Alright gais, assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama mat kita tak bersua dalam blog ni sejak post pasal raya tahun ni. Hari ini aku share sikit pengalaman aku ambik vaksin COVID-19 pada 16 Julai dan 6 Ogos lepas.
Cerita pasal vaksin ni, memang fikir dalam minda mesti dicucuk la. Kali terakhir aku ambil vaksin ini kalau tak silap tahun 2012 rasanya, sebelum aku ikut keluarga aku pergi menunaikan umrah di Mekah hari tu. Aku tak ingat vaksin apa aku ambik, tapi kena ambil untuk tujuan kesihatan dan keselamatan gitu.
Bab cucuk ni, mesti kadang-kadang aku elak especially time masa sekolah rendah. Selalu aku mintak tak nak kena cucuk sebab macam sakit mat gitu. Tapi fast forward ke 2021, dengan lama pishang kurung kat rumah, tetiba rasa excited nak ambil vaksin. Sampai bila kita nak dikurung dalam rumah pasal kena kawalan pergerakan.
Dos pertama
Ceritanya begini, aku dah daftar untuk vaksin melalui MySejahtera sejak bulan Februari 2021 selepas kerajaan dah nak start roll out vaksin. Untuk bulan-bulan pertama tu aku okeylah boleh terima lagi, giliran frontliners dan orang yang lebih tua. Tapi bila dah sampai bulan Jun, aku dah mula 'ganjiong' (ambik lejen Tan Boon Heong punya perkataan) dah sebab giliran masih belum kunjung tiba. Dengan kes yang makin meningkat ni, kena ramp up vaksinasi.
Masa bulan Julai, aku check-check dalam MySejahtera masa tengah dinner, tup-tup dah keluar tarikh dan tempat untuk vaksin dos pertama pada 16 Julai! Aku pun apa lagi, syukur alhamdulillah sebab akhirnya dapat appointment untuk vaksin. Nasib baik dapat appointment tak clash dengan mana-mana final test tapi pishang, clash pulak dengan CT554 daa, 8.30 malam pulak tu.
16 Julai, aku pergi ke Pusat Konvensyen Setia City waktu petang dengan abah hantar aku. Aku kena ada kat sana paling kurang 30 minit sebelum 6.30 petang kalau ikutkan daripada MySejahtera. Kalau tengok daripada cerita-cerita dalam twitter semua tu, macam cepat je habis, so aku assume macam tu la sebab aku kena ada test lepas tu.HCO B, pintu yang aku kena masuk |
Ramai mat..untuk dos pertama saja duh. |
Turns out, ramai pulak yang nak ambik dos pertama sampai kena beratur panjang. Lepas dah masuk dalam pusat konvensyen tu kena isi apa-apa yang patut dalam borang contoh seperti keadaan kesihatan dan kebenaran untuk divaksinasi. Lepas habis tu, aku tunggu punya tunggu sampailah ke pukul 7.30 malam. Kemudian, semua diarahkan masuk ke area dos pertama.
Masuk dekat situ, mak aih punya ramai mat yang tengah masih lagi tunggu mat. Aku rasakan yang aku tak sempat nak habis cepat, jadi aku inform kepada aku punya lecturer sebab masih tak habis proses vaksinasi tu, dan alhamdlillah, dia pun agree nanti bagi tarikh dan waktu baru CTU554. So, settle bab ni, senang hati nak tunggu untuk dicucuk untuk first dose.
Oh, lupa. Vaksin yang aku ambil ialah yang Sinovac. Jangan risau, semua vaksin berkesan, so jangan nak memilih vaksin ya! Orang sekarang tengah fokus nak luaskan liputan vaksin COVID-19.
Sambung cerita tadi, selepas lama menunggu giliran, kali ini aku disuntik vaksin. Aku tak peduli apa dah masa tu, janji dapat dos. Kenapa tak sakit, sebab sebelum disuntik, doktor yang bagi vaksin ni sapu dulu 'alkohol' di tempat yang nak dicucuk supaya kurang sakit. Benda yang sama aku alami tahun 2012 dulu.
Alhamdulillah, selesai dos pertama, sekarang di stesen kelima untuk penilaian selama 15 minit nak tengok dia punya side effect. Syukur tak ada apa...so aku ambil gambar dan balik ke rumah. Tapi side effect tetap ada untuk Sinovac, demam saja lah. Dun worry lah, benda biasa je dalam vaksinasi. Settle dos pertama.
Settle dos pertama. |
Dos kedua
16 Ogos 2021, hari untuk aku mengambil dos kedua. Tempat dan waktu yang sama saja. Cuma aku keluar lebih awal iaitu jam 5.30 petang supaya tak lah ramai nak kena beratur, aku sangka lah macam tu. Tapi apa yang lain dia?Sampai saja aku kat Setia City Convention Centre, aik tak ramai orang pulak. Kalau sebelum ni punyalah kena beratur tunggu berapa orang kena masuk ikut kumpulan dos berapa. Pastu pulak kena duduk tunggu di luar bilik konvesnyen tunggu arahan seterusnya. Kali ini, hampir lengang! Senanglah aku....
Hampir kosong mat....masa dos pertama bukan main ramai. |
Secara keseluruhan, aku hanya ambik masa hampir setengah jam je untuk suntikan kedua. Settle habis...aku pun syukur alhamdulillah sebab dah ikhtiar untuk melindungi diri daripada COVID.
Akhir kalam, kepada yang belum ambil vaksin, cepat-cepat ambil vaksin. Ada appointment, DATANG! Pada tempat yang ada walk-in, cepat cepat datang! Ini untuk kebaikan korang jugak.
Sekian wassalam.
Alhamdullilah...settle mat! |