Selasa, 16 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-12, pi Paris)

8 Disember 2014

Sorry korang semua, dah beberapa hari saya dah tak update blog terus dari Paris pasal dekat hotel sana kena 2 jam je selain kena bayar...tak macam hotel lain...pape pun aku tulis pasal aku pergi ke Paris.

Hari tu, aku kena bangun awal pasal kena mandi awal, makan pagi awal pasal pukul 11 pagi dah kena gerak ke Stesen Kereta api St. Pancras. Kami bersarapan lebih awal sebelum restoran dibuka. Selepas bersarapan kami naik balik ke bilik untuk kemas sebelum balik.

Seperti biasa sebelum nak keluar, kena semak dulu ada tak barangan tajam, dan barang tertinggal. Tepat pukul 11 pagi, kami keluar dari bilik dan abah menyerahkan kunci kepada receptionist. Kemudian, kami ke Malaysia Hall untuk makan. Aku makan nasi lemak yang sedap ni untuk kali terakhir sebelum kami ke Paris. Lepas dah makan, kami ambil beg semula dari kawasan hotel lalu mula bergerak ke Stesen St.Pancras.

Kami menggunakan Circle Line menuju ke Edgware Road lalu naik lagi satu kereta api terus ke Stesen St.Pancras.

Kami akan menaiki kereta api Eurostar ke stesen Gare Du Nord pada pukul 4.30 petang. Sementara menunggu untuk masuk ke balai perlepasan memandangkan lama lagi untuk masuk ke dalam kereta api, kami duduk sebentar di tempat duduk. Abah pula berjalan untuk membeli makanan sebagai alas perut ketika naik kereta api dan ketika di Paris nanti. Aku duduk di sana hampir dua jam.

Lif ke hotel....



Pukul 2 petang, kami ke kaunter tiket tapi sebenarnya bukannli tiket tapi nak panas je. Yelah kat luar tu sejuk sangat...Lepas 15 minit, kitaorang dah masuk ke balai perlepasan. Masa aku dah masukkan beg, jaket aku dalam x ray, aku lepas je lepas tu, seorang pegawai hampiri aku. Dia sangka aku nak kena check tapi rupanya tak payah. Wuhh, lepas tu  kami duduk di ruang menunggu untuk masuk ke dalam stesen sebelum berlepas pada pukul 4.31 petang waktu tempatan.

Di ruang menunggu.....

Pukul 4 petang, pengumuman pun dibuat. Ramai dah penumpang-penumpang lain dah siap untuk naik ke atas untuk naik kereta api. Kami pun kemas sikit dan semak untuk memastikan tiada barangan yang teringgal.

Aku agak lega sebab ada sekeluarga rakyat Malaysia pun turut naik kereta api ini. Ketika kereta api meninggalkan London sampai ke selatan England, aku ada ambil sedikit gambar..

Last tengok bangunan stesen....
Di dalam kereta api....

Hampir ambil tepat gambar bandar London tapi tak nampak pulak

Kincir angin.....ini juga ada di Belanda seperti yang aku belajar di sekolah
Waktu senja di negeri Inggeris......
Sebuah jambatan pun aku ambil gambarnya sekali...
Selepas itu, aku tidur je...Lepas beberapa jam aku bangun dan aku ternampak satu kawasan seperti lapangan terbang. Tapi yang pasti, kami dah masuk ke negara Perancis suda....Selepas itu, aku tidur semula tetapi selepas beberapa minit, kereta api pun sudah sampai ke stesen Gare Du Nord. Kami bergegas keluar dari kereta api lalu pergi berjalan untuk keluar dari stesen...

Di stesen....
Jarak stesen ke Hotel Magenta sebenarnya dekat dengan stesen. Keluar dari stesen kemudian pergi ke arah kanan dan terus saja dah nampak tulis Hotel Magenta. Kami pun mendaftar masuk ke dalam hotel tersebut.

Dalam bilik, aku ada makan megi yang berbaki lagi. Sebelum itu, aku solat dulu. Dah habis makan, barulah aku tidur.......

Sambungan esoknya, berkunjung ke Disneyland....

Pemandangan jalan raya dari tingkap hotel....






Isnin, 8 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-11)

7 Disember 2014
Hari ini adalah hari siang terakhir sebelum kami berangkat ke Paris, Perancis. Kami bersarapan dengan nasi lemak di Malaysia Hall. Hari ini kitaorang kena jalan-jalan habis.

