Mai cek oi mai cek mai...kita pi Utagha.....
Inilah ayat pertama jadi tema post aku kali ini. Ketika itu merupakan cuti Tahun Baru Cina....ramai yang mengambil peluang untuk bercuti. Aku dan keluarga aku pulak, pi ke Utara bukan pasal bercuti je tetapi memenuhi jemputan majlis kahwin seorang ahli keluarga sebelah abah yang akan berlangsung di Alor Setar dua hari kemudian.....
Memang kebiasaan masa nak pergi 'vacation', kena bangun awal pasal nak kena kemas siap-siap. Tak perlu nak cerita panjang sangat pasal sebelum pergi ni...,,
Kami pergi dahulu ke rumah datuk aku di Ampang (memang kebiasaan kalau hujung minggu mesti pergi sana). Jumpa dulu nenek datuk dan pak su dulu....
Kami menggunakan Lebuhraya Guthrie untuk terus ke Lebuhraya Utara Selatan. Bila sampai di Elimna dan ke Rawang (hampir dekat dengan Lebuhraya Utara Selatan), dah mula daaahhhhh jemmmmm........memang biasa masa cuti Tahun Baru Cina memang ramai nak pakai lebuhraya ni nak balik kampung atau bercuti.
Duduklah kami di tengah-tengah kesesakan sampailah ke kawasan rehat barulah trafik lancar semula. Kami singgah dulu di sebuah hentian sebelah sebab ada adik aku nak pergi ke tandas.
Jem memanjang.... |
Kami meneruskan perjalanan sehinggalah ke sempadan Perak-Selangor, sesak lagi. Panjang lagi sampai ke Trolak. Bayangkan dengan panjang kesesakan di lebuh raya sepanjang itu, memang bosanlah nak menunggu. Duduk saja dalam kereta.
Screenshot kesesakan sampai ke Trolak. |
Lepas dah lepas hadap traffic jam..kami sambung perjalanan. Masih belum singgah mana-mana R&R. Sampai di Ipoh pula, traffic jam lagi. BERAPA BANYAK NAK JAM LAGI DAAA??? Jam lagi sampai ke selepas lalu part 'bengkang-bengkok' di Lebuhraya Utara Selatan.
Selepas trafik pulih, kami teruskan perjalanan sehingga sampailah ke Pulau Pinang.
Bandar raya Georgetown dari Jambatan Sultan Abdul Halim |
Ketika hampir tiba ke hotel, kesesakan jalan raya lagi kena hadap. Belum solat jamak satu hal. Nasib baik dah sampai ke hotel BNM sebelum maghrib. Selepas check in dan solat, kami pergi ke Slow Rock Cafe untuk makan. Ketika tengah makan, badan aku ada rasa panas. Macam nak demam. Aku dah mula rasa demam sikit masa di Ipoh.
Shabil selfie sekeluarga di Slow Rock Cafe |
Selepas makan, kami pergi jalan-jalan sepanjang di Batu Feringghi. Kat sana ada gerai-gerai sepanjang jalan. Ada jual pakaian, makanan, beg, cenderamata dan seumpamanya. Kami berjalan pun jauh juga. Sebelum balik, abah ada beli cd movie di salah satu gerai.
Puas dah berjalan-jalan, kami balik semula ke hotel. Pasal bab demam sikit tu, nasib baik mummy bawak ubat siap-siap.
bersambung......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan