Sabtu, 23 Mac 2019

TRAVELOG KUALA TERENGGANU 2018 (PART 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca sekalian. 

Alahai…sekali lagi aku tak mengemaskini blog sejak aku balik ke kolej bermula akhir Februari lalu. Ok, yang cerita Shanghai tu aku sambung nanti. Hari ini aku nak menukilkan cerita aku bercuti di Kuala Terengganu pada 29 Disember tahun lepas sebelum aku kembali ke kolej. Masa tu aku nak hadapi peperiksaan akhir semester untuk semester 3, untuk aku la…

Seperti pada tahun 2017, kami pakai terus je LPT 2 sampai penghujung. Kami sampai di hotel rumah penginapan Bank Negara Malaysia dekat Batu Buruk, Kuala Terengganu. Tak jauh dari taman yang berdekatan. Pukul 8 lebih masa tu dah sampai, then kami rehat la sekejap sebelum keluar balik ke Pantai Batu Buruk untuk makan malam.
 
Singgah Temerloh....jumpa pulak cikgu sekolah rendah aku...



Barang banyak situ...


Keesokkan harinya (30 Disember), kami keluar ke tempat yang aku dah lama nak target pergi, iaitu Muzium Negeri Terengganu dekat Losong. Masa tu ialah tengah hari. Tak sibuk sangat masa tu, ala ni bukan Lembah Klang. Sampai saja kat muzium tu…bapak gile besar muzium dia yang berasaskan rumah Tiang Due Belah (Tiang Dua Belas). Honestly, I like the pemeleh design yang dekat bumbung tu, yang berkongsi reka bentuk rumah dengan Kelantan. Setakat yang aku tau, ni antara yang pure Semenanjung Tanah Melayu punya (automatically pure Malaysia la) …patut kasi promote lagi design macam ni..

Berkenaan kamera pulak, boleh ambik gambar tapi JANGAN PAKAI YANG FLASH TAU!!! Maknanya pakai telefon je la dan jangan bukak mod flash. 
 
Bangunan pejabat daerah Kuala Terengganu..



Kereta MB Terengganu dulu-dulu

Besar nauu....

Bahagian pertama bangunan muzium yang aku lawati ialah bangunan utama yang berhadapan dengan pintu masuk tu. Dekat situ mempamerkan sejarah negeri Terengganu, salasilah kesultanan, geografi dan yang paling penting sekali bagaimana kebudayaan negeri Terengganu rupanya, yang membezakan dengan negeri-negeri lain dalam Tanah Melayu.

Dekat situ jugak pada masa tu ada pameran khas mengenai nabi dan rasul yang dianjurkan oleh pihak muzium. Di bangunan muzium ini ada 3-4 tingkat tau ye….memang sesuai dengan saiz muzium yang merupakan muzium PALING TERBESAR DI MALAYSIA.


Batu Bersurat Terengganu..


Kota Lama Duyong tak silap aku...

Perjalanan Muzium Terengganu....dulu kecik je


Pameran mengenai Sultan Terengganu menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-13 (2006-2011)

Lambang kesultanan Terengganu..

Peta Terengganu dulu...belum ada lagi daerah Setiu dengan Kuala Nerus..


Istana mana ekk...lupa dah...but hope someone reconstruct this in real life


Senjata keris..




Memang besar wooo....

Tudung saji besauuu...



Zaman pra-sejarah Terengganu

Congkak

Gendang Dongson


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, MB Terengganu dari 1999 sampai 2004

Dato' Seri Idris Jusoh, MB Terengganu dari 2004-2008. Sekarang merupakan Ahli Parlimen Besut

Dato' Seri Ahmad Said (Mat Said), MB Terengganu dari 2008 sampai 2014. Belum ada lagi gambar Daro Seri Ahmad Razif

Istana Hijau sebelum terbakar dan digantikan dengan Istana Maziah

Istana Sultan Mansur II...ni aku harap ada yang reconstruct this..


Dungun dulu..


Ni hanyalah sedikit je yang aku boleh bagi...nak tengok depan mata, datanglah sendiri ke Muzium negeri Terengganu.

Bahagian kedua bangunan muzium yang ketika ini aku berada di tingkat atas ialah berkenaan Petronas. Ya, Petronas memainkan peranan penting dalam pembangunan industri minyak dan gas di Terengganu sejak 1970-an. Dekat sana menerangkan maklumat tentang sejarah peranan Petronas dan bagaimana prosesnya sama ada upstream mahupun downstream.




Humble beginning for Petronas









Isi minyak ke tu?

Hampir selesai kunjungan kami ke muzium, kami pergi pulak ke pameran sejarah kartun di Malaysia. Sudah tentu kita ingat lagi dengan kartun-kartun dulu seperti Lat, Gila-gila, Ujang, Usop Sontorian, Keluang Man serta kartun-kartun sekarang seperti Upin Ipin, Bola Kampung, BoBoiBoy dan lain-lain.

Ketika aku menulis coretan ni, filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal baru saja memulakan tayangan baru-baru ini. Dengarnya rating tinggi woiiii……ada can mau pecah panggung. Lepas ni dua lagi, BoBoiBoy Movie 2 dan Ejen Ali : The Movie yang jugak tahun ni keluar pawagam.





Keluang Man


Ingat senang nak lukis kartun




Sebelum kami keluar dari muzium, kami pergi sekejap tengok kapal-kapal yang dipamerkan kat situ. Ni baru sikit bukti orang Melayu bangsa maritim. Paham-paham la, baik Semenanjung Tanah Melayu ke, Kepulauan Melayu ke, sama je dikelilingi laut menjadikan orang Melayu lebih dekat dengan sektor maritim.












Kami kemudiannya menunaikan solat di Masjid Makmur Losong Dato Amar. Di tengah-tengah kampung pulak tu. Selepas itu, kami pergi makan-makan berhampiran dengan runway Lapangan Terbang Sultan Mahmud dekat Seberang Takir. Layan je kapal terbang naik turun situ. Kemudian, kami kembali semula ke bandar Kuala Terengganu. Pada awalnya ada sesuatu nak beli je…alih-alih aku dan keluarga aku dalam kereta pusing-pusing serata bandar Kuala Terengganu.

Bangunan-bangunan menarik seperti Wisma Darul Iman, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Masjid Abidin, Istana Maziah dan Drawbridge Terengganu (yang masa tu dalam pembinaan, tengah berbalut lagi) antara yang aku saksikan. Memang tenang je bandar ni walaupun berstatus bandar raya.

Pada senja tu, kami kembali semula ke hotel dan aku pulak pergi ke pantai depan hotel tu untuk relaxation….so enjoying tengok laut. I’m just hoping Kuala Terengganu more progressing after this with projects ongoing like KTCC Mall, Mayang Mall and Drawbridge.
 
Singgah solat jap...




Perpustakaan awam Terengganu...


I see Taman Tamadun Islam....pernah pergi time aku kecik

Makan lu....



Stadium Sultan Mizan....sedih tol tak de bumbung...runtuh punya pasal daa...

Melalui Jambatan Sultan Mahmud..





That's drawbridge..

Istana Maziah

Pasar Payang


Masjid Abidin

Bus stop Kuala Terengganu dan Menara Paya Bunga


Wisma Darul Iman...



Bulatan paling femes...

Malam tu, aku, keluarga aku, alatok, wan , pak su dan pak ngah turun makan dekat restoran yang berhampiran dengan hotel. Emmmm….sedak ggitu….
 
Nikmati makan malam daa....
Apapun sekian saja catatan aku pada hari ini…insya allah sambung another one day…