Sabtu, 24 Mac 2018

Seminggu Cuti di Korea: Istana Gyeongbokgung dan Myeongdong (11 Februari 2018)

Assalamualaikum dan salam hormat. Annyeonghasayeo!

Hari ini aku agak sibuk sedikit sebab pada hari aku menulis entri ini, aku dah kembali ke Kampus Dungun bagi Semester 2. Aku sambung coretan seminggu ke Korea bagi hari kedua. Kalau belum lagi baca coretan hari pertama aku boleh klik ke laman ini. Hari itu aku dan keluarga aku pergi ke Istana Gyeongbokgung pada sebelah tengah hari dan Myeongdong pada waktu senja.

Agak lambat jugak aku bangun pagi (solat Subuh memang mesti ditunaikan dulu...kalau ye pun). Kami keluar dari homestay (sebenarnya boleh dikatakan hotel tapi disebabkan tempat tu terletak kat tengah-tengah kejiranan, aku panggil la 'homestay'), masuk stesen terus ke Line 4 untuk ke Chungmuro dan tukar ke Line 3 untuk terus ke Stesen Gyeongbokgung. Masa kami on the way keluar dari stesen, kami disambut oleh tour guide, salah seorangnya namanya Lee, yang perempuan tu aku dok ingat pulok. yang akan tour kitaorang sepanjang kami dalam Istana Gyeongbokgung. Kami diiringi oleh dua orang tour guide, seorang lelaki dan sorang perempuan dan depa pun muda lagi aihh....

Mula memasuki kawasan istana dari stesen


Pertama sekali, kami masuk ke istana tu melalui gerbang Gwanghamun belah tepi (sebelum itu lalu muzium). Ni aku nak cerita sikit. Kawasan ini sebenarnya dibina semula pada akhir 1990-an sebab sebelum itu, tempat tu terletaknya Japanese General Government Building di mana, masa Korea dijajah dulu, Jepun pada masa itu pakat-pakat rosokkan sebahagian besar istana. Dengan hok Gwanghamun Gate pun nok wak rosok jugok!


Tapi aku respect kat orang Korea ni pasal apa? Sebab diorang berani nak tegakkan balik legasi zaman nenek moyang mereka. Ni pasal untuk dijadikan motivasi untuk generasi akan datang untuk terus maju. Dah la tu, Istana Gyeongbokgung suatu dulu merupakan pusat pemerintahan bagi kerajaan Joseon. Tu pasal negara-negara maju macam Jerman, Jepun, Korea dan lain-lain sanggup jaga warisan depa sebab ni la identiti depa.

Bila aku fikir balik, kalau orang Korea berani bina balik kompleks istana yang telah dipunohkan tu, bakpe kite dok wak balik Istana Kesultanan Melaka yang sebenar. Bukannya apa, Melaka pada zaman kegemilangannya satu dunia kenal sampai digelar Venice of the East! Takkanlah seni bina kesultanan tersebut takat ala kadar je?? Lepas tu, kita dimomokkan kononnya, Melaka kalah dengan Portugis dengan hanya bersenjatakan keris dengan tombak je? Was solln’ das?!

Sambung balik cerita tadi, baru je nak masuk dalam lagi kawasan Istana, kami menyaksikan persembahan pengawal istana di hadapan Gerbang Gwanghamun. Semuanya disusun dengan cukup teliti sampai lah ke guard yang terakhir. Barulah nampak istana seperti 'living palace'. Lepas habis persembahan, kami mula nak masuk ke kawasan istana melalui gerbang Heungyemun. Tapi sebelum itu, kami kena beli tiket dulu la. 

