari Khamis........especially pasal soal bayaran. Nak buat macam mana ekkk.....perlu ke nak bawak slip bayaran betul??

Petang pulak ada sesi taklimat pasal kokurikulum. Aku ambik keputusan untuk menyertai Kesateria Negara. Kenapa pulak? Sebab nanti, masuk semester kedua nanti boleh pilih ke bidang-bidang lain seperti sukan, pembinaan diri dan kebudayaan. Kalau join yg lain, hmmm kena tunggu 3 semester baru jalan.

Waktu berbuka seperti biasa di dalam bilik......tapi malangnya pada hari itu, aku bukak puasa sorang
-sorang saja dalam bilik dan ITULAH KALI PERTAMA DALAM HIDUP AKU! Sebab roommate aku yang lain sume pegi ke Pusat Hidayah.
Daftar KESAT.....


Bukak pose sorang-sorang....huhu

Pasal English Placement Test tu, aku dah tanya dah kat Madam Aileen melalui Whatsapp, boleh ke kalau pakai gambar hantar whatsapp yang mana parents bank in....jawapannya BOLEH! Nanti sewaktu hari ujian tersebut boleh tunjukkan gambar resit tu....so nanti abah boleh bank in duit sebanyak RM25 pada keesokan harinya......

Selasa 6 Jun 2017
Pagi tu aku dalam bilik je dengan beberapa roomate aku yang lain sementara menunggu kelas ELC121 yang diadakan pada waktu petang. Hmmm......duduk je la sampai la ke tengah hari barulah aku gerak ke Pusat Hidayah terlebih dahulu untuk solat zohor and then barulah pegi ke kelas ELC121. Tak seperti kumpulan-kumplan kelas yang lain, ELC121 bagi kumpulan kelas aku ada dua pensyarah. Sesi kali ini ialah bersama Madam Masliza......

Btw....dalam kelas tu jugak dah dapat dah first assignment yang memerlukan buat powerpoint serta sediakan latihan untuk 33 orang dalam kelas. Aku teammate dengan Afiq Rashdan untuk buat presentation pasal Simple Past Tense...ehhhh macam nak refresh balik apa yang belajar masa sekolah dulu je......


Selepas habis kelas, aku duduk kejap pakai handset sementara menunggu asar. Lepas solat Asar, aku pergi kejap di Kafe Redang untuk beli makan kat bilik dohhh......macam biasa makan kat bilik dan alhamdulillah, ada jugak roommate sekali.

Kembali kepada bayaran EPT yang aku sebut tadi, siang tadi bukan abah yang bank in duit bayaran tapi sebaliknya Pak Su yang bank in duit. Almaklumlah, Pak Su sendiri ialah kakitangan Bank Islam jadi kat officenya tu senang la sikit mau bayar.....

Rabu 7 Jun 2017 
Pagi itu, ada yang pergi kelas pada pukul 8 pagi tapi aku ikut sekali sebab pada hari itu jugak aku pergi masuk perpustakaan buat kali pertama. Serius aku cakap, memang sejuk kat library tu, dapat tengok tv lagi siap ada tempat santai lak tu......ni sesuai untuk lepak compare dengan lepak kat bilik dorm......Aku berada di Perpustakaan Cendekiawan sampailah pukul 10.00 pagi apabila kelas dah nak mula......

Kelas ELC121 kali ini masih lagi bersama Madam Masliza. Kali ini aktivitinya ialah, buat presentation tu SIKALANG JUGAK MEHH!....jadi kitaorang dalam kelas tu buat la dengan partner memasing.

Petang tu pulak ada kelas CTU101, yeyy kali ini ustazah baru pulak iaitu Ustazah Norzila Sulong. Aku ingat lagi aku sudah beli buku.....harganya RM10 je.....Setakat ni assignment belum lagi diberi....Selepas kelas habis, aku pergi ke makmal komputer untuk join sekali ujian percubaan English Placement Test.....sekejap je habis sebab dia nak belajar cara mau jawab saja.......

Waktu berbuka, errrrr.......aku ingat macam biasa je kot...buy and bring back home and left a little bit for sahur.....


Akhbar hari itu.......

Khamis 8 Jun 2017 
Pagi tu aku ada ujian English Placement Test di makmal komputer yang bertempat kat belakang tempat buat kad matriks je. Pada awalnya ada masalah sikit sebab komputer yang aku duduk ni tak ada fail yang berkaitan dengan EPT, jadi Madam Najlaa bagilah USB tu untuk masukkan dalam komputer.

It was just fine when I sat for the listening test, however, when the test was go to the end, the voice lost suddenly....OH MY GOODNESS!!! No choice but had to move to another computer fearing answering the same question.  Before that, I had to proceed with reading test. After that particular test was ended, I was moved again to the another computer...my goodness, macam berpindah randah la pulak. Akhirnya, masa test lagi sekali tu, alhamdulillah berjalan lancar juga.......lepas habis EPT, aku pergi la ke Perpustakaan Cendekiawan.

Ujian EPT bermula.....

Masa dalam perpustakaan tu, serius aku dalam dilema sekarang. Pasal apa? sebab bermula Khamis petang tu sampailah ke hari Isnin (12 Jun 2017) memang tak de kelas. Lama tu, rasa macam nak balik Shah Alam la pulak...tu lah sampai nak telefon Mummy masa tu....tapi aku tak jadilah nak balik. Sebagai penyelesaian 'menang-menang' Mummy, Babah, Shabil dan Shadiq sekali lagi datang Dungun pada Sabtu ni.....

Perpustakaan tutup pukul 2.45 petang, dan nasib baik pinjam satu buku untuk dibaca dohhh. Malam tu, kami bukak puasa kat kedai Sa-Din dengan semua roommate dan Muhammad....
My roommate, Ridwan.....

Iftar ngan roommate plus Muhammad......

Jumaat 9 Jun 2017
Serius aku cakap, aku memang tak gemar betul bila ada hari cuti umum seperti hari Jumaat dan cuti umum! Pasal apa, aku memang tak suka asyik lepak di dalam bilik je tak buat apa-apa (nasib baik ada laptop bagi minggu yang berikutnya dan sedikit wifi walaupun barai sikit...). Apa yang aku buat? Apa lagi, aku terpaksalah pakai komputer roommate aku, iaitu Imran untuk pakai Internet, itupun tengok video je seperti tengok pilihan raya Britain 2017........

Lainnya?? Hmmmm....pakai handsetla dan kadang-kadang baca buku jugak , nasib baik la aku ada pinjam buku dari perpustakaan itupun aku nak pinjam sekejap je. Itu amanah baiii...bukannya main sembarangan bawak sebab ada tarikh akhir kena hantar buku ye......

Ada satu aktiviti je, iaitu solat Jumaat. Itu saja.......lepas tu balik bilik dan lepak je. Tapi waktu berbuka kembali semula ke Pusat Hidayah untuk iftar berbuka... Free tau!
Ni kalau aku buat...kejap je sebab takut jatuh....



Sabtu 10 Jun 2017
Memang terang-terang tak ada kelas pada hari tu. Jadi masa  petang aku duduk dalam bilik je, pagi duk library..tapi mujurlah pada hari tu. Mummy, Babah, Shabil dan Shadiq ambik aku untuk keluar, dan masa tu depa duduk hotel UiTM Dungun. Nak hilangkan kebosanan, aku ambik keputusan untuk bermalam sehari dengan keluarga di hotel berkenaan. Aku pun minta izin daripada roommate-roommate aku. Sebelum aku meninggalkan kampus buat seketika, aku tengok kafe Tenggol baru bukak. Sebelum ni bukan main lagi tutup yeee sampai kena pergi jauh-jauh!!
Duk library lagi....

Kafe Tenggol...hari itu baru bukak.....

Sebelum kami berbuka puasa, kami pergi kejap ke Bazaar Ramadan di pekan Dungun. Baru ternampak ada seluar tidur yang sepatutnya aku beli minggu tapi nantilah. Kami jalan-jalanlah sekejap sekitar bazar tu......Lepas berjalan-jalan kami berbuka puasa di restoran yang sama masa pulang dari MDS iaitu Sambal Lambak.....kali ini minum 2 cawan setiap seorang...haha pasal takut nanti haus la pulak.......

Selepas berbuka puasa, kami balik semula ke hotel untuk solat Maghrib serta Isyak dan Terawih di bilik hotel jugak. Tapi sebelum tu, kami lepak lu jap dalam bilik.
Bukak pose ngan family.....Sambal Lambak

Lepas solat tarawaih, kami (kecuali Mummy) keluar untuk ke pekan pergi bazar balik untuk beli sikit-sikit doh. Sebelum teruskan jalan-jalan, kami minum jap. Aku ingat lagi paling tak boleh blah, ada jual baju LuqmanPodolski yang ada gambar muka katak...haha! Sampai tengah malam kami berada kat sana. Sebelum balik bilik, kami bergambar kejap kat tepi pantai berhampiran kampus.....
Jalan-jalan dohhhh

Bulan penuh......

Apapun setakat ni saja coretan aku pada hari ini......ketika aku menulis ni, tinggal 4 hari saja lagi aku kembali ke Shah Alam dengan naik bas la pulak......hehe. Aku memohon maaf kalau penulisan aku ni ada sedikit kekurangan. Semoga berjumpa lagi! Wassalam.......dan Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin!!