Jumaat, 28 Mei 2021

HARI RAYA PKP 2021/1442 H

 Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Terlebih dahulu aku minta maaf sebab lama sangat aku biarkan blog ni bersawang tanpa apa-apa post yang baru, tapi bila dah nak cuti Gawai ni dalam seminggu ni, adalah jugak masa aku nak tulis coretan aku kali ini. Sebelum ni sibuk jugalah dengan assignment, quiz dan sebagainya sampai kurang ciked masa untuk update blog...termasuk nak buat dropship perniagaan untuk subjek ENT530.

Oh ya, memandangkan ketika aku menulis coretan ini masih dalam bulan Syawal, masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua para muslimin dan muslimat. Dan jugak selamat berpuasa 6 hari kepada semua yang sedang tunaikannya. Hari ini aku nak coret sedikit hari raya 2021 ni.

Aku rasa raya tahun ini memang lain sangat. Sebab? Raya tahun ini aku dan keluarga aku hanya beraya di rumah di Shah Alam saja. Tak macam sebelum ni, tiap-tiap menjelang hari raya saja terus ke rumah Wan dan Atok di Ampang sejak 2014 lagi-lagi sejak arwah atok Ton meninggal September 2014. Hidangan dia tak lain tak bukan mesti nasi lemak..pagi, tengah hari, malam makan nasi lemakkk je, Dan sudah tentulah ramai orang datang nak beraya. Boleh rujuk posting-posting aku sebelum ni pasal raya di labels Hari Raya.

Tahun ni raya kat rumah sebab, PKP! Berbanding tahun lepas, kami boleh pergi ke Ampang merentas daerah sebab masa tu kes berpuluh saja yang menyebabkan PKPB saja. Kali ini, kes COVID dah mencecah empat angka. Disebabkan itu, semua tak boleh merentas daerah/negeri dan tak digalakkan ziarah raya. Ini semua nak meringankan beban frontliners yang....susah nak cakap, memang dah terbeban, ICU makin penuh ditambah dengan kemalangan LRT baru beberapa hari lepas. Tapi malangnya masa raya masih ada lagi nak gian nak berziarah, hasilnya, kes dah cecah hampir 8 ribu setakat ketika aku menulis! Selangor, walaupun terpaling tertinggi kes, tapi ini sebab mass testing yang dibuat tiap-tiap DUN.

Ok, dah aku membebel pasal PKP,PKPB ni semua. Hari ini aku nak cerita apa yang kami buat masa raya kat rumah 13 Mei hari itu. Seperti biasa, kami kena bangun awal untuk nanti nak solat hari raya...tapi kena isi perut dululah sebelum tu. Solat berlima sekeluarga je.... Khutbah kali ini abah yg kena sampaikan khutbah. Tajuknya ialah "AIDILFITRI DIRAI, KELUARGA DISANTUNI" yang disediakan oleh JAKIM kalau tak silap.

Ngantukkk....just kidding.


Bersalam dengan Shabil

Bersalam dengan Shadiq




Selesai solat raya, kami makan menjamu selera sesama keluarga je. Aku ingat aku makan nasi impit dan kuah dia. Sedap jugak dia punya kuah. Lepas selesai makan, kami duduk je la sambil tengok TV. 

Ni je la gambar makan-makan yang ada.

With emoji kiss..hihi.

Petang tu, kami semua bergambar sama-sama. Macam-macam versi pun ada la. 



























































Lewat petang, kami sempat berkomunikasi dengan wan, Atok dan Pak Su pakai video call je. ...ok la dapat bersembang walaupun pakai phone je.

So itu saja lah coretan aku hari raya 2021 ni. Sebelum aku akhiri coretan ni, jaga diri dan sentiasa patuhi SOP. Kayangan atau ahli politikus langgar SOP? Bior ke deme...deme masuk gaung, jangan kita pulak ikut sekali masuk gaung!

Wassalam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Minal aidil wal fai'izin.