Nak masuk ke bangunan utama istana ni ada tiga gerbang, iaitu pertama sekali melalui Gwanghamun, lepas tu Heungyemun dan akhir sekali barulah gerbang Geungjongmun. Gerbang ni, kalau dipandang memang disusun secara selari. Kalau dulu tahun 1990-an lebih, gerbang Gwanghamun diblock oleh Japanese General Government Building. Bila lepas diorang runtuhkan bangunan tu, diorang dapati Gwanghamun ada senget sikit dengan dua gerbang sebelumnya. Jadi kerajaan diorang pun ambil tindakan selarikan balik.
Rasa macam bayangan masa zaman Joseon.


Bersama salah seorang guard...


Masuk Heungyemun...
...pahtu Geungjongneum



Sepanjang perjalanan tu la tour guide ni terangkan serba sedikit tentang komponen-komponen istana Gyeongbokgung. Honestly, aku terkejut jugak bila ditanya umur depa, Lee umurnya kira-kira dalam 15 tahun dan yang perempuan comey lote tu, umur 13 tahun....uihh depa lagi muda daripada aku...ok habis di sini...wekkk.


Depan Geungjeongjeon


Serupo balairong seri.....


Selepas perjalanan tu, barulah kami sampai ke Geungjeongjeon, the Throne Hall lebih kurang berfungsi sebagai balairong seri kalau sistem istana Melayu. Bangunan hok ni la sepanjang dinasti Joseon tu, buat pengisytiharan penting negara kat sini, menerima duta asing pun sini dan banyok lagi la. Nama pun pusat pemerintahan....Aku pandang komponen istana ni pun macam kagum dengan seni binanya.











Taman Hwangwonjeong.....tutup pasal dok penyelenggaraan


Kalu bukan tino K-Pop, hok ni pun boleh la....





Lepas Geungjongjeon, kami pergi pulak ke komponen istana yang lain pulak seperti Gyeongtaejeon (berfungsi sebagai kediaman permaisuri), Sajeongjeon (sebagai pejabat raja), Donggung dan banyak lagi la. Pendek cerita la, kompleks istana ni SATU family raja duduk sini dengan office lagi....dah besar...banyakla fungsinya. Perpustakaan pun ada (yakni bangunan Jibokjae)....Dalam aku jalan-jalan tu, ada jugok tapak-tapak kosong sebagai nak simpan untuk pembinaan semula komponen kompleks istana pada masa akan datang. Aku pun ternampak jugak salah satu kompleks istana yang sedang dalam pembinaan semula. Cuma taman Hwangwonjeong yang aku tak dapat tengok (tapi dapat jugok sikit-sikit) sebab tak silap aku tengah renovation kot.
bangunan Gyeonghoeru
Dengan Lee.....

Puah lama dalam kompleks istana, kami dan sek-sek tour guide tadi mengakhiri tour dengan bergambar di depan Gyeonghoeru. Selepas itu, kami pakat-pakat tubik ngeteh kat kedai cenderamata Istana Gyeongbokgung.
Sampai ke kompleks bawah tanah Myeong-dong





Banyak jugok gerai makanan ada...

Selepas puas berada kat istana tu hampir keseluruhan petang, kami ke Myeongdong pulak. Bila fikir pasal Myeongdong, benda pertama keluar kat minda korang ialah BELI BELAH! Dokek situ jugok la korang nak makan-makan. Time ni la aku makan puah-puah Busan fish cake.. Nak beli souvenir sebelum pulang ke tanah air pun boleh jugak tapi terlalu awal la pulak. Sepanjang kami berada dekat sana, kitaorang kejap singgah kedai kecantikan la, kedai baju la, macam-macam la.



Sebelum balik...

Tapi masa tu tak de lah beli-beli sangat. Cuma tengok barang je, tapi kadang-kadang beli jugak, tapi bukan aku ye...haha. Pukul 6.00 petang lebih waktu tempatan, kami semua balik ke hotel. Sampai di sini saja coretan aku pada hari ini. Wassalam dan bersambung.....

Tengok jugak sekali vlog adik aku....

