Jumaat, 10 April 2020

Alternatif pemerkasaan kelab bola sepak komuniti (atau negeri) dalam Liga Malaysia (sekadar pandangan palatao aku je)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Liga-liga komunti yang dah diiktiraf sebagai sebahagian daripada keluarga besar Liga Malaysia setakat musim 2019
(Kredit Facebook Amateur Football League)
Apa khabar kepada semua lagi-lagi time PKP gara-gara COVID-19? Aku harap semua para pembaca baik-baik belaka. Ok, hari ini aku nak sentuh sikit pasal kelab-kelab bola sepak komuniti ni. Aku agak macam meronta-ronta jugak nak tulis perkara ni sebab ini memang future bola sepak Malaysia. Coretan ini adalah pandangan peribadi aku sebagai peminat bola sepak tempatan yang beshe-beshe la. 

Sejak lima tahun kebelakangan ni, banyak kelab bola sepak komuniti makin banyak ditubuhkan di seluruh negara. Sehinggakan stuktur liga Malaysia ditambah baik melalui pengenalan Liga M3 dengan M4 (liga negeri dan komuniti).

Antaranya kelab-kelab seperti Kerteh FC, Shah Alam Antlers, Real Chukai, Melawati FC dan macam-macam lagi la. Sampai banyak liga-liga komuniti dianjurkan macam Terengganu Amateur League , Klang Valley League dan lain-lain. Dekat Selangor pulak dah anjurkan Selangor Champions League dan aku difahamkan sudahpun diintegrasikan dalam sistem liga bola sepak Selangor.

Tak cukup dengan tu, ada daerah yang dah lama tak anjurkan liga daerah, depa anjurkan balik macam kat daerah Larut,Matang dan Selama, Perak.


Lepas tu pulak daerah dah ada liga tapi depa punya grafik depa cantikkan lagi contohnya macam di daerah Dungun, tempat zaman diploma aku tu! Sampaikan Ultras Tranung menuntut supaya FA-FA daerah di seluruh Terengganu dirombak sebagaimana yang telah dilakukan oleh Dungun, siap buat protes lagi kat stadium

Tak cukup lagi, depa dedahkan kaw-kaw kelalaian persatuan daerah dalam membangunkan bola sepak daerah. Diorang buat macam ni bukan sebab nak publisiti ke apa ke tapi mereka nak kelangsungan bola sepak negara berterusan melalui bola sepak akar umbi ; dan FA daerah adalah penentu keputusan FA negeri dan kemudiannya FAM. 

Aku sendiri pun ada minat terhadap bola sepak komuniti ni. Terus terang aku fan Shah Alam Antlers plus aku sendiri pun pernah datang ke match at least 2 match sepanjang hidup aku. Salah satu match melibatkan SA Antlers aku pernah menulis coretan aku hadir ke match tersebut dalam blog aku tiga tahun lepas. Korang boleh baca dekat link yang aku bubuh. Sampai sekarang aku masih simpan lagi jersi musim 2017 tu....
Para pemain Shah Alam Antlers (kredit: Semuanya Bola)
Kebanyakan masa aku melayan Facebook, Insta ataupun Twitter, aku kadang-kadang usya jugak page kelab-kelab komuniti dan liga-liga komuniti dan negeri. Tengok grafik pun boleh tahan...tapi ada jugak page kelab-kelab yang dah lama tak update aktiviti kelab..hmmm

Ok, ini adalah pengenalan untuk coretan ni. Aku terfikir-fikir apa masa depan kelab komuniti ni untuk terus maju dalam sistem liga bola sepak. Sebab dalam sejarah ada kelab-kelab yang pernah bertanding dalam liga-liga atas seperti MPPJ FC (ni pasal kelab korporat) tapi hilang dari radar.

Melangkah ke depan, apakah langkah ke depan untuk 'up'kan kelab bola sepak komuniti ni dalam sistem liga bola sepak Malaysia? Ada 3 alternatif yang boleh dipertimbangkan dan seperti yang aku kata, ini adalah pendapat peribadi aku sebagai peminat bola sepak.

