Pertama sekali, aku minta maaf sangat-sangat pasal sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini sejak Aidilfitri dan aku sibuk dengan assignment-assignment dalam universiti ini. Alhamdulillah, semua sudah siap dah dan ketika aku menulis artikel ini, tinggal kira-kira 5 hari lagi aku akan pulang ke Shah Alam untuk sesi cuti interim ini. Tetapi sebelum itu, aku akan menghadapi ujian interim terlebih dahulu pada minggu hadapan.
Aku rasa tidak terlewat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H kepada semua para pembaca sekalian walaupun dah masuk bulan Zulkaedah dah. Hari ini aku nak menulis tentang pengalaman pertama aku menaiki bas ekspres pada hari Khamis 24 Jun 2017. Sebelum ini parents aku yang hantar pergi dan balik (nampak macam susah tapi nasib baik LPT 2 dah siap.....) tapi kali ini aku kena balik sendiri naik bas, kena kumpul pengalaman dulu la......
2 minggu sebelum aku naik bas, aku pergilah bersama parents aku beli tiket bas ekspres di stesen bas. Eh, jap....apasal parents aku ada kat sana...Yelah, keluarga aku ada datang jenguk aku sekali sebab ni baru first time berjauhan dari rumah, so aku belum biasa lagi la....Pada awalnya nak beli tiket bas Sani Express sebab paling popular kot dan beli untuk 24 Jun tapi malangnya dah abis pulak! Kemudian beralih pulak ke bas Transnasional untuk siang tapi tak de jugak. For me, I want to return home ASAP! Tapi terpaksalah beli tiket bas Mutiara dan balik lewat malam........
Tak nak cerita panjang pasal tu, aku beralih kepada hari kejadian. Pada 24 Jun, aku ada kelas pada waktu pagi iaitu ELC121 (Integrated Language Skills) bersama Madam Najlaa sampai pukul 11.30 pagi. Time ni aku ada ujian LIRA pasal cerita The Three Questions oleh Leo Trotskoy. Kemudian practice pulak kertas periksa lepas-lepas....
Pukul 11.30 pagi, tiba masanya aku balik ke dalam bilik dan start berkemas. Sebenarnya aku dah start berkemas lama dah sejak Isnin lepas apabila aku masukkan sedikit demi sedikit pakaian kotor dalam luggage. Sekarang tinggal nak kemas barang-barang kecik je dalam beg. Tapi banyak jugak barangan yang kena tinggal....huhu...
Beg yang aku bawak..... |
Kena tinggalkan.... |
Pukul 6.00 petang, aku dah mula bergerak ke kafe Redang untuk berbuka puasa di sana bersama Firdaus. Kali ini aku berbuka puasa nasi putih, sayur dan ayam masak merah uikkk.....Lepas makan, aku solat maghrib di blok Redang 1.
Lepak makan lu..... |
Pukul 8.30 malam, sampai masanya untuk meninggalkan kampus apabila aku bersama Hikal (yang juga tinggal di Shah Alam serta kawan sekelas aku di universiti) pergi ke stesen bas sementara menunggu bas dengan naik Uber....Ummpphhh, kena tahu sendirilah macam mana nak mintak naik Uber dari blok asrama sampai ke destinasi yang mahu dituju. Sampai di stesen bas, aku sedikit terkejut apabila tengok ramai orang dah berkumpul di stesen bas untuk balik ke tempat masing-masing. Aku tahu ramai yang naik bas ni adalah budak IPT (tapi bukan dekat UiTM Dungun saja, Politeknik pun ada).
Sampai jugak kat perhentian bas.... |
Dengan Firdaus... |
Harif dan 'Chong"...balik kelate... |
Sementara nak menunggu bas sampai, aku beli la makanan sedikit untuk sahur, memadailah roti dan air kosong. Kalau ikutkan, makanan sahur tak perlu berat-berat sangat, memadailah dengan seteguk air. Selepas itu, aku duduk di tempat duduk sementara menunggu ketibaan bas ekspres sehingga pukul 10.45 malam.
Pukul 11.00 malam, aku masih lagi menunggu bas tersebut tiba, tapi alih-alih bas syarikat lain pulak yang sampai., SP Bumi, Transnasional dan Sani Express masing-masing sudah mari. Member aku, Bajib pun dah naik bas dah melalui Transnasional. Begitu jugak Hikal pun dah naik bas jugak tapi tak ingat pulak dia naik apa......aku masih lagi menunggu. Akhirnya pada pukul 11.30 malam, bas tersebut sudah tiba di perhentian bas....
Ni lah basnya..... |
Mungkin ada yang tanya, lalu Lebuhraya Pantai Timur E8 keseluruhannya (termasuk fasa 2) atau tidak? Jawapan aku, TIDAK! Sebab bas tersebut tak silap aku pun turut melalui Kuala Terengganu melalui Jalan Persekutuan FT3. Jadi, sepanjang perjalan tersebut, aku kadang-kadang tengok bandar-bandar seperti Chukai dan singgah sebentar kat situ untuk mengambil penumpang juga kalau tak silap aku. Tapi sebahagian masa perjalanan tu aku TIDO je! Hahaha......
Kemudian, bas Mutiara itu singgah di Cherating, Pahang untuk makan-makan ke ape ke. Dekat warung la, ramai jugak yang makan kat situ, awal pagi kot. Aku mula turun dari bas untuk beli makanan ringan saja je. Tapi, masa aku dah keluar, tiba-tiba bas yang berhenti di warung depan sudah TIADA!! AIYAAAA....aku mula panik sikit sebab aku menyangka bas dah meninggalkan aku. Rupa-rupanya, bas tu cuma parking je kat situ, ayyaaa padyappa malunye.......dan bas tu tunggu kat situ sampai pukul 2.00 pagi. Aku pergi semula ke warung tu untuk beli burger di gerai yang terletak di situ. Lepas beli, aku makan makanan ringan berhampiran dengan bas yang aku naik tu.......nervous jugak aku masa tu.....
Singgoh Kemamang..... |
Berhenti kat Chukai.... |
Pintu masuk hotel Legend...aku pernah ke sini dulu dengan family |
Tempat parking bas..... |
Selepas beberapa lama di Cherating, bas itu meneruskan perjalanan. Pada mulanya aku sangka bas tu singgah di Kuantan tapi tidak. Sebaliknya bas tersebut terus masuk ke LPT 1 E8 melalui Gebeng...Sepanjang perjalanan tersebutlah, aku tido saja sebab gelap tak nampak apa-apa sampailah ke penghujung LPT 1 di Karak. Kat Karak pulak lain ceritanya, ada penumpang nak turun pergi tandas kejap....jadi bas pun tunggula kat situ.
Kemudian, bas meneruskan perjalanan lagi. Cakap pasal burger yang aku beli di Cherating tu, aku tak makan sebab takut-takut nanti kotor pulak bas dengan sosnya apa segala bagai...jadi aku makan yang ringan-ringan la yang aku beli di Cherating tu. Tapi, bas Mutiara tu bukannya terus ke Shah Alam tetapi sebaliknya berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk tukar bas sebab bas itu pergi ke utaqa. Jadi aku bawak la beg dan beg besar tu ke bas yang seterusnya......
Hello Kuala Lumpur....... |
Bas itu akhirnya memulakan perjalanan sehingga ke Shah Alam, aku pulak sibuk berkira-kira bilala nak solat subuh ni. Akhirnya, kira-kira 6.30 pagi, aku sampai jugak di Shah Alam di Seksyen 13, nasib baik sempat lagi untuk menunaikan solat Subuh kat rumah. Masa aku sampai jugak, Mummy dan Abah dah tunggu aku dah.....sebab tu lepas aku turun dari bas, Mummy pun datang menyambut aku.....hehe! Kemudian, kami semua balik ke rumah Seksyen 7.....
Time sampai kat rumah, Shabil dah tunggu kat ruang tamu dah.......Oh ya, aku langsung tak makan burger Cherating tu jadi aku simpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan makanan tu jadi basi, sayang pulak kan....
Dari UiTM Dungun 'balik' UiTM Shah Alam...hehe |
Hampir nak sampai rumah dahhh.... |
Berakhir sudah coretan aku kali ini...Insya-Allah kita jumpa lagi...bye!