Rabu, 25 April 2018

Seminggu Cuti ke Korea: Lotte World (12 Februari 2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu aku mohon maaf sebab dah lama tak mengemaskini blog ini. Ini disebabkan aku sibuk dengan study dekat kampus. Hari ini, aku ambil masa yang terluang ini untuk menyambung coretan aku ke Korea sewaktu cuti Tahun baru Cina. Pada 12 Februari lalu, aku bersama keluarga aku poie ke Lotte World Theme Park….

Pukul 10.00 pagi lebih, kami dah mula bergerak ke stesen kereta api untuk ke stesen Jamsil, di mana kat situ la Lotte World terletak kat situ. Adat biasa mana-mana stesen kereta api, kalau ada tempat-tempat menarik, dia mesti ada kesalinghubungan dengan pengangkutan awam. Dari stesen Seoul, pakai Line 4 (aku lagi suka kalau line-line kereta api kat Lembah Klang ni pakai nombor je) sampai ke Sadang, pastu tukar pulak ke Line 2 (Circle Line) sampailah ke stesen Jamsil. Aku ingat tadi keluar stesen salah pintu pulak, hasilnya, kami keluar kat yang Lotte World kena seberang jalan pulak. Nasib baik ada terowong untuk connect kat situ.  
Pemandangan Sungai Han waktu siang...molek belake.

Dalam kereta api Line 2 ke Jamsil

Sampai doh ke Lotte Mall.
Makan dulu oii...

Aku ingat takkanlah nak masuk awal-awal dalam Lotte World. Lagipun, ongkosnya agak mahal jugak. Kalau masuk pukul 4.00 petang, barangkali murah la sikit. Bab nombor-nombor ni maaflah, aku tak berapa ambik pot sangat. Memandangkan kami sampai ke Lotte World Mall, kami jalan-jalan dulu sekitar mall terlebih dulu. Boleh kato bosar jugak mall ni, rasanya lagi besar daripada hok yang shopping mall yang sedia ada yang aku pergi. Sebelum sambung, kami makan-makan dulu kat kedai Lotte jugok.

Tambahan pulak, ada jugak sampai 5 tingkat. Aku pun...uihhh dok pernah ada shopping mall setinggi ni. Sebelum teruskan jalan-jalan ni, aku solat dulu kat surau. Yes, kat situ memang ada surau. Terkejut jugak bila aku tengok ada Al-Quran dalam terjemahan Bahasa Melayu pulak (siap ada cop daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia). Aku rasa memang ada orang wakafkan kot. 
Macam nak masuk tapi awal sangat la...

Kat sini kalau nak beli merchandise Pyeongchang 2018 ada gerai rasminya...


Cam comey pulok Soohorang ni lak....

Siyes..tinggi eskalatornya....

Sini la suraunya,,,


Singgoh Hard Rock Cafe..
Kumpul sama-sama Kak Min, Abg Hafiz and family...

Habis solat, haih...macam biasalah pergi ke Hard Rock Cafe. Asal pergi ke luar negara je mesti nok cari Hard Rock Cafe. Tak lain tak bukan mesti beli baju. Lepas jalan jauh dari Hard Rock Cafe sampai ke gerai Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, kami berhenti sekejap. Rupanya pasal nak pergi ramai-ramai ke Lotte World dengan Kak Min and family (actually depa dah pi Korea) awai lagi daripada kitaorang). Aihhh, meriah la tu pergi satu family besar.

Pukul 4.00 petang waktu tempatan, barulah kami semua masuk ke taman tema itu. Ketika kami masuk tu kami naik ke tingkat atas. Masa tu jugak aku sama-sama tengok perarakan. Salah satunya ialah aku nengok Soohorang dengan Bandabi (Maskot temasya Olimpik Pyeongchang) tengah dok menari dengan maskot-maskot kat Lotte World ni....


Comel bile tengok....

Dgn Kak Min...

Ni aku dok ingat pulok...
Lepas tengok semua perarakan, kami pergi keluar ke Magic Park, rasanya ni lah tempat penting sebab ada bangunan castle sebagai landmark. Tapi kami tak naik apa-apa attraction sebab sejuk kan...sebab tu ada tempat tertentu yang tutup. Lapar punya pasal, kami makan-makan duku kat Lake Pizza. Alhamdulillah, ada jugak yang halal......makan pizza je...hehe

Lepas perut penuh, kami keluar jalan-jalan sekitar Magic Island. Aku ingat nak jugak nak naik bumper car tu tapi pasal tak cukup orang pastu ada yang pendek daripada minimum ketinggian, terpaksa la lupakan. 

Lotte Tower

Ini mana lah bowok mafla Selangor ni...



Ngeteh dulu kat Lake Pizza


Knight gok ni...

Tak lama pun kami kat  Magic World pun, setakat jalan-jalan pusing je. Kami pun masuk la balik ke bahagian Adventure untuk cuba apa ada attractions yang ada. Pertama sekali, aku naik Dragon's wild Shooting dengan adik-beradik aku. Keje aku cuma tembak-tembak dragon, sekali tembak dapat markah.

Lepas tu pulak aku try pulak yang 4D yang naik apa ntah.....aku dah lupa dah apa nama tapi siyes...memang pening gila walaupun setakat skrin je. (cuma kerusi je yang gerak). Habis tu, aku pun rehat-rehat la dulu sebab masih pening.



Area gambar 3D ape ni....


 Ada banyak lagi tempat lain yang aku pernah masuk seperi gambar 3D la, tapi yang ride-ride macam roller coaster tu, minta maaf la, aku memang tak boleh pasal pening. Selepas itu, kami mula menyaksikan persembahan malam serta perarakan kereta berhias....



Kereta berhias

Hijjaz buat ape tu...hehe
 Sebelum kami habiskan perjalanan kami di Lotte World, kami naik kejap yang ala monorel tu pusing-pusing sekitar taman tema tapi yang indoor saja la. Gayat jugak bila tengok ke bawah, apatah lagi kalau tengah pegang telefon. Sekali leka boleh terjatuh bai.....

Naik ala monorel...

Bowok pusing-pusing

Ni aku tak berapa naik....

Pakaikan Soohorang mafla Selangor...hahaha
 Selesai sudah perjalanan kami sekeluarga di Lotte World. Aku ingat dalam pukul 10.30 lebih gitu waktu tempatan, kami mula jalan balik ke hotel. Kak Min dan keluarga pun balik ke hotel dia....jadi sekian di sini coretan aku pada hari ini.
Tiba masanya untuk balik...pikir jugok, bakpe ghama2 pakai baju hitam..org universiti ka?

Beli ban sikit...isi perut...

Otw balik....
Bersambung...wassalam