Rabu, 28 Februari 2018

Seminggu Cuti di Korea : Selamat Datang dan Dongdaemun (9 dan 10 Februari 2018)

Assalamualaikum dan annyeonghaseyo!

Aik....tetiba aku ucap dalam Bahasa Korea ni apahal? Haaaa......ni aku nak ceritakan kepada para pembaca tentang al-kisah seminggu bercuti di Korea dari 10 sampailah ke 17 Februari 2018 sempena cuti Tahun Baru Cina ni.

Macam percutian ke luar negara sebelumnya, kami dah rancang setahun sebelumnya, pasal apa? Mungkin  nanti kalau beli tiket kapal terbang last minute, nanti takut habis tempat duduk... Ok, seminggu sebelum pergi ke Korea pada Jumaat, abah ada minta aku untuk merancang mana tempat dalam Korea ni nak pergi sebab nanti bila sampai sana, tak ada la nak kelang-kabut nak pergi la kot. Jadi aku pun menjadikan buku 'I'm a Backpacker: Korea' nukilan Halian Azurin sebagai rujukan. Dalam buku itu, ada jugak dibagi panduan macam mana nak menyusun jadual sewaktu di Korea nanti.
Study dulu tempat

Paling penting sekali, di mana lokasi hotel itu. Aku dapat tahu yang hotel itu terletak di dalam kawasan kejiranan yang aku boleh katakan hometsay la begitu. Alamatnya ialah 7 Cheong-pa ro 77-gil. Aku dapat e-mail daripada abah tentang hotel itu dan ada powerpoint pasal macam mana nak pergi ke hotel tu dari Stesen Seoul. Rupa bilik bila tengok gambar boleh tahan jugak kecik...tapi tak la kecil sangat macam bilik-bilik di Jepun, tapi bila sampai sana...haa baca sampai habis dulu...

Aku masa tu jugak susun jadual mana nak pergi selepas sampai saja dari airport Incheon. Pada awalnya, dirancang lepas sampai saja terus pergi ke Istana Gyeongbok, pastu ke Dataran Gwanghamun, City Hall dan akhir sekali ke Gerbang Sungyemun dekat bolah Namdaemun. Pastu boleh jalan terus ke hotel. Tapi sampai lain ceritanya.....

10 Februari 2018, kami akan pergi ke KLIA pada malam itu. Tapi hari itu jugak adik-adik aku sempat lagi bersekolah pada sebelah pagi. Nasib baik! Lepas solat jumaat, kami mula dah kemas barang secara besar-besaran (tapi dah start pada hari-hari sebelumnya tapi setakat kemas baju saja). Sampailah ke pukul 5.00 petang..

Selesai kami kemas, kami keluar dari rumah ketika nak hampir maghrib. Sebelum itu, kami berhenti kat kedai dobi kat Jalan Plantinum sebelum kami meneruskan perjalanan ke KLIA. Lepas kami dah check in flight, kami pergi makan malam kat KFC. Perut penuh sudah, kami terus masuk ke bahagian imigresen dan kastam lalu naik aerotrain....

Finally, on 12.30 p.m, we took a flight to Incheon. Sepatutnya pukul 11.59 malam dah berlepas tapi kono tundo sotongah jam daa....Ramai jugak rakyat Korea berada kat pintu masuk Korean Air, rasanya diorang nak balik.

Kira-kira hampir 6 jam kami dalam penerbangan tu. Aku ingat aku tak berapa banyak paki in-flight entertainment kecuali tengok berita je kot. Sebahagian besar masa penerbangan aku tido je la.....krohhhh.....Kami tiba di Lapangan Terbang Incheon pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan (waktu Korea hanya beza sejam je dengan Malaysia). Walau bagaimanapun, kami sampai di terminal 2 yang masih lagi baru je dibuka, berbanding Terminal 1 yang merupakan terminal asal.

Soohorang dan Bandabi..

Naik AREX bohh...

