Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sepertimana yang dijanjikan dalam coretan aku yang lepas, aku sambung coretan aku ke Sabah 2 tahun lepas.
25 Februari 2022
Hari ini aku sambung coretan aku percutian di Sabah untuk bahagian ketiga. Pagi itu, aku tak berapa buat apa sangat. Tengah hari itu, aku pergi Solat Jumaat di Masjid Negeri. Seperti mana yang korang tahu, dalam range pukul 12.00 tengah hari dah masuk zohor untuk negeri Sabah.
|
Masjid Negeri Sabah |
|
Masih pakai mask, masa ni belum lagi betul-betul pulih daripada Covid (bukan aku ye). |
|
Selitan sikit gambar dari Imago Mall. |
Usai solat Jumaat, aku dengan family jalan-jalan dekat Imago Shopping Mall, saja jalan-jalan macam tu. Petang itu, pergi swimming walaupun ada hujan sikit. I can tell you, lepak dekat swimming pool sambil tengok view senja ke arah laut memang nice dan bagi yang kaki ambil gambar, aku rasa time senja la a bit sesuai.
|
Menikmati waktu senja gitu... |
Malam, pergi ke pasar ikan masin di pusat bandar Kota Kinabalu. Tak lengkap kunjungan ke Kota Kinabalu tanpa beli ikan masin di pasar tu. Sambil-sambil itu, kitaorang jalan-jalan di pasar di Sinsuran. Time tu jugak ada sekali sekala beli baju.
|
Ikan masin di KK. |
26 Februari 2022
|
View Wisma Negeri dan Menara Tun Mustapha |
|
Singgah kejap kat kampus Sabah |
|
Tak nampak langsung dah Gunung Kinabalu. Patut mari lepas Subuh baru boleh nampak. |
|
Kundasang War Memorial |
|
Masjid Jamek Kundasang. Solat dulu. |
Hari itu, kitaorang pergi ke tempat yang semua yang berkunjung ke Sabah memang SUPER WAJIB pergi. Tak lain tak bukan ialah Kundasang. Sesampai je di Kundasang, kitaorang pergi ke kawasan lapang berhampiran dengan Kundasang War Memorial yang menempatkan banyak gerai-gerai kat situ. Kat situ dapatlah ambil gambar walaupun tak nampak langsung dah Gunung Kinabalu sebab kitaoang sampai pun waktu tengah hari.
Kalau nak nampak Gunung Kinabalu, kena pergi awal pagi ataupun pagi buta paling awal pun. Dah enjoy-enjoy view begitu, kami pergi depan pintu Kundasang War Memorial. Ambil gambar pintunya je la. Kami pergi solat di Masjid Jamek Kundasang terlebih dahulu sebelum teruskan bersiar-siar.
Petang lepas zohor, kitaorang pergi ke Taman Negara Kinabalu. Dekat situlah pintu masuk utama ke Gunung Kinabalu. Tapi buat masa ni, haha tak larat pulak nak pergi daki gunung. Dekat Lembah Klang pun belum lagi mat. Pergi dekat bangunan fasiliti dan cenderamata je la yang mampu. Kemudian kami pulak ke satu tempat tak jauh dari Kiulu. Situ ada jugak tempat lapang dan jugak tempat jual-jual cenderamata. Tapi kitaorang ambil gambar saja la.
Sebelum maghrib, kitaorang sempat singgah di Tamparuli. Alaa....yang Jambatan Tamparuli tu yang kita orang Semenanjung pun pernah dengar lagu ni. Actually jambatan ni mcm baru jugaklah sebab setakat yang aku tahu, jambatan lama dah musnah dah disebabkan banjir. So, deme buat jambatan yang lagi kukuh seperti sekarang. Ni pun lawa jugak diorang cat balik bagi cantik.
|
Pekan Nabalu. |
|
Naik Jambatan Tamparuli real punya. |
Bila naik tu ada rasa goyang-goyang sikit tu...ada sikit takut la. Tu baru jambatan Tamparuli, belum lagi jambatan yang kat Sunway Lagoon atau paling extreme, kat China!
Lepas balik, makan malam di Gerai Nur Adelia sekali lagi. Ha Ha.....
27 Februari 2022
Hari untuk balik. Tengah hari terus pergi ke Kota Kinabalu International Airport. Tapi sebelum itu, layan basikal dulu. Jalan-jalan sampai penghujung kawasan hotel, enjoy jugak pergi lalu hotel sebelah-sebelah sambil nampak laut dan jeti. Kami akhirnya sampai di KLIA pada waktu petang.
|
Basikal dulu derr.... |
|
Balik daaa.... |
|
Bye Kota Kinabalu. |
|
Nampak Stadium Likas kat situ. |
|
Nasi Lemak as usual. |
|
Nampak sikit Pulau Natuna, Indonesia. |
Dengan habisnya vacation aku ke Sabah dengan family aku, aku rasa lengkaplah semua negeri-negeri di Malaysia (selain Selangor dan KL) aku dah jejak, kecuali Wilayah Persekutuan Labuan saja. Sekian saja catatan aku ke negeri Sabah tahun 2022 lalu. Semoga berjumpa lagi dalam catatan akan datang.