Alternatif pertama : Kelab komuniti bertanding direct di Liga Malaysia. Pasukan negeri spinoff kepada pasukan ibu negeri

Alternatif ini antara yang popular. Ni adalah idea yang dikemukakan oleh Lucius Maximus dalam bukunya Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia (CMTKPD) yang mengulas sejarah perjalanan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia sejak 1974 sehingga 2014 setakat ni. Kelab komuniti yang terdiri daripada bandar, pekan dan daerah (kawasan kejiranan pun boleh) bertanding secara direct dalam Liga Malaysia dari Liga Super sampai la ke bawah.
Buku inilah antara mencetuskan inspirasi penubuhan banyak kelab komuniti

Pasukan negeri yang sedia ada perlu spin-off atau diwariskan kepada ibu negeri (FA negeri fokus 100% kepada pembangunan bola sepak akar umbi). Aku perasan semua pasukan negeri yang ada berpangkalan di ibu negeri. Kelab korporat juga macam tu jugak tapi nk bertanding pun, main at least kat peringkat amatur je. Kalau nak adakan nama negeri sekalipun, buat macam Bayern Munich senang, nama negeri campur dengan nama bandar raya. ('Bayern' adalah nama Jerman bagi negeri Bavaria manakala Munich adalah nama bandar raya di dalam negeri Bavaria).

Tapi, pada pandangan aku je la, kelonggaran boleh diberi kepada negeri-negeri seperti Johor dan Terengganu. Bermakna kelab-kelab seperti JDT dan TFC boleh dikekalkan (dan diswastakan) disebabkan mereka mempunyai nama negeri dalam nama ibu negeri mereka iaitu Johor Bahru dan Kuala Terengganu (walaupun home ground mereka masing-masing terletak Iskandar Puteri dan Gong Badak, Kuala Nerus).

Secara peribadi, aku sokong alternatif pertama sebab ni boleh meramaikan lagi tenaga bola sepak di seluruh ceruk negara selain boleh explore bakat-bakat baru. Bila kelab dah banyak macam ni, top league pun boleh diperluaskan sampai 20 pasukan. Selain itu, time nilah korang tonjolkan identiti setempat kepada seluruh negara (dunia pun)... Tak cukup dengan tu, kita boleh memanfaatkan sepenuhnya semua fasiliti sukan yang ada seperti stadium mini dan kompleks sukan daerah. Tak de la dibiarkan menjadi projek gajah putih macam tu je.

Dari segi ekonomi, kawasan setempat even kampung pun boleh jana ekonomi melalui pelancongan sukan. Homestay bahkan hotel pun boleh penuh bila perlawanan. Even peniaga pun boleh untung walaupun kau sekadar jual burger. Tak de lah asyik mengharapkan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri 'suap' peruntukan  pembangunan memanjang bila menjadikan bola sepak sebagai sumber ekonomi. Bayangkan pekan seperti Sungai Besar bertanding di Liga Super..berapa banyak nilai ekonomi boleh dijana? Manfaat yang lain korang boleh fikir sendiri....

Tapi ada jugak yang tidak bersetuju dengan sebab-sebab seperti kita adalah negara berasaskan negeri-negeri la, Malaysia negara kecil la, duit tak ada la, tak ada sambutan la dan macam-macam lagi. Pertama sekali, Jerman adalah best example memandangkan kedua-dua Malaysia dan Jerman mengamalkan sistem persekutuan bahkan keluasan negara pun hampir-hampir nak sama (yang tu boleh cari sendiri). Mengenai duit, apa salahnya ajak SME dalam penempatan korang menjadi penaja daripada mengharapkan korporat-korporat besar untuk sponsor pasukan.

Namun begitu ada juga kebenarannya sebahagian hujah yang tidak bersetuju tetapi itu disebabkan pasukan negeri bercampur dengan pasukan bandar, belum lagi dengan kelab-kelab korporat seperti yang berlaku sudah-sudah. Tambahan pula, kita dah dibesarkan dengan identiti negeri dan sokong pasukan negeri.(padahal bukan Malaysia je amalkan sistem persekutuan dalam dunia ni). Pendek kata, buat masa ini alternatif pertama dianggap kurang praktikal.

Untuk mengubah pemikiran kenegerian ni agak sukar sebab dah ditanam selama berdekad lamanya. Hal ini membawa kepada alternatif kedua (dan juga ketiga) dalam coretan aku....

