Khamis, 23 November 2017

Datang tengok Sukan SEA 2017 #KL2017 di Bukit Jalil (PART 2: Tengok Hoki + NAIK MRT SBK)

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pembaca,
Hari ini aku nak sambung menulis pasal pengalaman aku datang masa temasya Sukan SEA 2017 untuk PART KEDUA. Kali ini aku bersama keluarga aku menyaksikan perlawanan hoki akhir di antara Malaysia dan Myanmar. Sebenarnya pada awalnya kitaorang nak balik terus tapi pasal sempat lagi, kami pergi la ke Bukit Jalil untuk tengok hoki. Aritkel ni pun aku nak cerita pengalaman aku naik MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang.


KTM Komuter meluncur...
Sampai stesen KL Sentral.

Turun stesen Pasar Seni
Mula start naik MRT buat kali pertama...tak yah gi Singapura.. 


Harap cantik la perkhidmatan secantik stesennya...

Peta sejarah Kuala Lumpur


....sampailah hari ini



Nak gi stesen mana ekkk.....

Ceritanya bermula pada waktu petang apabila abah dengan aku dan adik-adik aku naik pengangkutan awam bermula dengan naik LRT Kelana Jaya sampailah ke stesen Pasar Seni yang menghubungkan dengan stesen MRT. Lepas turun kami pergilah ke stesen MRT tu...dan tengok tema stesen seriously memang buat aku kagum. Dalam stesen tu ada ceritakan pasal sejarah perkembangan tentang pertumbuhan urbanisasi KL dari tahun 1850-an sampai lo ni. Selepas mengambil gambar, kami terus turun ke platform kereta api MRT tersebut. Apa yang aku perasan, stesen ni lebih kurang ala-ala Underground di London gitu la tapi tema moden (mungkin pasal dibina tahun 2010-an la).

Kami naik MRT tu cuma sampai ke stesen Bukit Bintang je...rasanya asal tak jauh lagi. Bukannya apa, ni pasal nak tengok acara Sukan SEA yang ada kat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Jadi, kami turun la ke stesen tu dan jalan melalui jejambat yang menghubungkan Bukit Bintang terus ke kawasan KLCC. Rasanya, kami berjalan dalam masa hampir nak setengah jam...aku kalau berjalan dari kolej aku (Kolej Tenggol) sampai la ke bangunan kuliah kat Dungun tu, berpeluh sudah. Yang ni pasal tu tertutup dan ada econ la rasanya.
Selesa dalam kereta api

Ada skrin jajaran....jadi taulah kereta api ni pergi mana

Cantik jugak design kerusi ni

Ni la stesen yang aku berada sekarang

Bertemakan dinamik


Keluar dari stesen

Mana datang semua Rimau ni??

Jejambat yang menghubungkan Bukit Bintang dan KLCC


Lepas sampai je kat KLCC, kami pun nak cari eh mana pintu masuk Sukan SEA kat belah KLCC tu, Nak pakai eskelator, satu arah pulak nak turun. Jadi kami terpaksa la keluar daripada bangunan konvensyen tu. Cari cari, tak jumpa jugak, sedar tak sedar makin jauh kitaroang dari tempat kami keluar tu. Last-last masuk jugak kat hujung bangunan.....seperti biasa kitaorang kena check dulu
Pada hari tu, acaranya ialah acara taekwondo, sukan yang Shabil dan Shadiq main sekarang (jangan KELIRU, diorang bukan jadi atlet tu la). Tapi malangnya, baru nak datang, semua atlet tinggal nak ambil pingat je....hmmm kitaorang dah terlebih lambat dah. Jadi kami duduk je kat tempat duduk penonton sekejap je dan seterusnya kami keluar ke Suria KLCC untuk jumpa Mummy.

Nak tengok acara, sekali dah habis daaaaa......


Nak cubitttt je....


