Sabtu, 14 Julai 2018

Seminggu Cuti ke Korea: Memorial Perang Korea dan Seoul World Cup Museum (14 Februari 2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebelum aku memulakan penulisan aku, tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada para pembaca semua, walaupun hari ini merupakan hari LAST bulan Syawal..... Aku dengan rendah diri memohon maaf jika ada sebarang kekhilafan sepanjang menulis blog selama ini. Lama gak aku tak buat catatan dalam blog ni sebab lepas raya aku ada peperiksaan akhir Semester 2.

 Baiklah, aku hari ini nak meneruskan coretan jelajah ke Korea Februari lepas. 14 Februari lepas, aku dan keluarga aku pergi ke Memorial Perang Korea dan Seoul World Cup Museum. Dua tempat ni bagi aku memang berbaloi untuk pergi.....

Hampir nak tengah hari baru nak pergi ke stesen kereta api. Sementara kami berjalan ke stesen kereta api....aku tengok apa hal ada orang pergi pasang kain rentang besar. Tak tahu la mereka protest apa sebab tak faham bahasa Korea, jadi aku hanya tengok saja la. Destinasi pertama kami ialah Memorial Perang Korea di selatan Seoul.


Macam mana diorang pasang kain rentang cam tu?

Ni ada pelan nak pergi tengok kat Pyeongchang nanti la ni....


Turun je dari stesen Samgakji, kami pun terus la ke memorial peringatan tersebut. Oh ya, kalau nak hayati pasal Perang Korea ni, korang bolehla tengok filem Tae Guk Gi, kat Youtube ada bai. Serius sedih woiiii kalau korang tengok betul-betul dari awal sampailah ke habis. Sambung balik cerita kat memorial tu, ada banyak benda pameran yang terdapat di memorial tersebut. Ni termasuk tinggalan kapal perang, kereta kebal, artilleri dan sebagainya daripada baik Korea Selatan, US dan Korea Utara pun ada.
Dua orang askar berpelukan....ada mesej yang tersendiri.





Cuma yang bangunan hok besar tu yang tak dapat masuk, tak tau la sebab kena bayar kot tambahan pulak lening tengah nak baik pulih. Jadi apa boleh buat cuma tengok pameran-pameran yang ada la.








Mai mana la bendera Russia ni?













Lepas puas tengok semua pameran yang ada, kami ngeteh dulu kat kedai kopi yang terletak kat sebelah bangunan utama muzium tu. Lepas tu, kami singgah kejap kat kedai souvenir takat nak tengok-tengok je.

Settle Korea War Memorial Museum, kami pergi pulok ke Seoul World Cup Stadium. Stadium ni jugak la home kepada Seoul FC. Tapi kami bukannya nak masuk ke stadium tu tapi pergi ke Football Faentasium yang rupa-rupanya terletak dekat bawah stadium dan jauh pulak dari stesen. Tak cukup dengan tu kena berpusing jauh pulak. Penat jugak nak kena jalan lagi.
Shopping mall kat bawah stadium...bijok gok ning...




Sampai di Football Faentasium, kami ingat nak masuk tengok pameran yang ada dalam tu. Harga tiket agak mahal sikit tapi ok gak la....nak tau sangat pasal bola Korea kan. Jadi kami pun beli tiket tu, kecuali Mummy, untuk masuk dalam muzium tu.


















Waktu senja pulak, kami berjalan-jalan kat shopping mall yang terletak bawah kawasan stadium. Macam tak caya pulak kan...tapi aku ingat macam tak beli apa-apa pun. Hampir nak malam, kami balik semula ke pusat bandar dengan naik 'Komuter'nya. Memang kena tunggu lama sikit sebab tak sama dengan subway. Sebelum balik hotel, pergi Lotte Mall lagi kat Stesen Seoul....





Sekian catatan aku pada hari ini, Wassalam.