Alternatif kedua: Kelab negeri dikekalkan dan wajib diswastakan, kelab komuniti (bandar dll) bebas bersaing secara sihat.

Dalam erti kata lain, kekalkan status quo seperti sekarang. Pasukan negeri boleh dikekalkan tapi wajib diswastakan. Mengikut masterplan MFL memalui Next50, semua kelab dalam Liga Super dan Perdana wajib diswastakan tahun 2021...dan itu sesuatu yang bagus. Tak de la asyik bergantung harap kepada wang kerajaan negeri yang sepatutnya dibelanjakan terhadap pembangunan negeri.

Tapi macam mana yang kelab yang berasaskan komuniti seperti Petaling Jaya City FC. Dalam alternatif ni, boleh dikekalkan tapi macam mana nak cari penyokong?
Anfield dengan Goodison Park..dekat-dekat je

Dua cara, salah satunya ialah contohi kematangan penduduk bandar Liverpool (rujuk Merseyside Derby) di mana penduduk bebas menyokong kelab yang mereka mahu sesuai dengan jiwa mereka antara Liverpool dan Everton. Ada sesetengah perkara yang sesama adik beradik yang menetap di Liverpool pun berbeza sokongan antara dua pasukan dalam Merseyside Derby.

Kena ingat, stadium Anfield (Liverpool) dan Goodison Park (Everton) hanya dipisahkan dengan taman rekreasi je. Lepas tu pulak, nama Everton wujud tapi sebagai 'district' atau dalam konteks ni mukim dalam kerajaan tempatan Liverpool je (tapi homeground Everton bukan kat tempat tu tapi tak jauh pun). Tapi rilek je kedua-dua pasukan mempunyai gerombolan penyokong masing-masing dalam satu bandar atau satu kerajaan tempatan. Aku tau ni agak kurang sesuai sebab Liverpool adalah bandar bukan negeri tapi sebolehnya cuba aplikasikan cara ni.

Satu lagi, aku ambik saranan capo Iyzat Hamdan dari UltraSel sebagai asas untuk sokong pasukan masing-masing dalam Liga Malaysia (tekan pada minit 5.52). SOKONG PASUKAN YANG DEKAT DENGAN KORANG supaya korang boleh penuhkan stadium. Maksudnya, sokong pasukan home berdasarkan lokaliti korang masing-masing. Tak perlu sokong team yang jauh daripada tempat korang bermastautin.


Misalnya daripada perspektif aku, kalau rumah korang di Petaling Jaya, sokong PJ City. Pasukan negeri iaitu Selangor FC boleh fokus untuk membina fanbase di ibu negeri, iaitu Shah Alam memandangkan stadium keramat Merah Kuning iaitu Stadium Shah Alam terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Satu lagi contoh ialah Harini Kuala Selangor FC, yang boleh disokong oleh warga Kuala Selangor.
Para penyokong Petaling Jaya City FC (kredit Asiana.my)

Kalau ada yang tanya aku, apa pro dan cons benda ni. Ok, dari segi pro, korang boleh memeriahkan stadium yang berdekatan dengan rumah korang masing-masing. Sales club pun boleh naik bila korang contribute dengan beli merchandise depa. Sama jugak berlaku dalam alternatif pertama.

Bagi pasukan negeri, tak timbul soal sokongan sebab ini ibarat ko sokong Selangor dalam liga, at the same time sokong pasukan kebangsaan. Kena ingat, bukan benda baru pasukan kebangsaan berlawan dengan pasukan Liga Malaysia sebagai perlawanan persahabatan. Korang boleh cari sendiri sebenarnya.

Dari segi cons, ini berlaku apabila kelab negeri berlawan dengan kelab komuniti bandar dalam perlawanan liga. Contohnya, Selangor FC lawan PJ City FC. Kalau biasa berlaku, majoriti penonton sokong team Selangor. Ini aku rasa menuntut kebijaksanaan management untuk kaji sedalam-dalamnya macam mana tarik penyokong. Misalnya, ikut demografi income atau kelas apa ke...terpulang kepada pihak management.

Sebelum tu.....