Lepas jumpa Mummy, kami patah balik semula ke stesen Masjid Jamek. Kali ini, ni tak balik ke Stesen Glenmarie, tapi tukar pulak ke jajaran Sri Petaling untuk ke Bukit Jalil. Ni tak lain tak bukan mesti nak tengok hoki final seperti yang aku sebut dalam awal artikel. Malangnya pada masa itu, hujan pulak turun.....lebat sikit pulak tu tapi kami carry on jugak tengok hoki. Lepas solat Maghrib, kami terus ke Stadium Putra Bukit Jalil. Berbanding masa kat Pusat Konvensyen KL, kami masuk je tanpa kena check.
Standard la petang-petang di KL, memang ramai....

Tukar tren

Sampai Bukit Jalil
Tengok hoki

Ramai jugak penonton

PULUN MALAYSIA PULUN!!

Satu keluarga pakat tengok

Masa perlawanan hoki tu, aku ingat pasukan Malaysia dah leading dah berbanding Myanmar yang masih tercari-cari gol. Pastu tak selang beberapa minit, pasukan Malaysia sumbat lagi gol sampai aku penat sorak sampai....14-0. EMPAT BELAS KOSONG WOIII...Apahal kita menang senang sangat???....Memang pasukan hoki kita kuat....dah pernah sampai World Cup (Bukan world cup bola ye) pun. Lawan dalam Sukan SEA pun bukan makanan diorang lagi. Selepas itu, kami pun tengok penyampaian pingat.....pada masa yang sama aku dan Shabil sempat lagi bergambar dengan Dato' Mirnawan Nawawi....legend hoki tu......
Memang aku tak boleh lupa selama-lamanya....jumpa lejen HOKI MALAYSIA!!!

Lepas penat tengok hoki, kami terus nak balik ke rumah. Pada masa yang sama jugak, Malaysia tengah lawan Thailand dalam final. Kita sebelum ni dah kempunan dapat 'ibu segala emas' tahun 2001. Kali ini, kita harap kita dapat balik pingat tu....aku ada la tengok sikit-sikit perlawanan tu kat TV dalam stesen Bukit Jalil tu....malangnya most of the time, kami dalam tren je otw ke stesen Glenmarie. Jadi adik aku tengok perlawanan tu melalui siaran Facebook....rupanya massa tu Thailand dah gol 1-0 dah....adoiiiiii.....wa terkejut bila tau gol sendiri punya pasal....

Lepas sampai stesen Glenmarie, kami terus naik kereta balik Shah Alam. Dalam perjalanan balik...adik aku still bukak live fb perlawanan tu sambil harapkan Malaysia heret ke masa tambahan melalui gol penyamaan...malangnya harapan tinggal harapan je la...Malaysia sekali lagi terlepas emas di tempat sendiri seperti tahun 2001..

Huhu...sebagai 'ucapan tahniah' kepada pasukan Thailand yang menang pingat emas, aku makan nasi goreng pattaya kat Restoran Thaqwa Seksyen 7...haha. Waktu tu dah tengah malam dah...
Ok la...setakat ini sahaja catatan aku layan Sukan SEA 2017 ni...anyway tahniah kepada kontinjen negara sebab dah lebih target pingat emas iaitu 145 emas kalau tak silap aku...#malaysiaboleh!
Sekian wassalam...(korang layan jugaklah vlog adik aku sebagai 'huraian' kepada entri aku ni...ni yang PART ONE)

Selasa, 31 Oktober 2017

Lama tak menulis blog...

Asssalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Jujur aku nak luahkan kenapa la aku asyik lama (paling kurang dalam tiga minggu) tak mengemaskini blog....ni pun ada yang tak siap artikel ni. Sekurang-kurangnya satu bulan ada satu artikel. Harap bukanlah sebab ke'malas'an nak menulis blog ni....huhu

Sejak kali terakhir aku menulis pasal pilihan raya kampus bulan lepas, aku tak update blog ni. Mungkin sebab aku sibuk dengan macam-macam aktiviti dalam kampus. Dalam minggu-minggu terakhir bulan September ni pun dah macam-macam AGM dibuat...nak kejar merit punya pasal...haha!!

Insya-allah nanti aku akan sambung buat artikel-artikel yang akan datang seperti sambungan Sukan SEA 2017 dan lain-lain....

