Sabtu, 16 Mei 2015

Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2015

3 Mei lepas, aku ada pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Hari itu sebenarnya hari terakhir pesta tersebut. Mujurlah aku dan keluarga aku ada kesempatan pergi ke sana nak beli seberapa banyak buku yang mungkin.

Dah sampai ke PWTC....

Kami letak kereta kat kompleks letak kereta. Sampai kat sana memang dah sedia ramai orang (memandangkan hari itu hari terakhir pesta buku untuk tahun ini).

Sebenarnya, aku memang ada nak beli beberapa buku untuk aku baca kalau ada masa lapang. 

Itu baru tingkat bawah....dah ramai
Masuk ke Dewan Tun Razak, ada macam-macam jenis buku kat situ. Ada buku sekolah, ada buku agama, majalah agama, majalah isu semasa dan banyak kat situ. Mummy pulak pergi check nak beli buku novel kegemaran Mummy. Sementara tengah nak tunggu, aku pergi ke Stormreaders (tak silap aku yang jual buku agama) untuk check nak beli majalah.. Akhir-akhir tak jadi.



Kami naik ke tingkat atas selepas itu. Kemudian, kami jalan-jalan di dalam kedai buku kalau-kalau ada nak beli kat situ.

Masa aku di gerai PTS, aku terjumpa seorang yang memang familiar. Itulah penulis novel, Abdul Latip Talib. Aku rasa agak menggeletar sedikit. Untuk pengetahuan korang, kat rumah banyak koleksi Abdul Latip. Dari sejarah pasal Dol Said sampailah ke sirah. Apa lagi, aku ambil salah satu buku iaitu Perang Salib untuk dibeli dan untuk autograf!! Best....jangan jeles lak.

Aku senyum je tengah tunggu autograf siap.....kiki..

Masih lagi kaki aku sikit menggeletar pasal seronok. Kami pergi banyak lagi gerai-gerai buku yang ada kat situ....
Buku yang aku beli

a) Saring Sebelum Mereng oleh MatRodi
b)SESEMBANG
c)Solusi
d)Gen Q
e)BANGKIT: Tempoh Pentadbiran Abdullah Badawi di Malaysia
f)Emas Para Dapunta dan Maharaja oleh Cik Srikandi
d)Bukan Kerana Pangkat (mengenai Tun Dr Ismail)

Lepas dah puas dah beli dan cari buku...aku rasa macam nak beli lagi..tapi takut duit abis, aku rasa macam cukuplah setakat ni. Kemudian kami pergi ke Dewan Tun Hussein Onn pulak. Kali ini ada jugak novel lagi yang dibeli...Sebelum balik, kami pergi pulak ke booth novel pasal cinta lak.....aku tak de ye nak beli......

Ni saja coretan aku di PBAKL 2015. Harapan aku pesta buku ini diteruskan untuk yang dahagakan ilmu....assalamualaikum...

Inilah buku-buku yang aku beli







Sabtu, 2 Mei 2015

Puncak Alam yang aku kenang dulu dan kini...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ini aku nak kongsikan pasal  tinjau ke bandar Puncak Alam, bandar lama aku sebelum aku berpindah ke Seksyen 7 Shah Alam 7 tahun lepas. Aku dulu tinggal di Fasa 3 di Lorong Cakera Purnama. Panjang cerita pasal Puncak Alam....

Aku tinggal kat sana hampir 4 tahun bermula Disember 2004 (masa tu aku prasekolah lagi). Aku pernah prasekolah di tadika kat sebuah taman perumahan (aku dah tak ingat nama tu). Kemudian, aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 dan KAFA Abata Bestari sampailah aku darjah 3.

Aku jugak ada kenalan yang masih aku ingat lagi. Antaranya, Aiman Syafiq, Amirul Rashid, Syafiqah, Addin, Fatin dan ramai lagi.

Ketika dah nak pindah ke Shah Alam pada tahun 2008, aku belum tahu kenapa kena pindah. Rupanya, pasal jarak Puncak Alam dan Kuala Lumpur (tempat mummy dan abah aku bekerja) jauh sangat ditambah dengan jem teruk yang memerlukan tempat tinggal yang dekat sikit dengan KL. 