Sebelum aku teruskan dengan coretan aku, baru ni aku ada baca satu artikel daripada Goal Malaysia pasal peluang untuk reset Liga Malaysia ekoran pandemik COVID-19. Sebagaimana yang kita tahu, penularan  wabak COVID-19 memaksa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan dan semua saingan bola sepak ditangguhkan sampai PKP lift balik. Effect teruk beb...lagi-lagi sponsorship dan kewangan pasukan. Dalam artikel tu, aku setuju supaya gaji pemain distrukturkan semula. Akhir-akhir ni dengar la berita supaya pasukan dipotong gaji la apa la...

Aku tertarik dengan cadangan supaya kita scrap Liga Perdana dan adakan satu peringkat liga profesional saja..malah dipertandingkan oleh 14 pasukan negeri je (aku percaya majoriti peminat bola sepak Malaysia pun berfikiran sama) dan diadakan secara closed league sebagaimana A-League di Australia. Sama apa yang aku rasa, majoriti peminat bola sepak lebih ikut negeri berbanding kelab. Liga peringkat negeri diperkuatkan sebagaimana Australia (btw, mereka pun negara persekutuan seperti Malaysia) .

Positifnya, perbelanjaan liga boleh dijimatkan sebab tak payah spend banyak untuk dua peringkat liga, lagi-lagi bila tengok purata penonton setiap perlawanan, ko paham-paham sendiri la! Itu aku tak sentuh lagi dengan banyak kelab-kelab bola sepak yang terkubur sepanjang 27 tahun liga profesional Malaysia.

Secara peribadi, aku tertarik idea ni. Aku setuju supaya liga negeri diperkuatkan sebab kebanyakan negara maju dalam bola sepak memang memperkukuhkan bola sepak di peringkat amatur sebagaimana Jerman (again). "UNSERE AMATURE, ECHTE PROFIS (OUR AMATEURS, GENUINE PROS)" itu prinsip mereka pegang dan itu sebab Jerman kekal power gila dalam bola sepak. Bola sepak bukan sekadar liga profesional dan wajib menjaga bola sepak amatur baik-baik. Setakat ni liga amatur yang paling dapat highlight ialah Selangor dan Terengganu..cerita panjangnya aku dah mention di coretan di atas.

Namun, with all due respect, aku kurang setuju hadkan kepada 14 negeri je (atau kalau campur Wilayah Persekutuan jadi 16 pasukan). Satu sebab je aku tak setuju,ini akan menjejaskan representasi Borneo dalam Liga Malaysia. Negeri Semenanjung saje ada 13 (campur Kuala Lumpur dan Putrajaya)..tapi Borneo ada tiga je iaitu Sabah, Labuan dan Sarawak. Campur tiga-tiga negeri ni, berganda lagi besar daripada Semenanjung tapi diwakili oleh tiga pasukan je.

Bila jadi macam ni, Liga Malaysia akan bersifat Malaya-centric dan ini akan beri kesan pada komposisi skuad kebangsaan nanti bila tak banyak pilihan pemain-pemain Borneo untuk mewakili pasukan Harimau Malaya. Itupun bila 3 pasukan ni tak termasuk sekali dengan import. Kena ingat, paling maksimum pemain dalam pasukan bola sepak ialah 25 pemain.

Seperkara lagi ialah jarak ke home stadium. Keluasan negeri Sarawak saja hampir sebesar Semenanjung. Tak masuk akal orang yang duduk di Miri pergi ke Kuching yang beribu kilometer jauhnya semata-mata nak tengok perlawanan melibatkan Sarawak, yang duduk Serian pun belum tentu. Duit minyak, kalau tak pun duit tiket kapal terbang kena fikir jugak.

Bila fikir kekangan macam ni, ini yang membawa kepada alternatif ketiga...

Alternatif ketiga: Closed league untuk negeri-negeri Tanah Melayu dan bahagian-bahagian Sabah dan Sarawak. Kelab komuntiti bertanding liga-liga akar umbi

Pandangan peribadi aku, idea asal di dalam artikel Goal Malaysia di atas boleh dikekalkan tetapi hanya untuk negeri-negeri Semenanjung sahaja termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (kalau boleh Pulau Langkawi sekali). Bagi wilayah Borneo boleh diwakilkan oleh bahagian-bahagian di Sabah dan Sarawak ditambah Wilayah Persekutuan Labuan. Semua ini bertanding di liga profesional. Secara rumusannya:

Semenanjung - 11 pasukan + Kuala Lumpur + Putrajaya + Langkawi (Kalau boleh) = 14 pasukan
Sarawak - 12 pasukan (berdasarkan bahagian-bahagian di Sarawak)
Sabah - 5 pasukan (sama seperti Sarawak)
Labuan - 1 pasukan

Jadi bila campur ni jadi 36 pasukan. Maknanya, nak tak nak, second-tier league perlu diadakan. Bahagi dah jadi 16 pasukan bagi setiap peringkat liga. Adakan promotion dan relegation sesama dua peringkat ini saja. Dalam liga second-tier, kau tak perlu relegation walaupun duduk kedudukan tercorot sekalipun, lebih kurang zaman Liga Semi-Pro (1989-1993). Semua pasukan di atas diuruskan secara PROFESIONAL sebagaimana JDT dan tepati piawaian AFC supaya dapat slot AFC Champions League dan AFC Cup.

Kelab-kelab komuniti dan amatur pula bertanding di liga-liga semi-pro dan amatur dan bertanding sesama mereka je..dan seperti liga profesional, ada promotion dan relegation tapi stop di liga semi-pro je. No need untuk promotion to the professional league yang dipertandingkan oleh pasukan-pasukan seperti aku sebut tadi bagi menjamin fan base dan mengelakkan konfilk sokongan. 

Pemisahan liga profesional penuh dan liga bawahan lebih kurang macam J League (profesional) dan JFL dan ke bawah (Semi-pro dan amatur) (mungkin aku sembang je la). Tak ada relegation selepas J League 3...setakat ini. Sekadar pengetahuan korang, kalau kelab bola sepak di Jepun nak masuk J League, kena apply lesen di bawah program J League 100 Years Club Status.
Bahagian di Sarawak

Bahagian di Sabah (yang bold hitam tu)
Personally, bila aku fikir-fikir ni, ini mungkin boleh menjadi win-win solution. Tak seperti alternatif pertama dan kedua,  alternatif ini membolehkan semua pasukan boleh hidup bersama-sama. Kelab komuntiti boleh fokus untuk pembangunan akar umbi pemain di liga-liga semi-pro dan amatur, sementara kelab profesional boleh fokus menaikkan taraf bola sepak melalui penyediaan pusat latihan, akademi dan lain-lain.

Dan sejak pasukan profesional terdiri daripada pasukan negeri dan bahagian, mereka boleh adakan scouting untuk mencari pemain.di negeri/bahagian masing-masing. Kalau pemain itu masih remaja, boleh serapkan terus ke pasukan profesional atau kalau dari amatur, masuk dulu ke Piala Belia, kemudian Piala Presiden dan barulah pasukan utama. Contohnya, kalau dari Semenanjung, kalau pasukan Selangor pishang satu hari nanti, dah tak nak main, boleh ambil budak-budak di liga bawahan untuk main Selangor..(bukan aku yang cakap, abang video di bawah yang cakap..hehe)

Kesan positif yang lain ialah representasi pemain Borneo dapat ditingkatkan sama ada di liga kebangsaan ataupun skuad kebangsaan melalui alternatif tersebut. Satu lagi ialah, penduduk Sabah dan Sarawak tak perlu ke Kuching atau Kota Kinabalu semata-mata nak tengok game Liga Malaysia.

Perkara positif yang lain ialah, peminat bola sepak Malaysia boleh adopt kelab pertama dan kelab kedua yang disokong berdasarkan hati dan jiwa masing-masing. Kelab pertama sudah tentu pasukan negeri/bahagian manakala kelab kedua ialah kelab komuniti yang berhampiran dengan tempat tinggal korang.

Sungguhpun begitu, bukan aku nak kata idea ni perfect 100% tanpa kekurangan. Masih ada kekurangan. Salah satu kelemahan bagi alternatif ni ialah liga profesional ini tidak coverage seluruh negara berbanding alternatif pertama.

Seperti yang aku sebut tadi, bagi konteks Semenanjung,  semua pasukan negeri (tolak Langkawi, KL dan Putrajaya) berpangkalan di ibu negeri. Manfaat ekonomi pun hanya terhad di situ je, berbanding alternatif pertama yang membenarkan kelab luar bandar bertanding di liga tertinggi negara. Bukan benda baru pun...bila ada kemahuan di situ ada jalan. Boleh tengok video di bawah

Satu lagi kekurangan alternatif ni adalah bukan masa dalam liga, tapi dalam pertandingan piala. Kalau Piala Malaysia mungkin tiada masalah sebab ini adalah berkumpulan kemudian kalah mati, tapi masalah ini berlaku dalam Piala FA. Sepertimana yang kita tahu, Piala FA semuanya kalah mati....dan dalam sistem sekarang, siapa yang menang Piala FA akan mendapat slot automatik ke AFC Cup sebagaimana yang diumumkan MFL baru-baru ni.

Dalam sistem sekarang, kelab-kelab amatur berpeluang beraksi di Piala FA bermula dengan pusingan kelayakan. Kelayakan ini hasil daripada kejohanan bola sepak komuniti, misalnya juara Selangor Champions League dapat slot ke Piala FA.

Jika alternatif ini dilaksanakan, kelab-kelab amatur atau semi-pro berkemungkinan besar bertembung dengan pasukan profesional (yang terdiri daripada pasukan negeri/bahagian). Ini bakal menimbulkan konflik sokongan lagi-lagi bila pasukan semi-pro atau amatur dan profesional berasal dari negeri  atau bahagian yang sama. Jika format piala FA kekal status quo, mungkin peminat bola sepak boleh aplikasikan alternatif kedua tetapi untuk Piala FA sahaja.
Antara kelab-kelab amatur yang beraksi di Piala FA untuk tahun ini 

Kesimpulan....

At the end of the day, kalau ada pembaca yang membaca coretan ini yang tanya aku, ko sebenarnya nak cakap apa ni?

Aku boleh katakan kat sini kepada beberapa perkara:

  1. Point utama, kelab komuniti perlu diberi peluang bersaing dalam sistem liga bola sepak negara dengan apa cara sekalipun, seperti alternatif-alternatif yang aku sebutkan di atas.
  2. Sesebuah kelab bola sepak mesti ada sense of belonging. Bila tak ada sense of belonging, memang bungkus la jawabnya...
  3. Jangan pandang rendah kepada bola sepak amatur sebab benda ni boleh meneruskan kesinambungan bola sepak sesebuah negara dalam jangka masa yang panjang. Dalam erti kata yang lain, bola sepak amatur adalah nadi pembangunan bola sepak, bukan bola sepak profesional semata-mata.
  4. Kadang kala tak boleh jugak copy paste bulat-bulat daripada negara luar untuk membangunkan bola sepak Malaysia. Nak tak nak, kena sesuaikan dengan budaya bola sepak Malaysia misalnya, kita lebih suka sistem pasukan negeri. Tapi jangan pulak bersikap ego dengan tidak mencontohi negara-negara yang maju dalam bola sepak (cth: Jepun, Jerman dll) atas alasan ikut acuan sendiri sampai bola sepak Malaysia makin ketinggalan. Kena educate untuk menerima sistem yang lebih baik. 

Itu saja aku nak cakap. Pendirian aku? Kalau untuk coverage bola sepak Malaysia yang lebih meluas dan mencontohi negara-negara bola sepak yang maju, aku pilih alternatif pertama. Jika mengambil kira budaya, pemikiran dan praktikaliti peminat bola sepak Malaysia, aku pilih alternatif ketiga. Apa-apa alternatif pun, kelab mesti diurus secara profesional dan transparen. Kelab amatur macam Kerteh FC pun baru-baru ni pun bersikap transparen dengan keluarkan financial summary..takkan kelab profesional tak boleh kot?

Semua alternatif ni tak perlu la ikut bulat-bulat sangat, pandai-pandailah penganjur liga adjust mengikut kesesuaian tersendiri. Ini pun sekadar pandangan 20 sen aku je sebagai peminat bola sepak yang biasa, main bola pun tak jauh mana pun....cuma pandai sembang palatao la konon tapi at the end of the day, 100 tahun sekalipun Malaysia tak dapat angkat World Cup tapi ada sistem liga yang mantap dan sentiasa layak ke kejohanan antarabangsa, itu sudah cukup untuk kita berbangga dengan bola sepak Malaysia.