Wassalam...
Harap aku bukan yang ni yeee....HAHAHA!!!

Sabtu, 30 September 2017

Kehidupan Seorang Mahasiswa: Pilihan Raya JPP UiTM Terengganu 2017/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua,

Aku rasa macam dah lama tak update blog ni sejak aku balik ke kampus 10 September lepas. Aku ingat nak je aku sambung aku punya cerita datang tengok hoki akhir Sukan SEA 2017 bulan lepaih...tapi rasanya nanti aku tulis. La nie aku nak tulis pendek sikit je cerita aku...ni pasal pengalaman aku datang buang undi untuk pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar buat sesi 2017/2018.

Actually penamaan calon dah dibuat dah pada hari Isnin 18 September lepas...cuma tak tau la keadaan penamaan calon macam pilihan raya biasa-biasa tu...sebab masa tu aku dalam bilik je. Esoknya pulak, dah mula dah start buat kempen...aku masa nak pegi kelas tengok je dia punya poster-poster digantung kat tepi-tepi jalan. Malangnya, calon-calon yang ada dalam poster tu aku tak berapa kenal sangat depa....

Pada hari Rabu itu (20 September 2017), aku mula pergi membuang undi bersama-sama dengan Fareis dan Nik Yusuff. Kami mula pergi lepas kelas MAT 112 ( Business Mathematics) berakhir. Masa kami dah sampai tu, aku tengok dah ramai dah pelajar-pelajar lain berkumpul untuk membuang undi. Tapi masa beratur tu tak la lama sangat pun, hanya 10 minit saja....ada yang cakap lama betul nak beratur....laaaa tak la panjang sangat kot beraturnya.

Lepas dah daftar nama dan dapat kertas merit, aku terus pergi ke bilik mengundi. Aku ingatkan mengundi ni pakai macam bagi kertas undi, tanda dan buang dalam kotak undi macam pilihan raya umum, tapi TIDAK. Sebaliknya, depa pakai undi secara elektronik, pakai komputer je oiii. Masa nak memilih calon tu, macam aku cakap tadi, aku tak kenal sangat calon-calon tu since they are seniors tapi aku undi berdasarkan sama kursus dengan aku iaitu BM114....alih-alih aku pilih dua-dua calon perempuan....haha!!
Beratur tapi tak lama pun.....

Daftar di tempat mengundi untuk dapat merit

Puas dah buang undi, kami pun keluar dan....dapat makan free......cuma roti dan air kotak je. haha...Selepas itu, kami pun pergi ke kelas Fundamentals of Management....
Jadual pilihan raya JPP

Oklah....sekian saja catatan aku pada hari ini....jumpa lagi! (minta maaf kalau coretan aku ni terlalu pendek sangat...)

Rabu, 30 Ogos 2017

Datang tengok Sukan SEA 2017 #KL2017 di Bukit Jalil (PART 1)

Assalamualaikum dan salam hormat buat para pembaca semua.....

Hari ini aku menulis tentang pengalaman aku datang menyaksikan acara Sukan SEA 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu (26 Ogos)....Sebelum itu aku nak tanya, siapa yang dah pergi beberapa acara sukan di temasya tersebut sama ada di Stadium Nasional, MITEC atau Stadium Shah Alam, boleh kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen di bawah.

Sebut pasal Sukan SEA, semua orang tahu ini adalah temasya yang menghimpunkan semua negara-negara Asia Tenggara untuk merasai bertanding dalam sukan peringkat antarabangsa selain mengeratkan hubungan antara negara-negara Asia Tenggara....By the way, Sukan SEA 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur ni dah kali keenam dah. Kali terakhir Malaysia jadi tuan rumah iaitu pada tahun 2001 (masa tu Tun Dr Mahathir masih lagi PM), time tu aku masih lagi bayi lagi...mana la aku ingat...haha! Fast foward sampai ke tahun 2017, kita sekali lagi jadi tuan rumah. Cakap pasal Stadium Nasional Bukit Jalil, kali terakhir aku pergi ke sana ialah masa tahun 2012 tak silap aku masa Selangor lawan.....errr tak ingat pulak. Masa tu ialah perlawanan Liga Super and Selangor kena main kat Bukit Jalil sebab Stadium Shah Alam masa tu tengah diselenggara.

