Terlebih dahulu aku mohon maaf sebab dah lama tak mengemaskini blog ini. Ini disebabkan aku sibuk dengan study dekat kampus. Hari ini, aku ambil masa yang terluang ini untuk menyambung coretan aku ke Korea sewaktu cuti Tahun baru Cina. Pada 12 Februari lalu, aku bersama keluarga aku poie ke Lotte World Theme Park….
Pukul 10.00 pagi lebih, kami dah mula bergerak ke stesen kereta api untuk ke stesen Jamsil, di mana kat situ la Lotte World terletak kat situ. Adat biasa mana-mana stesen kereta api, kalau ada tempat-tempat menarik, dia mesti ada kesalinghubungan dengan pengangkutan awam. Dari stesen Seoul, pakai Line 4 (aku lagi suka kalau line-line kereta api kat Lembah Klang ni pakai nombor je) sampai ke Sadang, pastu tukar pulak ke Line 2 (Circle Line) sampailah ke stesen Jamsil. Aku ingat tadi keluar stesen salah pintu pulak, hasilnya, kami keluar kat yang Lotte World kena seberang jalan pulak. Nasib baik ada terowong untuk connect kat situ.
Pemandangan Sungai Han waktu siang...molek belake.
Dalam kereta api Line 2 ke Jamsil
Sampai doh ke Lotte Mall.
Makan dulu oii...
Aku ingat takkanlah nak masuk awal-awal dalam Lotte World. Lagipun, ongkosnya agak mahal jugak. Kalau masuk pukul 4.00 petang, barangkali murah la sikit. Bab nombor-nombor ni maaflah, aku tak berapa ambik pot sangat. Memandangkan kami sampai ke Lotte World Mall, kami jalan-jalan dulu sekitar mall terlebih dulu. Boleh kato bosar jugak mall ni, rasanya lagi besar daripada hok yang shopping mall yang sedia ada yang aku pergi. Sebelum sambung, kami makan-makan dulu kat kedai Lotte jugok. Tambahan pulak, ada jugak sampai 5 tingkat. Aku pun...uihhh dok pernah ada shopping mall setinggi ni. Sebelum teruskan jalan-jalan ni, aku solat dulu kat surau. Yes, kat situ memang ada surau. Terkejut jugak bila aku tengok ada Al-Quran dalam terjemahan Bahasa Melayu pulak (siap ada cop daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia). Aku rasa memang ada orang wakafkan kot.
Macam nak masuk tapi awal sangat la...
Kat sini kalau nak beli merchandise Pyeongchang 2018 ada gerai rasminya...
Cam comey pulok Soohorang ni lak....
Siyes..tinggi eskalatornya....
Sini la suraunya,,,
Singgoh Hard Rock Cafe..
Kumpul sama-sama Kak Min, Abg Hafiz and family...
Habis solat, haih...macam biasalah pergi ke Hard Rock Cafe. Asal pergi ke luar negara je mesti nok cari Hard Rock Cafe. Tak lain tak bukan mesti beli baju. Lepas jalan jauh dari Hard Rock Cafe sampai ke gerai Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, kami berhenti sekejap. Rupanya pasal nak pergi ramai-ramai ke Lotte World dengan Kak Min and family (actually depa dah pi Korea) awai lagi daripada kitaorang). Aihhh, meriah la tu pergi satu family besar. Pukul 4.00 petang waktu tempatan, barulah kami semua masuk ke taman tema itu. Ketika kami masuk tu kami naik ke tingkat atas. Masa tu jugak aku sama-sama tengok perarakan. Salah satunya ialah aku nengok Soohorang dengan Bandabi (Maskot temasya Olimpik Pyeongchang) tengah dok menari dengan maskot-maskot kat Lotte World ni....
Comel bile tengok....
Dgn Kak Min...
Ni aku dok ingat pulok...
Lepas tengok semua perarakan, kami pergi keluar ke Magic Park, rasanya ni lah tempat penting sebab ada bangunan castle sebagai landmark. Tapi kami tak naik apa-apa attraction sebab sejuk kan...sebab tu ada tempat tertentu yang tutup. Lapar punya pasal, kami makan-makan duku kat Lake Pizza. Alhamdulillah, ada jugak yang halal......makan pizza je...hehe Lepas perut penuh, kami keluar jalan-jalan sekitar Magic Island. Aku ingat nak jugak nak naik bumper car tu tapi pasal tak cukup orang pastu ada yang pendek daripada minimum ketinggian, terpaksa la lupakan.
Lotte Tower
Ini mana lah bowok mafla Selangor ni...
Ngeteh dulu kat Lake Pizza
Knight gok ni...
Tak lama pun kami kat Magic World pun, setakat jalan-jalan pusing je. Kami pun masuk la balik ke bahagian Adventure untuk cuba apa ada attractions yang ada. Pertama sekali, aku naik Dragon's wild Shooting dengan adik-beradik aku. Keje aku cuma tembak-tembak dragon, sekali tembak dapat markah.
Lepas tu pulak aku try pulak yang 4D yang naik apa ntah.....aku dah lupa dah apa nama tapi siyes...memang pening gila walaupun setakat skrin je. (cuma kerusi je yang gerak). Habis tu, aku pun rehat-rehat la dulu sebab masih pening.
Area gambar 3D ape ni....
Ada banyak lagi tempat lain yang aku pernah masuk seperi gambar 3D la, tapi yang ride-ride macam roller coaster tu, minta maaf la, aku memang tak boleh pasal pening. Selepas itu, kami mula menyaksikan persembahan malam serta perarakan kereta berhias....
Kereta berhias
Hijjaz buat ape tu...hehe
Sebelum kami habiskan perjalanan kami di Lotte World, kami naik kejap yang ala monorel tu pusing-pusing sekitar taman tema tapi yang indoor saja la. Gayat jugak bila tengok ke bawah, apatah lagi kalau tengah pegang telefon. Sekali leka boleh terjatuh bai.....
Naik ala monorel...
Bowok pusing-pusing
Ni aku tak berapa naik....
Pakaikan Soohorang mafla Selangor...hahaha
Selesai sudah perjalanan kami sekeluarga di Lotte World. Aku ingat dalam pukul 10.30 lebih gitu waktu tempatan, kami mula jalan balik ke hotel. Kak Min dan keluarga pun balik ke hotel dia....jadi sekian di sini coretan aku pada hari ini.
Tiba masanya untuk balik...pikir jugok, bakpe ghama2 pakai baju hitam..org universiti ka?
Assalamualaikum dan salam hormat. Annyeonghasayeo!
Hari ini aku agak sibuk sedikit sebab pada hari aku menulis entri ini, aku dah kembali ke Kampus Dungun bagi Semester 2. Aku sambung coretan seminggu ke Korea bagi hari kedua. Kalau belum lagi baca coretan hari pertama aku boleh klik ke laman ini. Hari itu aku dan keluarga aku pergi ke Istana Gyeongbokgung pada sebelah tengah hari dan Myeongdong pada waktu senja.
Agak lambat jugak aku bangun pagi (solat Subuh memang mesti ditunaikan dulu...kalau ye pun). Kami keluar dari homestay (sebenarnya boleh dikatakan hotel tapi disebabkan tempat tu terletak kat tengah-tengah kejiranan, aku panggil la 'homestay'), masuk stesen terus ke Line 4 untuk ke Chungmuro dan tukar ke Line 3 untuk terus ke Stesen Gyeongbokgung. Masa kami on the way keluar dari stesen, kami disambut oleh tour guide, salah seorangnya namanya Lee, yang perempuan tu aku dok ingat pulok. yang akan tour kitaorang sepanjang kami dalam Istana Gyeongbokgung. Kami diiringi oleh dua orang tour guide, seorang lelaki dan sorang perempuan dan depa pun muda lagi aihh....
Mula memasuki kawasan istana dari stesen
Pertama sekali, kami masuk ke istana tu melalui gerbang Gwanghamun belah tepi (sebelum itu lalu muzium). Ni aku nak cerita sikit. Kawasan ini sebenarnya dibina semula pada akhir 1990-an sebab sebelum itu, tempat tu terletaknya Japanese General Government Building di mana, masa Korea dijajah dulu, Jepun pada masa itu pakat-pakat rosokkan sebahagian besar istana. Dengan hok Gwanghamun Gate pun nok wak rosok jugok!
Tapi aku respect kat orang Korea ni pasal apa? Sebab diorang berani nak tegakkan balik legasi zaman nenek moyang mereka. Ni pasal untuk dijadikan motivasi untuk generasi akan datang untuk terus maju. Dah la tu, Istana Gyeongbokgung suatu dulu merupakan pusat pemerintahan bagi kerajaan Joseon. Tu pasal negara-negara maju macam Jerman, Jepun, Korea dan lain-lain sanggup jaga warisan depa sebab ni la identiti depa.
Bila aku fikir balik, kalau orang Korea berani bina balik kompleks istana yang telah dipunohkan tu, bakpe kite dok wak balik Istana Kesultanan Melaka yang sebenar. Bukannya apa, Melaka pada zaman kegemilangannya satu dunia kenal sampai digelar Venice of the East! Takkanlah seni bina kesultanan tersebut takat ala kadar je?? Lepas tu, kita dimomokkan kononnya, Melaka kalah dengan Portugis dengan hanya bersenjatakan keris dengan tombak je? Was solln’ das?!