Petang tadi, aku dan keluarga aku singgah kejap di Puncak Alam untuk solat Zohor. Sebelum itu, kami lalu kejap di rumah lama di Lorong Cakera Purnama. Apa yang membezakan dengan dulu dan sekarang, dulu corner rumah lama aku hanya semak samun saja tapi lepas 7 tahun, rumah-rumah pun dah dibina dan tunggu masa untuk dihuni..... Begitu juga dengan tapak simpanan rumah sekarang dah dibina rumah daa....

Kawasan jaja macam biasa..tapi bezanya ada rumah teres baru
Depan jalan besar tu, ada kawasan tengah bina. Tujuh tahun dulu, kawasan ini adalah deretan kedai-kedai lama di mana aku ingat dulu aku dan abah pernah belanja baiki basikal kat sana. Tapi hari ini dah tak ada dah.....

Dulu kawasan ini adalah kedai lama.....
Satu lagi perubahan di Puncak Alam, ada satu kawasan perumahan baru dinamakan Puncak Bestari. Dulu kawasan ini hanya kawasan pokok kelapa sawit je...tapi lepas dah lama tak pergi sana chaiyokk, ada kawasan perumahan baru. Taman rekreasi cantik satu hal, SIAP ADA TESCO LAGI......(kalau aku tinggal di sini lagi, pergi shopping tak payah pergi jauh lagi dah)

Ada tesco lagi....@Puncak Bestari

Tengah nak jalan pergi solat, ada juga satu kawasan kosong di Fasa 2 dulu, HARI INI MERUPAKAN KAWASAN MASJID, besar pulak tu. Apalagi, kami pun pergilah bersolat kat sana.

Kini adalah masjid, bak kata Shabil macam Masjid Negara.....
Selesa betul bersolat kat sana. Memandangkan masjid ini masih baru lagi....

Selesai solat, kami jalan-jalan kejap di kawasan kedai di Fasa 2, adik aku, Shabil nak tengok ada lagi tak tadika lamanya dulu. Rupanya masih ada lagi cuma papan tandanya dah tak nampak dah....

Selepas itu, kami jalan ke SK Puncak Alam 2. Apa paling mengejutkan aku, SEKOLAH INI DAH JADI SEKOLAH KLUSTER DAH....boleh tahan juga pencapaian mereka. Masa tu aku tengok papan tanda masuk sekolah itu.

Inilah sekolah lama aku......pernah berada di sini sampai darjah 3
Satu lagi sekolah baru pun ada...iaitu sekolah rendah agama....

Selepas selesai keliling Puncak Alam, kami balik ke Shah Alam...

Apa yang aku ringkaskan di sini, selepas 7 tahun, Puncak Alam dah banyak berubah. Dari kawasan perumahan baru, pasar raya besar, masjid baru dan rumah yang bertambah.....

Itu sahaja yang aku kongsikan hari ini...assalamualaikum..


Ahad, 29 Mac 2015

Hari Anugerah Gemilang Emas 2015


Cerita semalam.....(28/3/2015)
Hari itu aku ada majlis Anugerah Gemilang Emas di sekolah aku. Tujuan adalah nak meraikan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pt3 dan SPM (termasuk aku).

Aku memperoleh keputusan 7A 3B 1D dalam PT3 tahun lepas. Ada cikgu dan member-member aku tanya aku, kenapa tak masuk aliran sains (aku masuk kelas akaun)? Aku jawab, sebab aku memang minat dalam bidang ekonomi.....itu pendirian aku.

Aku datang ke sekolah dengan abah dan Shabil. Mummy tak ada masa tu pasal ada kat hospital kerana demam denggi (alhamdulillah hari ini, platelet mummy naik sikit)......Sebelum itu, abah singgah kejap kat Ali Corner nak beli roti canai....

Lepas dah sampai sekolah, aku kena daftar dulu di tempat pendaftaran. Kat sana jugak, aku jumpa kawan-kawan aku yang dah pindah sekolah (Alif, Irdina dan Syamimi). Lepas dah daftar semua, aku dan Shabil pergi dulu makan roti canai kat kantin. Masa kami makan di kantin, aku jumpa teacher Manonmoney (Guru bahasa Inggeris masa aku di Tingkatan 2). Sebenarnya, teacher dah kenal Shabil, tak silap aku masa Shabil menjadi pelatih pemimpin murid).