Terus pasal Stadium Nasional, aku dah beberapa kali ke sana...pertama kali ialah masa aku di tadika CEC tahun 2004 yang masa tu anjurkan hari sukan. Kemudian tahun 2011 pulak aku tengok perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool FC di tempat yang sama.

Baiklah sambung pasal Sukan SEA, aku ceritakan aku punya pengalaman. Pada mulanya aku ingat nak pergi tengok bola lawan Indonesia pada sebelah malam tapi pasal takut habis tiket punya pasal, jadi pegi la ke Stadium Nasional Bukit Jalil, tengok sukan laing la pulok.....Tak macam sebelum ni, aku dan keluarga aku tak naik kereta tapi naik pengangkutan awam. Sekali lagi, kali terakhir aku naik pengangkutan awam adalah kalau tak silap aku 3 tahun yang lalu...masa tu aku naik LRT Sri Petaling pergi ke stesen Plaza Rakyat nak pegi UTC punya pasal sebab nak renew pasport. Ketika itu, stok kereta api yang aku naik ialah AdTranz yang lama berkhidmat sejak 1996...
Memulakan perjalanan kami...

Nampak tak landasan komuter yang sedang dinaiktaraf melalui projek KVDT?

Di dalam tren Kelana Jaya

Balik kepada Sukan SEA, kami memulakan perjalanan naik pengangkutan awam dengan menaiki LRT Kelana Jaya dari Glemarie sampai ke Putra Heights kira-kira pada pukul 3.00 petang. Semua jajaran yang kami naik ni adalah jajaran baru yang dibuka tahun lepas lagi. Kereta api yang kami naik sama saja seperti Kelana Jaya yang jajaran lama, iaitu Bombardier. Kemudian, kami naik pulak tren jajaran Sri Petaling pakai tren CSR Zhuzhou sampailah ke Bukit Jalil. Sepanjang dalam perjalanan tu, aku duduk sambil layang tepong.......

Hampir sejam kami dalam kereta api, barulah kami sampai ke Bukit Jalil. Aku dan adik-adik aku kena pakai token manakala mummy abah pakai kad Touch'n Go, senanglah (macam Oyster kat London). Lepas keluar saja dari stesen, aku tengok kawasan Stadium Nasional yang dinamakan sebagai KL Sports City dah banyak berubah. Dulu, most of the area were parking area but due to the games, it was been upgraded to something new such as a path. Stadium Nasional pun jugak dinaiktaraf sampai sekali pandang ala-ala stadium Allianz Arena di Munich.
Naik jajaran Sri Petaling pulak....


Seakan-akan Allianz Arena...di KL Sports City

Dalam perjalanan kami masuk dalam stadium, kami beli la kejap makanan atau minuman yang terjual di gerai-gerai yang dibuka. Sebab aku masih kenyang lagi sebab baru makan dengan kawan-kawan Akaun di Twenty & Co (aku akan citer lain kali), aku minum milo je.....family aku pulak makan-makan. Masa kami masuk ke dalam stadium tu, jam dah pukul 5.30 petang lebih, solat asar pun tak lagi oiii.....masa tu, acara lari dan olahraga baru habis. Yang dapat tengok cuma penyampaian hadiah iaitu lari berpagar dan 5000 meter lelaki (woii...aku pun lari tak sejauh tu) je siot....Lepas solat asar, kami keluar stadium untuk jalan-jalan sekitar kawasan stadium.

Makan dulu (kecuali aku sebab dah kenyang)


Nampak Rimau tak? Ni masa tengah penyampaian pingat


Pertama sekali, kami singgah kat gerai baju FBT (jenama Thailand) yang menjual merchandise Sukan SEA 2017. Tapi malangnya tak dapat beli pasal ramai sangat, dah macam sardin....lain kali la beli. Lepas tu, kami pun berjalan-jalan la sampai ke Axiata Arena (sebelum ni ialah Stadium Putra Bukit Jalil) lepas Pusat Akuatik Nasional. Cuma bergambar je tapi pada masa yang sama jugak abah dengan mummy terjumpa pulak dengan Uncle Din dan keluarga.....