Selasa, 29 Mei 2018

Seminggu Cuti ke Korea: Gwanghamun, Iteawon & Hongdae (13 Februari 2018)

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Lama dah aku tak mejengah blog ini sebab sibuk dengan assignment dan...balik cuti untuk Week without Walls pun kengkadang sibuk layan PRU-14. Yup...buat pertama kali dalam sejarah negara kerajaan persekutuan dah tukaq! Ni aku akan ceritakan nanti. Dalam pada itu, aku sambung balik cerita percutian aku ke Korea. Pada 13 Februari, aku pergi ke tiga tempat penting di Seoul iaitu Gwanghamun, Itaewon dan Hongdae...

Pukul 11.00 pagi waktu tempatan, kami terus ke stesen untuk ke Gwanghamun tapi kami keluar pakai stesen Hoehyeon...nampak cam pelik nama sebab aku tau nama Gwanghamun je tapi nasib baik ada Gwanghamun Market yang terletak dekat je dengan stesen. Kami pun terus la pergi ke sana. Dekat sana masa ni memang banyak kedai yang dah buka..barang-barang yang dijual pun lebih kurang sama gak dekat tempat lain. Tapi, murah jugak barang-barang hok yang ada kat Gwanghamun Market. Aku rasa macam lebih kurang je dengan Wakaf Che Yeh dekat Kota Bharu.
Ramai orang weii...




Banyok baju jual...Superme paling banyak




Selepas beli barang kat sana, kami pergi ke Gwanghamun Gate. Ini memang semua tahu tempat terpenting di Seoul. Aku ingat gerbang ni la gerbang masuk sebelum ke Istana Gyeongbokgung dan inilah menjadi identiti Seoul dan Korea secara keseluruhannya. Gerbang ini sebenarnya ialah gerbang yang dibina semula mengikut yang asal sebab terbakar hampir 10 tahun yang lalu.

Sewaktu kami beradai di sana, kami hanya bergambar di situ. Lepas tu pulak, ada jugak pengawal yang berpakaian tradisional yang berdiri di situ. Nampak macam kesian sebab, dah la sejuk pastu kena berdiri lama pulak tu. Tapi aku rasa boleh tahan jugak dia tu....nak jadikan Gwanghamun Gate ni jadi 'hidup' dengan sejarah.
Hadapan gerbang..


Wefie sikit ngan abah...

Dengan guard..

Nampak doh Seoul City Hall..

Selesai sudah kami di Gwanghamun Gate, kami makan dulu dekat A&W kot aku rasa....tak ingat kedai apa tapi memang tak jauh dari Gwanghamun Gate. Masa tu dah pukul 2.00 petang dah....Selesai makan, kami pergi semula ke Stesen Seoul untuk naik pulak kereta api ke Itaewon. Masa kami nak naik kereta api, kami jumpa satu keluarga yang tinggal dekat Putrajaya pun tengah tunggu kereta api dan pergi Itaewon jugak. Salah seorang daripadanya namanya Khairul, yang sebaya dengan aku. Dia sekarang belajar kat UiTM Jasin, course pulak aku tak ingat pulak dia cakap apa....

Cakap pasal Itaewon, tempat ni memang 'wajib' pergi bagi pelancong Muslim sebab di sana tempat komuniti Islam Korea tinggal di situ. Dekat situ jugak ada masjid Itaewon yang dinamakan Seoul Central Mosque serta banyak makanan halal kat situ. Kami pun menunaikan solat di situ....cuma kami selepas itu tak de la makan-makan dekat mana-mana restoran yang ada di Itaewon. Destinasi kami seterusnya ialah ke Hongdae.



Cantik sangat skyline tu...
Minature Pulau Dokdo...jadi rebutan antara Korea dan Jepun loni...

Kami sampai ke Hongdae pukul 5.00 petang, tapi dah senja dah pada masa itu. Kami masa tu hanya jalan sana sini dan ada jugak singgah ke satu butik pakaian, aku tak ingat apa nama dia. Sebelum itu, kami ada ngeteh kat satu kedai kopi. Banyak masa kami hanya jalan-jalan je sekitar kawasan tu.









Beli barang lu.....


Sebelum balik ke hotel, kami ada beli barang dekat pasar raya Lotte di stesen Seoul. Sekejap je kami kat situ.

Sekian saja catatan aku hari ini. Wassalam...bersambung.