Selesai check imigresen, kami keluar dari kawasan ketibaan dan mula la someone of my family cuba nak cari sesuatu. Kadangkala sampai aku terlelap sekejap. Pukul 10.00 pagi (waktu tempatan), kami ngeteh pagi (sambil layan croissant) kat...aihhh aku dah lupa kedai apa ntah. Habis ngeteh, kami naik kereta api ke Seoul Station.

Anyway, kereta api yang kami naik ni adalah AREX all-stop lebih kurang macam KLIA Transit instead of express. Tiap-tiap satu stesen kena berhenti dah.....Lepas hampir sejam suku, kami akhirnya sampai ke Stesen Seoul.

Sekarang, nak pergi ke hotel pulak. Macam aku sebut awal artikel, hotel kat kawasan kejiranan. Jadi kami pun kena la berjalan sampai ke hotel tu ikut panduan yang disediakan. Kekadang, rupa lain tapi bila sampai sana lain sampai ke Cheongpa-ro 84 la, 79 la, hampir tersesat kami kat sana tambahan pulak dah la nak kena naik bukit.....Alhamdulillah, nasib baiklah tak sampai terlalu dalam dan sempat berpatah balik ke Cheongpa-ro 77, haaa baru la betul hotelnya kat mana. Hotelnya adalah seperti rumah kecil. Oh ya, tempat seperti Cheongpa-ro ni aku difahamkan selalu ada dibuat penggambaran dalam mana-mana K-Drama.
Aihh...ponat bonar ehhh nak daki.. ruponyo salah jalan!


Hok ni la Cheongpa-ro 77 gil..

Sampai saja kami di sana kami tunggu kat luar sementara tunggu ada receptionist. Seorang warga emas yang jugak penduduk rumah tu pun sampai dan mempelawa kami masuk. Agak kesian jugak beliau agak tak dapat berbahasa Inggeris (tapi ada la sikit perkataan bahasa Inggeris) jadi kadang kala menggunakan bahasa badan. Sekurang-kurangnya, dapatlah jugak berkomunikasi. Akhirnya kami dapatlah bilik walaupun kecil....siap ada katil botingkek...

Petang tu, aku cuma tidur je pasal penat sangat la kot (sebelum tu dah solat dah). Sampai la pukul 6.00 petang. Pukul 8.00 malam, kami semua keluar ke Dongdaemun. Dari Seoul Station, kami pakai Line 4 untuk sampai ke stesen Dongdaemun. Sebenarnya ada lagi stesen Dongdaemun tapi yang Culture Park la....boleh pilih mana satu mau turun.
Hok ni...Gerbang Heunginjimun, kadangkala digelar Dongdamun Gate

Sini la Cheongyeccheon Stream, cuma tempat mulanya jauh depan lagi
Sampainya kami di Dongdaemun, kami bersiar-siar terlebih dahulu. Paling penting, kami ada bergambar di Gerbang Heunginjimun, salah satu gerbang fortress Seoul.  Kebanyakan tempat yang kami pergi ni adalah pasar barangan murah. Ada juga kompleks beli belah yang ada jual barangan mewah yang menyebabkan aku rasa tak ada beza dengan Kuala Lumpur cuma pakai baju sejuk saja.


Cuma yang paling aku ingat apabila kami pergi ke kompleks beli belah HelloAPM. Banyak tingkat tu...aku ingat sampai enam tingkat paling tinggi la. Dekat situ jugak la awal-awal lagi nak beli souvenir...hmmmm.
Papan tanda tulisan Hangul dan Rumi (Bahasa Inggeris), aku teringin papan tanda kat Malaysia dgn tulisan jawi dan rumi...

Busan Fish Cake...rasa sama macang kerpok lekor bohh..

Selepas beberapa lama berada kat sana, kami pun patah balik ke stesen Dongdaemun untuk balik hotel. Tutup cerita hari pertama di Korea...insya Allah sambung hari kedua....