Sambung balik cerita tadi, baru je nak masuk dalam lagi kawasan Istana, kami menyaksikan persembahan pengawal istana di hadapan Gerbang Gwanghamun. Semuanya disusun dengan cukup teliti sampai lah ke guard yang terakhir. Barulah nampak istana seperti 'living palace'. Lepas habis persembahan, kami mula nak masuk ke kawasan istana melalui gerbang Heungyemun. Tapi sebelum itu, kami kena beli tiket dulu la. Nak masuk ke bangunan utama istana ni ada tiga gerbang, iaitu pertama sekali melalui Gwanghamun, lepas tu Heungyemun dan akhir sekali barulah gerbang Geungjongmun. Gerbang ni, kalau dipandang memang disusun secara selari. Kalau dulu tahun 1990-an lebih, gerbang Gwanghamun diblock oleh Japanese General Government Building. Bila lepas diorang runtuhkan bangunan tu, diorang dapati Gwanghamun ada senget sikit dengan dua gerbang sebelumnya. Jadi kerajaan diorang pun ambil tindakan selarikan balik.
Rasa macam bayangan masa zaman Joseon.
Bersama salah seorang guard...
Masuk Heungyemun...
...pahtu Geungjongneum
Sepanjang perjalanan tu la tour guide ni terangkan serba sedikit tentang komponen-komponen istana Gyeongbokgung. Honestly, aku terkejut jugak bila ditanya umur depa, Lee umurnya kira-kira dalam 15 tahun dan yang perempuan comey lote tu, umur 13 tahun....uihh depa lagi muda daripada aku...ok habis di sini...wekkk.
Depan Geungjeongjeon
Serupo balairong seri.....
Selepas perjalanan tu, barulah kami sampai ke Geungjeongjeon, the Throne Hall lebih kurang berfungsi sebagai balairong seri kalau sistem istana Melayu. Bangunan hok ni la sepanjang dinasti Joseon tu, buat pengisytiharan penting negara kat sini, menerima duta asing pun sini dan banyok lagi la. Nama pun pusat pemerintahan....Aku pandang komponen istana ni pun macam kagum dengan seni binanya.
Taman Hwangwonjeong.....tutup pasal dok penyelenggaraan
Kalu bukan tino K-Pop, hok ni pun boleh la....
Lepas Geungjongjeon, kami pergi pulak ke komponen istana yang lain pulak seperti Gyeongtaejeon (berfungsi sebagai kediaman permaisuri), Sajeongjeon (sebagai pejabat raja), Donggung dan banyak lagi la. Pendek cerita la, kompleks istana ni SATU family raja duduk sini dengan office lagi....dah besar...banyakla fungsinya. Perpustakaan pun ada (yakni bangunan Jibokjae)....Dalam aku jalan-jalan tu, ada jugok tapak-tapak kosong sebagai nak simpan untuk pembinaan semula komponen kompleks istana pada masa akan datang. Aku pun ternampak jugak salah satu kompleks istana yang sedang dalam pembinaan semula. Cuma taman Hwangwonjeong yang aku tak dapat tengok (tapi dapat jugok sikit-sikit) sebab tak silap aku tengah renovation kot.
bangunan Gyeonghoeru
Dengan Lee.....
Puah lama dalam kompleks istana, kami dan sek-sek tour guide tadi mengakhiri tour dengan bergambar di depan Gyeonghoeru. Selepas itu, kami pakat-pakat tubik ngeteh kat kedai cenderamata Istana Gyeongbokgung.
Sampai ke kompleks bawah tanah Myeong-dong
Banyak jugok gerai makanan ada...
Selepas puas berada kat istana tu hampir keseluruhan petang, kami ke Myeongdong pulak. Bila fikir pasal Myeongdong, benda pertama keluar kat minda korang ialah BELI BELAH! Dokek situ jugok la korang nak makan-makan. Time ni la aku makan puah-puah Busan fish cake.. Nak beli souvenir sebelum pulang ke tanah air pun boleh jugak tapi terlalu awal la pulak. Sepanjang kami berada dekat sana, kitaorang kejap singgah kedai kecantikan la, kedai baju la, macam-macam la.
Sebelum balik...
Tapi masa tu tak de lah beli-beli sangat. Cuma tengok barang je, tapi kadang-kadang beli jugak, tapi bukan aku ye...haha. Pukul 6.00 petang lebih waktu tempatan, kami semua balik ke hotel. Sampai di sini saja coretan aku pada hari ini. Wassalam dan bersambung.....