Selepas dah selesai makan, aku pergi ke tempat duduk di khemah yang disediakan di Dataran Alawiyah. Tengah on the way, aku jumpa kawan-kawan Imtiyaz lama aku. Haziq, Firdaus, Nazem dan Amin aku jumpa masa tu. Firdaus siap peluk aku lagi..........macam dah lama tak jumpa...hehehe..

Tak lama lepas tu, aku ikut dengan diaorang. Mereka sebenarnya ada persembahan silat tu. Kebetulan masa tu, pengetua diiringi YDP PIBG, guru-guru dan abah ada berangkat masuk. Sebelum itu, mereka menonton persembahan silat.....
Berangkat masuk...

Ada video persembahan....boleh klik sini


Selepas ada persembahan silat, aku duduk semula di tempat yang disediakan. Dimulakan dulu oleh bacaan doa kemudian ucapan oleh YDP PIBG.......

Ucapan YDP PIBG....

Selepas itu, disusuli dengan ucapan pengetua.....


Selesai ucapan pengetua, kami perlu beratur di depan bilik kesihatan untuk persediaan untuk mengambil hadiah. Ikut nombor. Ustazah Rodziah, Cikgu Raihan dan Cikgu Rohani uruskan aturan nombor.

Selepas menunggu hampir setengah jam, kami bersedia mengambil hadiah daripada YDP PIBG.
Tiba giliran aku ambil hadiah......

Selepas selesai aku ambil hadiah, aku duduk balik kemudian abah dan Shabil panggil aku untuk balik (sebenarnya nak pergi ke hospital tengok Mummy). Sebelum balik aku ada ambil gambar Azri dan Alif (mereka adalah penerima perak PT3) tengah tunggu ambil hadiah....
Azri dan Alif tengah tunggu ambil hadiah....


cuma yang aku terkilan sikit, aku tak dapat bergambar dengan member-member Imtiyaz yang lain sama-sama....... huhu.....rugi

Itu saja catatan semalam....assalamualaikum...








Jumaat, 13 Mac 2015

Jalan-jalan Port Dickson (1 Februari 2015)

Assalamualaikum semua.....
Minta maaflah semua, sekali lagi lama dah tak tulis blog......mungkin pasal sibuk kot. Tak mengapa, kali ini aku sambung cerita aku di Port Dickson dari post yang lepas.....

Hari ini macam biasa, kena swimming dulu la.... selalu kalau swimming kena main masukkan muka dalam air..ada masa jugak ada renang macam biasa.

Lepas dah selesai berenang, kami naik semula ke bilik bersiap untuk jalan-jalan sekitar hotel dan ada adik aku nak main segway dekat tingkat bawah.

Aku masa tu macam tak tau macam mana nak main segway. Yang aku tengok ialah dia macam main naik ride tak ada pedal. Sementara tu, kami tunggu orang lain habiskan segway mereka. Selepas beberapa minit, barulah giliran aku dan adik-adik aku.

Kolam renang di hotel Lexis......
Mujurlah, ada pegawai yang bekerja kat sana ajar aku macam mana nak naik segway. Rupa-rupanya, cara nak main segway adalah gerakkan pemegang depannya sikit-sikit baru boleh gerak. Sepamjang separuh pusingan pertama, pegawai tunjuk ajar macam mana nak 'handle' segway. Lepas tu barulah dia lepaskan untuk 'handle' secara bebas. Kami sebenarnya main untuk tiga pusingan saja.

Sebelum naik tu, kena pakai topi keledar dulu.......untuk keselamatan.....
Mula nak main segway...

Barulah boleh gerak bebas...
Selepas dah main segway, kami pergi masuk bahagian lagi hotel Lexis, (eh, ada lagi rupanya bahagian hotel), tapi namanya Hotel Grand Lexis. Kami naik ke tingkat atas, sebenarnya pergi ke arked permainan  video. Aku cuma main game yang lumba-lumba (iaitu main naik kereta je kot....tapi kalah pasal dah habis masa dan asyik langgar je..) dan main basketball je. (Minta maaflah pasal tak ada gambar dalam arked)

Lepas dah main tu, aku jalan-jalan sekitar arked sambil pegang tablet aku. Dah selesai dan seronok kat atas, kami turun ke tingkat bawah semula untuk jalan-jalan sekitar hotel tersebut. Masa dah datang ke kolam renang, tengok-tengok lagi besar daripada kolam renang kat Hotel Lexis. Lepas dah tengok-tengok kolam renang, kami teruskan bersiar-siar.

