Sabtu, 25 Julai 2015

Al Kisah Hari Raya 1436 H/2015 M (EPISOD 1: AMPANG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Hari ini aku nak cerita pasal hari raya tahun 1436 Hijrah. (Korang rasa lama tak aku tak menulis blog aku)

Malam sebelum raya (30 Ramadan/16 Julai), lepas dah puas berbuka hari terakhir puasa di Fridays, Subang Parade aku balik rumah berkemas terlebih dahulu sebelum pergi ke rumah atuk di Ampang. Solat dulu derr. Sementara tengah tunggu mummy dan abah berkemas barang, aku pakai komputer main Cities XL 2011 jap. (barang peribadi aku dah kemas dah waktu petang, tinggal nak bawak barang penting macam pencuci muka. etc)

(p.s cepat bebenor bulan Ramadan bakal berlalu)

Selesai sudah berkemas, kereta pun dah nak mula nak hidup, aku tolong sedikit bawak barang masuk ke dalam kereta. Kami tiba di Ampang kira-kira pukul 1.00 pagi. Kak Fitri ikut sekali masa itu. (sampai agak lewat, mujurlah terletak di dalam Lembah Klang)

Keesokkan harinya (1 Syawal/ 17 Julai), SUDAH HARI RAYA!! Awal pagi aku kena bangun pasal nak kena siap untuk pergi solat raya di Madrasah Ihsaniah yang terletak tak jauh dari belakang rumah. Selepas dah selesai mandi dan bersiap bagai, aku pergi bersalam dengan wan (nenek aku) dan ucap selamat hari raya. Sebelum pergi solat raya, aku makan sedikit iaitu 2 biji kurma je.....


Sebelum pergi solat raya.......

Aku pergi dengan abah dan adik-adik aku berjalan kaki. Ketika dah sampai, takbir raya masih lagi berkumandang. Bersama-sama dengan Pak Su, kami bersama-sama bertakbir raya dengan jemaah-jemaah lain sementara menunggu untuk solat raya. 

Setelah selesai solat hari raya, seperti biasa ada khutbah. Aku tak ingat khutbah ni pasal apa tapi apa yang pasti khutbah ini mengenai berterusan amalan selepas Ramadan (tolong betulkan kalau salah)...
Selepas dah selesai, kami pulang ke rumah tersebut (aku ni jenis berjalan laju bila pasal nak balik). Kalau di rumah Ampang, selalu memang ada tahlil ringkas khusus untuk hari raya. Selesai berdoa, sudah sampai masanya untuk menjamu selera.



Ketika majlis tahlil ringkas khas.......


Makanan kegemaran aku sememangnya NASI LEMAK.... Sedap betul masa itu sampai aku makan dua kali (jangan suspicious pulak ya). Lepas tu aku duduk sambil aku buka tablet aku. Aku tak tahu nak cakap apa dengan mereka. Selepas tetamu-tetamu pulang, aku masih lagi duduk kat kerusi sambil tengok TV. Sampailah aku punya relatives datang. Bermula dengan Pak Lang, Ain dan keluarga. 

Aku kadang-kadang memang suka berbual dengan mereka (Pak Lang, Pak Ngah dan ramai lagi) tapi aku lebih suka berbual berkenaan isu semasa. Kemudian disusuli pula dengan kehadiran Abang Azrai dan keluarga tapi ibunya (aku panggil sebagai mak lang) tak ada pasal aku dimaklumkan dia berada di hospital. Selepas itu disusuli lagi dengan kehadiran Acikboy dan family. Kemudian, ramai pula yang datang.

Ini menarik nak cerita ni, PASAL SELIPAR SEBELAH AKU HILANG...KAHKAH!!

Aku masa tu tengah keluar nak pakai selipar tapi bila aku kenal pasti selipar aku rupanya, ADA SEBELAH LAGI TAK ADA DAN masih lagi ada dua selipar TAPI JENAMA LAIN. SEBELAH CROCS (AKU PUNYA) DAN SEBELAH LAGI SELIPAR LAIN. Itu yang aku mengadu kat abah pasal selipar tu. Aku rasa macam ada orang terambil (bersangka baik , mungkin secara tidak sengaja).

Pada awalnya aku rasa macam nak beli lain tapi rupanya isu ini sekejap sahaja. Berlaku selepas Solat Jumaat di Masjid Darul Ehsan. Aku mula rasa macam nak cari kasut yang satu lagi. Bila nak keluar, Shadiq, adik aku bagitau aku bahawa dia dah jumpa sebelah selipar tu. Aku mula pergi ke sana. Bila tengok kasut sebelah yang hilang  (selipar sebelah yang hilang tu ada sedikit calar-calar sikit) rupanya MEMANG SELIPAR AKU YANG HILANG ITU. 

Mulanya aku nak tunggu si empunya selipar yang sebelahnya aku pakai tetapi pasal nak cepat balik, aku balik saja. CASED CLOSED!!!

Abah, Pak Ngah dan Pak Lang bual apa tu??

Pada sebelah petangnya, Uncle Shahidan, Andak, Abang Shahmil, Shahmi dan Shahnas datang ke rumah Ampang. Tahun ini mereka beraya pula di Keramat, Kuala Lumpur (tak jauh dari Ampang Jaya). Pada pukul 5.00 petang, mereka pergi terus pergi ke kampung Sungai Besar.

Aku agak sedikit terkejut pasal hari itu pun kami balik Sungai Besar. Ingatkan sampai esok. Sebelum itu, aku menunaikan solat Asar bersama abah dan adik-adik aku. Selepas itu, kami bergambar bersama-sama keluarga.

Keluarga 'nukleus' aku.........
THE SHEIKH'S FAMILY 2015......(Kredit: Pak Su aka. Shahrul Sen FB)
InshaAllah, nanti aku tulis pula 'episod seterusnya' aku di Sungai Besar.

Sebelum aku akhiri coretan ini, tidak terlambat aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir dan Batin. Taqaballahu minna wa minkum........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan