Jumaat, 1 November 2019

TRAVELOG SHANGHAI FINALE

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lagi sekali, agak lama dah aku tidak mengemaskini laman blog ni....sebab ni aku dah sibuk dengan final semester untuk diploma aku di UiTM. Alang-alang dah cuti pertengahan semseter, hari ini aku nak sambung balik coretan aku ke Shanghai bersama keluarga aku...DAN INI IALAH SIRI TERAKHIR....

8 Februari 2019 : Masjid Xiaotaoyuan dan jalan-jalan

Memandangkan waktu Zohor bagi Shanghai ialah dalam sekitar pukul 1.00 petang (macam di tanah air la), kami mula keluar naik tren sampai ke stesen Laoximen. Ni lain sikit, sebelum ni stesen hampir yang ada ialah Stesen Yu Yuan. Kena jalan ke arah selatan baru jumpa masjid tu. Cuma dari Laoximen, sedikit jauh la kena jalan untuk sampai ke masjid Xiaotaoyuan. 

Alhamdulillah sempat lagi kami sampai ke masjid tu dan masih belum mulakan apa-apa lagi. Sebenarnya kami solat Jumaat kat masjid tersebut...hehe. Kami duduk la kejap kat masjid tu, sambil dengar yang ala-ala ceramah atau taklimat walaupun ambe dok faham pun bahasa Mandarin. Selepas itu baru lah khutbah Jumaat bermula.


Dalam sejid...




Dengor khutbah

Isi perut sat..






Selesai solat Jumaat, kami pergi ke shopping mall berdekatan tapi makan takat fries je. Selepas itu, kami terus jalan sepanjang Henan Road South terus ke arah utara sampai Nanjing East Road. Selama kat situ la kami membeli-belah kat situ...alang-alang sebelum balik tu kan. Malam dah terus balik hotel dohh..


9 Februari 2019 - BALIK

Selepas hampir seminggu kami berada di kota negara tanah besar China, sudah sampai masanya untuk kami untuk pulang ke tanah air. Pukul 10.30 pagi, semua dah clear barang, jugak kemas sikit-sikit bilik tu, tak de la tinggalkan bilik dalam keadaan bersepah macam tu je.

Lepas dah settle check out hotel, kami pun naik kereta api sampai la ke airport kat Pudong sana tu.  Macam sebelum ni, kena tukar dekat Guanglan Road dan memang sesak dengan penumpang sebab ada yang nak ke airport la ataupun stesen-stesen lain. Aku macam terpisah sementara....uikk takut gak, nasib baik nampak dengan adanya pegang beg bagai.
Last moments kat bilik...








Dah nak flight baru nak beli...hiok hiok..


Dah mula beratur..




Lalu salah satu bandar kat Vietnam

Hmmm...ingatkan lalu Dungun tadi..hiok hiok

Nampak macam kat Pekan, Pahang

Sapa dohh di KLIA

Pukul 3.30 petang lebih, kitaorang dah naik flight.  Alhamdulillah sampai la ke tanah air pada pukul 9.30 malam lebih di KLIA. Kami lepas keluar dari balai ketibaan, kami pergi makan McD kat Petronas tu..lol!

Sekian saja coretan aku untuk travelog Shanghai pada hari ini. Aku rasa dah 6 part dah ni aku dah cerita dah...semoga berjumpa lagi. Wassalam.