0900- Kitaorang pergi ke stesen Westminster di mana bertempatnya Big Ben dan Houses of Parliament. Kitaorang baru keluar dari stesen dah hujan. Tapi ok jugaklah kitaorang ambil gambar kat sana. Selepas itu, kitaorang pergi ke tepi Westminster Abbey untuk ambil gambar Big Ben dari situ. Selepas itu, kitaorang ke Parliament Square untuk tujuan sama. Dah puas ambil gambar, kitaorang terus berjalan pergi ke Istana Buckingham untuk menyaksikan kawad "changing guards".
Papan tanda 'way out', kalau di Malaysia disebut 'exit'
Ni kalau pandang tinggi lama-lama, mau sakit leher dibuatnya....
Berdiri di hadapan Menara Big Ben
1100- Kitaorang sampai ke taman St James, berhampiran dengan Istana Buckingham. Sebelum nak teruskan jalan, abah dan adik aku pergi tandas dulu. Masa dah nak sampai tu, orang dah berduyun-duyun dah pergi sana. Kitaorang ada pergi ke bulatan untuk tengok lebih jelas. 30 minit kemudian, kumpulan askar pun dah sampai berkawad. Selepas itu aku nak tengok changing guard tapi pasal orang ramai, aku hampir tak nampak mereka tukar guard. Aku dengar suara mereka je la....
Ramai dah berhimpun di hadapan istana untuk menyaksikan 'guard change'
1200- Kitaorang berjalan untuk pergi ke Harrods. Yelah, mungkin nak beli barangan kat sana. Tapi bila sampai kat sana, rupanya ramai orang macam pergi melawat. Lagi satu tempat tu sebenarnya shopping mall barangan berjenama dan mewah. Ingatkan bangunan besar ni hanya ada barangan khusus Harrods. Ramai orang punya pasal, salah satu handglove adik aku dah hilang..... Dah cari tapi tak jumpa gak. Kitaorang keluar lepas tu.
Harrods
1300- Kitaorang nak pergi makan. Kitaorang makan di sebuah kedai makan Lubnan berdekatan dengan Harrods. Selepas dah makan, kitaorang balik hotel.....

1900- Kitaorang keluar ke kedai dobi untuk las jalan-jalan. Sementara nak tunggu cuci siap, kitaorang keluar kejap untuk jalan-jalan sikit. Lepas tu, kitaorang ada pergi kedai sekejap. Kemudian, kitaorang balik semula ke kedai dobi untuk tunggu kering pula. Dah abis tu, kitaorang pergi makan kat salah satu kedai burger dan makanan barat. Aku makan burger ayam (Nasib baik halal) masa tu. Selepas kenyang, kitaorang balik semula ke hotel.... This is our last night in London and United Kingdom.

Ahad, 7 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-10)

Hari ini kitaorang jalan dalam London. Tinggal dua siang lagi sebab lagi satu siang tu kitaorang kena naik kereta api untuk ke Paris.....

0545- Aku tiba-tiba bangun awal lepas aku ada mimpi yang aku lompat 3 hari lagi balik rumah...sikit kelako la bila aku ada ingat seseorang bagi video yang aku tertidur sambil jalan....kah kah. Lepas dah siap, kitaorang solat dan makan sarapan kat bawah. Kitaorang paling awal bersarapan di restoran sebab kitaorang sampai awal sebelum 0730 pagi.

0800- Kitaoang keluar berjalan. Mula-mula kitaorang nak tengok London Bridge (sebenarnya Tower Bridge). Naik pakai kereta api bawah tanah. Sepatutnya kitaorang kena keluar pakai Bond Street tapi abah kata belum buka lagi tapi dalam map aku dan.memang ada stesen Bond Street (baru tau stesen Bond Street dah buka melalui notis di stesen Green Park). Kemudian, kitaorang pakai Jubilee line.