Then, kami balik semula ke Stadium Nasional untuk tengok acara lari berhalangan dan lari 4x400 meter pada pukul 8.00 malam nanti....Lepas solat maghrib, kami balik ke tempat duduk tu sebelum layan acara lari. Mula-mula, kami layan acara lari berhalangan lelaki.....yang ada air kat tempat lompat tu...Kemudian, layan lari 4x400 meter laki dan wanita.....semua kita tak dapat emas dohhh...tapi tak pe lah, depa dah bersungguh-sungguh nak kejaq. Ramai dok sorak, sementara aku pulak dok acah jadi ultras.

Macam penyokong tegar...

Ketika acara lari berhalangan berlangsung...

Genius adik aku ni.....buat tinang bendera pakai batang monopod jahh.....

Selepas dah habis larian, kami pun keluar dari stadium untuk balik rumah. Tapi apa yang membuatkan sampai lama, jawapannya di stesen LRT Bukit Jalil....punya la panjang gila beratur semata-mata nak beli token tiket naik LRT (Mummy dan abah tak pe la sebab pakai Touch'n Go je). Hampir sejam kena tunggu tau......tapi okey la dapat token...kami pun masuk dalam stesen tapi pada masa yang sama jugak, aku tengok ehhh...apahal ada ramai orang duduk atas tangga ni? Tunggu lama ke? Rupanya depa tengok bola semi-final antara Malaysia dan Indonesia masa tu.....tapi kami carry on je la naik LRT sampai ke Glenmarie....

Selepas sampai ke stesen Glenmarie, kami pun naik kereta balik Shah Alam tapi kali ini tak lalu Glenmarie tapi ikut NKVE E1 sebab takut jem tengok bola punya pasal. Oh ya, sebab kami tak dinner lagi, kami pun pergi ke Restoran Thaqwa itupun dah nak dekat pukul 12.00 tengah malam....okay baiklah setakat ini sahaja coretan aku kali ini. Sebelum aku akhiri coretan pada hari ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara kita ke-60 (secara spesifiknya untuk Tanah Melayu). MERDEKA!
Panjang woii kena beratur.....

Duduk ramai-ramai rupanya tengok bola...

Tren Sri Petaling sudah sampai....

Wassalam dan jumpa lagi!

Sabtu, 19 Ogos 2017

Datang ujian QTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepad para pembaca semua....

Penulisan blog aku kali ini akan ceritakan pulak pasal sesi pra-ujian (QTI) yang diadakan di Pusat Memandu Cekap di Taman Sri Muda Shah Alam hari Sabtu lalu (12 Ogos 2017). Nak dijadikan cerita, nak teruskan dapatkan lesen memandu bagi aku macam lambat tak macam kawan-kawan aku yang lain (termasuk member-member roomate Tenggol yang lain) yang dah dapat lesen paling kurang pun lesen P. Aku je lambat pasal aku ni ambik auto. Nak sambung masa cuti raya tak ada masa pasal seminggu je, tu yang nak buat ujian QTI lepas habis sesi interim. Nasib baik ada masa selama lima minggu cuti! Jadi tarikh 16 Ogos dipilih sebagai tarikh membuat ujian QTI.

Fast forward after 5 weeks, tiba masanya untuk habiskan ujian QTI. Sebelum hari itu, aku berlatih memandu dengan abah aku. Makin lama macam best pulak memandu dengan confident....yang penting jangan lupa signal, lepas dah masuk tutup signal dan kawal kelajuan. Tu je.....