Yang penting, sokong liga tempatan dan turun ke stadium. Mungkin tak perlulah sampai tiap-tiap game nak turun stadium sebab korang tentu ada komitmen masing-masing, tapi akan ada orang lain yang turun stadium. Dan teruskan menyokong pasukan masing-masing WALAUPUN KALAH! Jangan jadi glory-hunter!

Akhir kalam, apa pendapat korang pulak? Kalau ada yang setuju atau tidak bersetuju dengan pandangan aku atau nak tambahkan pandangan lain, sila komen di ruangan komen di bawah.

Selamanya Harimau Malaya!
SELANGOR SAMPAI MATI!
Bianco Azzuro Per Sempre!

Sekian, wassalam. 

Rabu, 8 April 2020

Jalan-jalan Taiwan - PART 3 (TAIPEI 101)

Assalamualaikum dan salam sejahtera mengkome semua..

Hari ini aku nak sambung coretan aku di Taiwan, kali ini ke menara Taipei 101, yang dulunya merupakan bangunan tertinggi di dunia lepas potong kita punya KLCC sebelum kena potong balik dengan Burj Khalifa kat alik Dubai tu.

21 Januari 2020 - Taipei 101

Tengah hari itu, barulah kami keluar daripada hotel. Untuk nak pergi ke stesen Taipei 101, dari Ximen, pakai line hijau menghala ke Xindian Station pastu turun dekat Chiang Kai Shek Station dan tukar pulak ke line merah hala ke Xiangshan.
Peta transit Taipei..korang boleh check sendiri sebenarnya
Tapi masa kitaorang naik, tiba-tiba kitaorang kena turun kat Daan Station sebagai terminus...aik, bakpe pulok?? Rupanya pasal kitaorang naik shuttle dari...emm lupa lak tapi tak sampai Tamsui pun. Untuk line merah atau Line 2 ni, ada dua services, satu yang aku sebut tadi, dan satu lagi ialah tren dari Tamsui ke Xiangshan terus.

Lepas keluar dari stesen, kami jalan-jalan sekejap sekitarnya, tak masuk terus pun ke menara tu. Pada masa yang sama jugak nak cari tempat makan Muslim yang ada sekitar menara Taipei 101. Mujurlah ada satu kedai India halal ada kat jalan besar tu. Kami pun pergilah ke situ.





Bangunan Taiwan World Trade Centre

Rasanya ni ialah tempat di mana kedutaan tak rasmi bertempat kat situ...

Layan dulu..

Banyaknye nasi briyani..memang kenyang teruk ni





Macam masa cuti-cuti yang lepas...asal kedai India halal je, mesti nasi briyani ayam...asal2 mesti nasi briyani ayam. Memang kenyang habis....tak ingat berapa kali aku makan nasi tu asalkan satu family dapat kitaorang habiskan nasi tu.

Habis makan, kami pergi terus ke kawasan Taipei 101...tapi tak masuk menara lagi. Kitorang masuk dulu ke mall yang berada kat tingkat ground menara tu. Kitaorang sambil-sambil tu berjalan-jalan kat mall tu. Lepas tu...kitaorang keluar dan masuk satu mall lagi.

Sebenarnya keliling menara Taipei 101 ni ada dua shopping mall iaitu Nan Shan dengan ATT 4 Fun..dalam daerah Xinyi. Tapi kitaorang pergi yang tang Att 4 Fun...lupa apa nama mall tu...Tapi sama macam kat mall Taipei 101, kitaorang cuma tengok2 barang je.

Masuk mall kejap..


Ada laluan jejambat yang menghubungkan mall-mall dengan Taipei 101

Habis dok keliling mall-mall yang ada sebelah Taipei 101 tu, kitaorang mula nak pergi naik menara 101 terus...Emm, secara peribadi aku pun dah lama tak naik-naik menara. Paling dekat pun Menara KL..itupun dah lama tak naik. KLCC yang sekali lalu skybridge tu pun aku tak pergi lagi.

Masa tu, aku baru tau yang kitaorang satu family memang nak naik menara. So, aku pergi je. Bila lagi nak merasa naik menara yang pernah potong line KLCC sebagai pangkat bangunan tertinggi kat dunia.
Ni macam sebahagian menara tu...masuk je kat kaunter, you literally at inside the tower


Perbandingan bangunan-bangunan tetinggi di dunia.