Cantik jugak water chalet ni.......
Kami tinjau sekejap kat 'water chalet'.


Dah selesai bersiar-siar, kami kembali ke bilik kami. Sampai masanya kami berkemas -kemas untuk balik (sebenarnya pergi ke Ampang dulu la). Sebelum nak balik, aku tengok kejap kawasan hotel. Bila aku pandang kiri, rupanya ada bilik-bilik yang belakangnya ada kolam renang........(tak pasti sama ada bilik hotel atau spa, tapi aku rasa memang bilik kot). Kalau ada bilik hotel kat belakangnya ada kolam renang...hehe, senanglah bangun pagi renang terus.....

Nilah bilik-bilik yang aku maksudkan.....
Lepas dah kemas-kemas, barulah kami checkout. Tengah jalan di Lukut, aku ada terserempak dengan satu makam (hari sebelum ni pun sama jugak). Tetapi apa yang aku pasti, makam ni memang ada kaitan dengan sejarah Kesultanan Selangor, buktinya ada lambang Selangor Darul Ehsan (Aku lupa siapa gerangan di makam itu).

Baiklah, itu sahaja catatan aku di Port Dickson, assalamualaikum.........

(bolehlah komen sikit kalau ada tambahan)




Sabtu, 7 Februari 2015

Jalan jalan Port Dickson (31 Januari 2015)

Assalamualaikum semua, hari ini nak cerita pasal jalan jalan di Port Dickson, Negeri Sembilan dari 31 Januari sampai 1 Februari. Sebelum ini pernah pergi banyak kali termasuk post kedua aku pasal sempadan Melaka-Negeri Sembilan. Aku ingatkan trip ni ada hari keluarga agaknya tapi rupanya cuti saja.....

Kami sekeluarga pergi ke sana pada waktu petang semalam. Kebiasaannya, kami lalu Lebuhraya Utara Selatan kemudian lalu lebuh raya Port Dickson dari Seremban. Tapi pasal ada jem teruk kat sana, kami kena pakai lalu KLIA dan Sepang.

Lalu SIC....

Kejap je dah sampai....
2 jam berada kat jalan.....lalu Lukut...sampai jugak ke PD. Ni lagi cepat daripada lalu lebuhraya Utara Selatan.
Ni laluan alternatif kalau traffic jam
Biasanya kalau nak landing di KLIA....memang selalu lalu ni...
Persimpangan Lukut ke Port Dickson....
Sampai PD...baru nampak dah oil refinery
Nilah hotel kitaorang duduk....
Kami menginap di Hotel Lexis masa tu. Lepas dah check in, barulah naik ke bilik. Tapi yang peliknya, bila buka saja pintu rupanya tandas kat depan lepas tu barulah bilik............


Biasanya kalau petang-petang kitaorang pergi ke kolam renang dulu. Aku kalau renang biasanya mesti main masuk dalam air dan renang belakang. Hampir senja masa tu, kami jalan-jalan sekitar water chalet....

Dah mandi malam.... kami keluar jalan-jalan ke pasar malam. Kami beli banyak makanan kat situ. Selepas dah beli makanan, kitaorang balik semula ke hotel untuk makan makanan yang kitaorang beli sambil tengok perlawanan Piala Sumbangsih JDT lwn Pahang kat bilk. Masa tu dah score 2-0. 

Pukul 11.00 malam, kitaorang dah mula tido dah........




Sabtu, 17 Januari 2015

Hari Pertama Persekolahan di Tingkatan 4

Assalamualaikum,  aku mahu cerita pasal hari pertama aku sebagai budak tingkatan 4.

Pukul 6 pagi dah kena bangun..... Aku masih lagi pakai baju lama tapi seluar baru. Selepas selesai bersiap, aku kena tunggu bas dengan Shadiq. Aku masih lagi naik bas dengan uncle Madan.

Sesudah sampai di sekolah, aku berjalan pergi ke Dataran Alawiyah. Perhimpunan berlangsung selepas itu......