Pada hari Sabtu tu, aku memang dah bersedia nak pegi ke pusat memandu tu pada pukul 10.30 pagi lebih tapi tetiba dah ada sakit perut pulak. Adusssss.......masa solat subuh tadi tak ada sakit perut tapi lepas tidur balik dan bangun masa dah nak hampir pukul 9.00 pagi, perut aku dah mula lah nak memulas! Adoiii...masuk la dalam tandas nak buang air besar tapi masih tak hilang pulak sakitnya (sampai 2 kali aku masuk tandas). Lepas mandi letak minyak gamat dulu la...ada kurang tapi sakit ada lagi......sebelum nak pergi ke pusat memandu tu, aku pakai pulak minyak panas bagi kurang sikit.....tak nak cerita panjang pasal sakit perut tu.

Sebelum ke pusat memandu, aku ngan abah aku pergi dekat belakang bangunan kedai Worldwide untuk latih parking sekejap, aku ingat masa tu aku buat parking belakang yang aku kadang-kadang asyik tak lepas. Aku ada menonton video seperti di bawah macam mana nak parking belakang.....
Lepas latih, aku practice memandu pulak pergi ke stesen minyak Petronas....elok je sampailah ke parking tepi bahu jalan keluar Petronas. Masa ni jugak aku cuba tahan sakit perut tu.....ikutkan tak perlu pegi kalau sakit tapi aku tetap jugak mengagahkan diri ke pusat memandu tu semata-mata nak habiskan ujian QTI. Lepas tu abah takeover driving bawak aku ke pusat memandu Cekap.Pukul 10.45 lebih tu dah sampai dah....malangnya sebelum tu aku pergi ke tandas jap....

Lepas tu, aku tunggu dapat giliran untuk ujian tu sampailah pukul 11.30 pagi, sementara tu aku revise balik la. 'Back-and-forth' pegi pejabat untuk urusan tersebut. Isi borang la semua........ Pukul 12.00 tengah hari, tibalah giliran aku untuk buat ujian QTI tu. Mula-mula aku kena jawab beberapa soalan secara lisan dulu seperti RSM, RPK dan POWDER. Kemudian, aku buat RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) tapi pakai pulak kereta manual padahal aku ambik kereta auto. Sebenarnya sistemnya sama jah tapi susunannya lain, jadi ni yang aku pening sikit terutamanya bab enjin. Sometimes I forgot about some parts of the engine, luckily someone try to help me remember it back.

Tunggu start QTI...
Kemudian, aku pergi masuk balik ke pejabat dengan seorang pengiring untuk urusan tertentu. Selepas itu, aku masuk dalam kereta (yang ni barulah kereta auto) untuk buat Rutin Sebelum Memandu dan habis RSM, aku start memandu dalam litar terlebih dahulu. Tapi hanya naik bukit dan parking tepi saja dan selepas itu start memandu ke luar. Cuma aku kena betulkan kesilapan dalam memandu pada masa akan datang seperti jangan lambat  beri signal dan mesti beri keutamaan terhadap simpang jalan utama. Tak lama pun sebenarnya, tak buat bulatan cuma buat bulatan tepi saja dan balik semula ke pusat memandu. Masa dah sampai tu, tinggal 4 minit lagi saja untuk cukupkan 30 minit. Akhirnya habis jugak ujian tu........

Selepas tunggu beberapa proses, aku LULUS akhirnya dan boleh proceed ke  ujian JPJ jadi aku serahkan kertas-kertas yg berkaitan ke pejabat JPJ opsss...tak. Actually dekat Sujend untuk diberikan kepada JPJ. Sebelum balik, aku, abah dan uncle tu bincang sekejap tips masa ujian JPJ tu especially dalam ujian pusingan 3 penjuru. Selalunya bab ni yang selalu tak lepas sebab ada kesilapan, mentang-mentanglah dah nak habis.....
Habis dah....JPJ pulak...

Kemudian, aku dan abah aku balik rumah dan sebelum tu aku pegi dulu ke Klinik Anis untuk jumpa doktor pasal sakit tadi la......

Apapun, itu saja coretan aku pada hari ini. Wassalam...

Isnin, 31 Julai 2017

Kehidupan Sebagai Mahasiswa: First time naik bas balik Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Pertama sekali, aku minta maaf sangat-sangat pasal sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini sejak Aidilfitri dan aku sibuk dengan assignment-assignment dalam universiti ini. Alhamdulillah, semua sudah siap dah dan ketika aku menulis artikel ini, tinggal kira-kira 5 hari lagi aku akan pulang ke Shah Alam untuk sesi cuti interim ini. Tetapi sebelum itu, aku akan menghadapi ujian interim terlebih dahulu pada minggu hadapan.