Naik lift masa tu..bukan main laju. Lebih kurang macam dalam 30 saat macam tu, terus sampai tingkat 89 sampai telinga aku pun macam berdengung sikit. Lebih kurang macam waktu kat Menara KL dulu. Mana-mana bangunan tertinggi ni memang fasiliti lif macam tu.

Masa dah sampai kat tingkat 89 tu, macam tak percaya aku kat dalam salah satu bangunan tertinggi dunia. Apa lagi, aku pun pergilah duk merapat kat tingkap tu sambil tengok-tengok bandar raya Taipei yang boleh nampak macam-macam. Antara bangunan yang aku nampak seperti Memorial Sun Yat Sen dan jugak airport antarabangsa lama Taipei (dan masih lagi tapi untuk tempat-tempat tertentu je).

Paling penting sekali, tengok-tengok bandar pakai tower viewer. Ni bolehlah nampak kereta-kereta di bandar raya Taipei ke sana ke sini, ke sana ke sini atas jalan raya. Tak kurang juga nampak jem gitu.
Boleh nampak memorial Sun yat Sen kat situ.

Rupa tingkat 89.

Kompleks WTC Taipei

Uihhh...mati-mati ingat macam ada cermin..ya memang cermin tapi cermin terbalik.



Lawat damper
Satu lagi, kitaorang pun ada la tengok damper. Damper tu natang mende? Nama panjangnya ialah Tuned Mass Damper (TMD). Kebanyakan bangunan tinggi-tinggi memang ada struktur natang ni sebab untuk kekalkan kestabilan bangunan yang tinggi melangit dalam keadaan seperti gempa bumi (dok tau le ade ke dok gempa bumi di Taiwan sebab dok jauh pung dari Jepung) dan angin yang kuat.

Angin yang kuat kadang-kadang boleh menggerakkan bangunan. Bunyi macam tak logik sebab bukan ke bangunan di buat daripada konkrit benda segala bagai tapi dalam sains memang ada. Aku tak la tau sangat sebab tak belajar Fizik kat sekolah..haha!!

Okay, bunyi macam tak logik tapi itulah yang pakar-pakar bangunan memang kaji kaw-kaw sebab bila letak damper ni, bangunan boleh kekal stabil. Tak dok le nanti bangunan nanti rutuh berudung kalu tak dok ciri-ciri ni bila angin kuat!


Aku dengan model Taipei 101

Sempat lah aku nampak ada sekolah yang siap ada balapan dengan padang.

Selepas tengok Damper dari atas, kami pusing-pusing la kejap di sekitar tingkat 89 tu. Ni pun sempat la jenguk-jenguk kedai cenderamata tu sementara. Selepas itu, kami naik ke tingkat 91 yang menempatkan Outdoor Observatory. Situ sama seperti tingkat 89 tapi ni sambil tengok pemandangan bandar raya Taipei, sambil tu hirup angin jap.

Mana nak dapat pemandangan cantik tu, lagi-lagi dah nak senja sebab nilah boleh ambik-ambik gambar. Ni pun ada tower viewer. Sambil-sambil tu aku pergi ke dalam jap pastu ada tengok satu video pembinaan Taipei 101 dulu.
Antara bahagian puncak menara Taipei 101

Waktu senja di Taipei
Hehe...proud doooo....



Tengok tingkat bawah damper.

Kedai cenderamata yang buat daripada permata laut.


Ada restoran....


Time dah bukak banyak-banyak lampu
Video kat atas ialah di dalam lif..masa tu nak turun.


Lepas dah puas dah dok keliling tengok pemandangan, sampai masanya kitaorang untuk balik. Tapi ni kali, tak pakai lif yang sama yang naik ke tingkat 89. Kena turun dulu melalui kedai cenderamata permata laut yang dibuat jadi macam-macam produk. Ni jual memang harga kaw-kaw.... Satu lagi kena lalu restoran. Tapi tu je la....turun pakai lif pun sama jugak lajunya.

Lepas dah turun bawah tu, kitaorang makan-makan sikit dekat salah satu kedai roti. Alhamdulillah, lepas dah makan2 sikit, kitaorang pun balik semula ke hotel. Sama je line kitorang jalan balik tapi patah balik je. Bersambung nanti....
Tak ingat pulak apa show atau talk sikit masa tu dekat Ximen..hehe