Antara pesanan pengetua untuk tahun baru persekolahan adalah.....

1. Taat kepada perintah Allah, taat perintah dan nasihat ibu bapa dan taat kepada guru.

2.Tingkatkan motivasi dan prestasi diri.


3. (yang paling penting) MANUSIA YANG MALAS SENTIASA BERI BANYAK ALASAN........



Selepas ucapan pengetua, disusuli pula dengan ucapan guru disiplin....lebih kepada soal disiplin. Antaranya seperti....

1.Rambut tak boleh panjang dan diwarnakan (bagi lelaki)

2.Baju sekolah bagi lelaki hanya lengan pendek sahaja dibenarkan.


3.Stokin mesti warna putih (kalau pakai kasut putih)


4.Tali leher mesti diikat kemas dan tarik ke atas dan panjangnya sehingga paras pinggang.


5.Kuku mesti pendek. 


6.Jangan menyimpan misai


7.7.30 pagi waktu paling lewat sampai sekolah kecuali Isnin dan Jumaat (7.20 pagi)


8. Tuck in semasa pakai baju PJK.


9. Baca buku peraturan untuk lebih lanjut.


Sesudah ucapan guru disiplin, perhimpunan berakhir dan pelajar tingkatan 4 (termasuk aku) hanya menunggu masa untuk masuk ke dalam kelas......Semua kelas kena naik bersama guru kelas masing-masing.

Sehingga 10.25 pagi kami berada dalam kelas. Aku keluar rehat. Sebelum aku pergi ke kantin, aku borak sekejap dengan kawan-kawan lama Imtiyaz di kelas 4 LK.

Masa waktu rehat, memang ramai masa tu sebab pelajar tingkatan 4 dan 5 bercampur. Jadi selepas aku beli makanan, aku tercari-cari mana kawan-kawan aku yang lain......

Waktu rehat habis pada pukul 10.45 pagi........Kami mula belajar bermula pada waktu itu. Walaupun belum ada buku teks, aku ada menyalin nota yang diberikan oleh cikgu. Antara yang paling saya ingat adalah format kertas SPM setakat ini..

Waktu sekolah berakhir pada pukul 1.40 petang.......aku pulang ke rumah......









Sabtu, 10 Januari 2015

Perpustakaan KMC @ Sasana Kijang (المكتبة المركز العلوم و التدبير)

Assalamualaikum semua, كيف حالكم جميعا....

Hari ini aku nak cerita pasal perpustakaan KMC yang terletak di hujung Sasana Kijang (office abah aku).

Aku mula pergi ke sana sejak Disember 2013. Semua untuk baca seperti perpustakaan-perpustakaan lain. Kat sana jugak digunakan untuk tempat tuisyen sendiri bersama Uncle Safwan (sehingga Januari 2014). Nak tau apa ada kat sana.

Di tingkat bawah sekali merupakan tempat buku umum seperti biografi pemimpin, buku baru dan yang paling menarik ada buku-buku lama. Dekat situ jugak ada buku-buku mengenai laporan kewangan, majalah mengenai ekonomi seperti Times, buku mengenai wang lama atau numis dan sebagainya.....


Tingkat bawah
Di tingkat pertama, ada tempat komputer kat situ dan juga ada lagi buku seperti laporan ekonomi, penggulungan bajet, buku Rancangan Malaysia dan banyak lagi...... Dekat situ jugak ada majalah lain seperti Massa (dalam Bahasa Melayu), Dewan Masyarakat dan Dewan Ekonomi.....

Tingkat pertama.....
Sebenarnya perpustakaan ini ada tiga tingkat tapi tak pernah naik sana mungkin pasal naik tangga punya tinggi dan mungkin malas kot......

Ini antara buku-buku kegemaran aku setakat ini........







Ini saja catatan yang aku buat hari ini.. Sebenarnya perpustakaan ini dibuka untuk umum. Semua boleh pergi kalau ada kelapangan. Umumnya, perpustakaan ini banyak buku mengenai ekonomi dan perdagangan. Sesiapa yang ambil Ekonomi Asas, Perdagangan dan Prinsip Perakaunan, bolehlah korang pergi ke sana......

Itu sahaja, assalamualaikum.....jumpa lagi

(sekali-sekala bagilah komen)