Aku rasa tidak terlewat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H kepada semua para pembaca sekalian walaupun dah masuk bulan Zulkaedah dah. Hari ini aku nak menulis tentang pengalaman pertama aku menaiki bas ekspres pada hari Khamis 24 Jun 2017. Sebelum ini parents aku yang hantar pergi dan balik (nampak macam susah tapi nasib baik LPT 2 dah siap.....) tapi kali ini aku kena balik sendiri naik bas, kena kumpul pengalaman dulu la......

2 minggu sebelum aku naik bas, aku pergilah bersama parents aku beli tiket bas ekspres di stesen bas. Eh, jap....apasal parents aku ada kat sana...Yelah, keluarga aku ada datang jenguk aku sekali sebab ni baru first time berjauhan dari rumah, so aku belum biasa lagi la....Pada awalnya nak beli tiket bas Sani Express sebab paling popular kot dan beli untuk 24 Jun tapi malangnya dah abis pulak! Kemudian beralih pulak ke bas Transnasional untuk siang tapi tak de jugak. For me, I want to return home ASAP! Tapi terpaksalah beli tiket bas Mutiara dan balik lewat malam........

Tak nak cerita panjang pasal tu, aku beralih kepada hari kejadian. Pada 24 Jun, aku ada kelas pada waktu pagi iaitu ELC121 (Integrated Language Skills) bersama Madam Najlaa sampai pukul 11.30 pagi. Time ni aku ada ujian LIRA pasal cerita The Three Questions oleh Leo Trotskoy. Kemudian practice pulak kertas periksa lepas-lepas....

Pukul 11.30 pagi, tiba masanya aku balik ke dalam bilik dan start berkemas. Sebenarnya aku dah start berkemas lama dah sejak Isnin lepas apabila aku masukkan sedikit demi sedikit pakaian kotor dalam luggage. Sekarang tinggal nak kemas barang-barang kecik je dalam beg. Tapi banyak jugak barangan yang kena tinggal....huhu...
Beg yang aku bawak.....

Kena tinggalkan....

Pukul 6.00 petang, aku dah mula bergerak ke kafe Redang untuk berbuka puasa di sana bersama Firdaus. Kali ini aku berbuka puasa nasi putih, sayur dan ayam masak merah uikkk.....Lepas makan, aku solat maghrib di blok Redang 1.
Lepak makan lu.....

Pukul 8.30 malam, sampai masanya untuk meninggalkan kampus apabila aku bersama Hikal (yang juga tinggal di Shah Alam serta kawan sekelas aku di universiti) pergi ke stesen bas sementara menunggu bas dengan naik Uber....Ummpphhh, kena tahu sendirilah macam mana nak mintak naik Uber dari blok asrama sampai ke destinasi yang mahu dituju. Sampai di stesen bas, aku sedikit terkejut apabila tengok ramai orang dah berkumpul di stesen bas untuk balik ke tempat masing-masing. Aku tahu ramai yang naik bas ni adalah budak IPT (tapi bukan dekat UiTM Dungun saja, Politeknik pun ada).
Sampai jugak kat perhentian bas.... 
Dengan Firdaus...



Harif dan 'Chong"...balik kelate...

Sementara nak menunggu bas sampai, aku beli la makanan sedikit untuk sahur, memadailah roti dan air kosong. Kalau ikutkan, makanan sahur tak perlu berat-berat sangat, memadailah dengan seteguk air. Selepas itu, aku duduk di tempat duduk sementara menunggu ketibaan bas ekspres sehingga pukul 10.45 malam.