0900- Kitaorang sampai ke stesen London Bridge. Kitaorang keluar dari stesen tu untuk cari mana Tower Bridge. Rupanya kitaorang jumpa ditengah tengah bangunan moden tu. Kemudian kitaorang pun ada ambil gambar....
Di keliling jambatan itu, ada the Tower of London, bangunan yang lama di London. Kitaorang pun pergi ke sana....pada masa yang sama aku ambil gambar atas jambatan.
1000- Kitaorang sampai ke perkarangan bangunan the Tower of London. Paling aku ingat ada sejarah pasal the Gate of Traitors. Tak ingat pulak apa nama tapi fungsinya sebagai penjara.
Kitaorang berjalan sampai kedai-kedai. Kitaorang ke kedai souvenir untuk beli untuk hadiah. 1130- Kitaorang makan di KFC. Nasib baik halal. Jadi bolehlah makan ayam.
1240- Kitaorang naik atas semula. Mummy cadang naik bot untuk ke Greenwich.....
Masa dah nak naik feri, aku rasa pening pasal jeti bergoyang. Memandangkan jeti itu tak bertiang kot.....1330- Kitaorang sampai di Greenwich. Kitaorang pergi ke satu pameran iaitu mengenai sejarah Old Royal Navy College Army.
Kitaorang jalan keluar ke satu kubah untuk tahu apa ada di situ. Kitaorang sangka itu adalah tempat titik GMT rupanya kitaorang tengok adalah kawasan terowong seberang sungai...kitaorang pun patah balik lepas tu...selepas itu, kitaorang berjalan ke Greenwich Park untuk ke Royal Observatory.... Dah berjalan sekitar taman, kitaorang 'daki' untuk sampai ke Royal Observatory. 1400- Dah sampai ke Royal Observatory. Tempat ini sebenarnya terletaknya titik Greenwich Meridian Time dan tempat kajian astronomi. Mula mulanya nak masuk tapi pasal tengok garisan pun kena bayar kitaorang tak jadi masuk. Kitaorang hanya boleh ambik gambar yang luarnya saja. Kitaorang pun ada pergi ke Galeri Astronomi...
1500- Kitaorang nak balik cepat untuk balik hotel sebab nak solat. Nak elakkan tinggal solat. Kitaorang naik kereta api DLR sampai ke stesen Canary Wharf. Lepas dah sampai, kitaorang ada sikit komplen nak pergi mana sebab stesen bawah tanah tu jauh sangat...
Menara J.P Morgan
Canary Wharf...
Lepas dah tau stesen tu kat mana, kitaorang pun pergi ke sana. Sebelum itu, kitaorang bergambar sekitar kawasan bandar dan ambil gambar Caanry Wharf. Masa tu dah tak sempat nak balik hotel untuk solat jamak. Terpaksa qada je la.... Kitaorang ambil.keputusan untuk ke stesen Green Park untuk.ke Hard Rock Cafe untuk beli barang kat sana.

1700- Kitaorang beli belah kat tempat tersebut. Aku ada beli baju je. Lepas dah beli, kitaorang naik kereta api untuk balik. Sebelum itu, kitaorang pergi ke Malaysia Hall untuk makan tapi pasal dah ramai sangat, kitaorang pun bungkus untuk bawak balik.

1900- Kitaorang dah sampai hotel. Kitaorang makan apa yang kitaorang beli dari sana. Lepas dah makan, kitaorang rehat untuk keesokan harinya...



Jumaat, 5 Disember 2014

Cuti-cuti Eropah (Hari ke-9)

5 Disember 2014
Hari ini kitaorang pergi jalan jalan sekitar London. Lepas dah sarapan dan tunggu mummy siap, kitaorang pergi ke Muzium British.

Pakai kereta api sampai ke stesen Tottenham High Street, stesen yang berdekatan dengan muzium tersebut...
Pintu masuk muzium......
Selepas masuk ke dalam muzium aku nulakab dulu dengan sejarah Mesir, Mesopotamia dan Greek....

Mengenai Mesir, banyak cerita pasal sejarah Firaun. Ada juga sculpture seperti "mummy" dan juga patung Firaun. Tamadun Assyria pula aku ada ambil gambar pintu dan patung-patungnya. Sementara tamadun Greek pula ada cerita pasal sejaraj city states, dan paling aku ingat pasal demokrasi. Rasa tak larat pula nal cerita banyak. Selepas itu, kitaorang ada pergi dalam satu bilik kayu mengenai bahasa, tulisan dan lain lain tiap tamadun...
Selepas itu, aku ada rancang nak pergi ke sejarah Asia tapi malangnya alahai..tutup pulak. Kemudian, kitaorang pergi ke tamadun Islam......ada artifak yang ada di situ seperti pinggan, senjata, alatan sains dan sebagainya....
Pameran matawang lama....
Lupa sat nak cerita, sebelum pergi ke bilik itu, aku ada bergambar dengan cebisan Tembok Berlin yang dirobohkan pada tahun 89. Kemudian, aku tengok sekejap benda apa ntah tapi kaitan dengan Pasifik....
Salah sebuah cebisan Tembok Berlin
Selepas dah abis tu, kitaorang keluar dan balik ke Queensway dan makan tengah hari kat Malaysia Hall. Selepas balik hotel, abah rancang nak keluar lagi tapi ada yang dah tidur jadi tak jadilah. Kitaorang duk je dalam.bilik sampai malam....