Pukul 11.00 malam, aku masih lagi menunggu bas tersebut tiba, tapi alih-alih bas syarikat lain pulak yang sampai., SP Bumi, Transnasional dan Sani Express masing-masing sudah mari. Member aku, Bajib pun dah naik bas dah melalui Transnasional. Begitu jugak Hikal pun dah naik bas jugak tapi tak ingat pulak dia naik apa......aku masih lagi menunggu. Akhirnya pada pukul 11.30 malam, bas tersebut sudah tiba di perhentian bas....
Ni lah basnya.....


Mungkin ada yang tanya, lalu Lebuhraya Pantai Timur E8 keseluruhannya (termasuk fasa 2) atau tidak? Jawapan aku, TIDAK! Sebab bas tersebut tak silap aku pun turut melalui Kuala Terengganu melalui Jalan Persekutuan FT3. Jadi, sepanjang perjalan tersebut, aku kadang-kadang tengok bandar-bandar seperti Chukai dan singgah sebentar kat situ untuk mengambil penumpang juga kalau tak silap aku. Tapi sebahagian masa perjalanan tu aku TIDO je! Hahaha......

Kemudian, bas Mutiara itu singgah di Cherating, Pahang untuk makan-makan ke ape ke. Dekat warung la, ramai jugak yang makan kat situ, awal pagi kot. Aku mula turun dari bas untuk beli makanan ringan saja je. Tapi, masa aku dah keluar, tiba-tiba bas yang berhenti di warung depan sudah TIADA!! AIYAAAA....aku mula panik sikit sebab aku menyangka bas dah meninggalkan aku. Rupa-rupanya, bas tu cuma parking je kat situ, ayyaaa padyappa malunye.......dan bas tu tunggu kat situ sampai pukul 2.00 pagi. Aku pergi semula ke warung tu untuk beli burger di gerai yang terletak di situ. Lepas beli, aku makan makanan ringan berhampiran dengan bas yang aku naik tu.......nervous jugak aku masa tu.....
Singgoh Kemamang.....

Berhenti kat Chukai....

Pintu masuk hotel Legend...aku pernah ke sini dulu dengan family

Tempat parking bas.....

Selepas beberapa lama di Cherating, bas itu meneruskan perjalanan. Pada mulanya aku sangka bas tu singgah di Kuantan tapi tidak. Sebaliknya bas tersebut terus masuk ke LPT 1 E8 melalui Gebeng...Sepanjang perjalanan tersebutlah, aku tido saja sebab gelap tak nampak apa-apa sampailah ke penghujung LPT 1 di Karak. Kat Karak pulak lain ceritanya, ada penumpang nak turun pergi tandas kejap....jadi bas pun tunggula kat situ.

Kemudian, bas meneruskan perjalanan lagi. Cakap pasal burger yang aku beli di Cherating tu, aku tak makan sebab takut-takut nanti kotor pulak bas dengan sosnya apa segala bagai...jadi aku makan yang ringan-ringan la yang aku beli di Cherating tu. Tapi, bas Mutiara tu bukannya terus ke Shah Alam tetapi sebaliknya berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk tukar bas sebab bas itu pergi ke utaqa. Jadi aku bawak la beg dan beg besar tu ke bas yang seterusnya......
Hello Kuala Lumpur.......

Bas itu akhirnya memulakan perjalanan sehingga ke Shah Alam, aku pulak sibuk berkira-kira bilala nak solat subuh ni. Akhirnya, kira-kira 6.30 pagi, aku sampai jugak di Shah Alam di Seksyen 13, nasib baik sempat lagi untuk menunaikan solat Subuh kat rumah. Masa aku sampai jugak, Mummy dan Abah dah tunggu aku dah.....sebab tu lepas aku turun dari bas, Mummy pun datang menyambut aku.....hehe! Kemudian, kami semua balik ke rumah Seksyen 7.....

Time sampai kat rumah, Shabil dah tunggu kat ruang tamu dah.......Oh ya, aku langsung tak makan burger Cherating tu jadi aku simpan dalam peti sejuk untuk mengelakkan makanan tu jadi basi, sayang pulak kan....
Dari UiTM Dungun 'balik' UiTM Shah Alam...hehe

Hampir nak sampai rumah dahhh....

Berakhir sudah coretan aku kali ini...Insya-Allah kita jumpa lagi...bye!