Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Aku bersyukur sangat kerana dapat meluangkan masa untuk menulis blog ini lagi. Entri kali ini nak cerita pasal lawatan aku ke Istana Kesultanan Melaka pada 13 Mac 2016. Masa itu, aku dan keluarga aku sudah selesai mendaftar keluar hotel Equatrial yang terletak tidak jauh dari . Kali ini, kami meluangkan masa untuk bersiar-siar di sekitar bandar Melaka. Kami ke istana tersebut atas kehendak aku. Sebelum ini, kami pernah ke A' Famosa dulu tapi tak pernah lawat istana tersebut.
Sebenarnya istana ini hanyalah replika sahaja kerana istana asal sudahpun dirobohkan oleh penjajah Portugis dan Gereja St.Paul di puncak bukit tersebut
sebenarnya merupakan tapak asal Istana Kesultanan Melaka! Replika ini telah siap dibina pada 17 Julai 1986
(Nampaknya replika ini bakal berusia 30 tahun sejak dibuka oleh PM ketika itu). Istana tersebut terletak di belakang Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, tempat ketika Bapa Kemerdekaan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1956.
Tambahan sedikit fakta, istana ini merupakan gambaran istana ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah berdasarkan kepada Sejarah Melayu kalau tak silap saya.
Sebelum kami masuk ke istana tersebut, kami kena beli tiket dulula.......Selepas itu, aku mula mengambil gambar-gambar di sekitar istana. Antaranya termasuk taman di mana anak-anak raja bermain-main di situ. Tak sabar rasanya nak masuk ke dalam istana tersebut. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.
|
Inilah rupa Istana Kesultanan Melaka.... |
|
Taman Istana tersebut..... |
Aku mula merasakan bahawa aku berada di zaman kesultanan sebaik sahaja aku masuk ke istana tersebut. Di situ terdapat banyak pameran-pameran yang disediakan untuk tatapan pengunjung. Mula-mula sekali aku baca sedikit berkenaan latar belakang Kesultanan Melayu Melaka yang sebenarnya merupakan kesinambungan daripada kerajaan Melayu Srivijaya.
Gambar di atas menujukkan saat Kesultanan Melayu Melaka mula dibentuk. Berlaku apabila pelanduk menendang anjing di tepi sungai ketika itu......Parameswara (atau Sultan Iskandar Shah) merupakan Raja Melaka yang pertama (masa tu Islam belum tiba di Melaka)
|
Replika Istana Kesultanan Melaka |
Satu perkara yang tidak memuaskan hati aku, kenapa sejarah Malaysia sering dimulakan dengan kesultanan Melayu Melaka sedangkan terlalu banyak kerajaan-kerajaan Melayu yang berkuasa baik di Semenanjung mahupun Borneo. Ironinya, Indonesia boleh saja berbangga dengan Empayar Majapahit. Mengapa tidak Malaysia dengan Langkasuka, Kedah Tua, Ligor dan sebagainya. Namun bukan bermakna Kesultanan Melaka diketepikan sebaliknya perlulah seiring sebagai sebahagian daripada pembinaan negara dan bangsa.....
|
Balairong Seri.... |
Bersambung, aku kemudiannya masuk ke Balairong Seri. Di situlah tempat menghadap raja yang memerintah. Cukup tersusun mengikut kedudukan yang ditetapkan. Di belakang aku, terdapat bacaan tentang bidang tugas Temenggung, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Laksamana.
Pandangan aku lebih tertumpu kepada bidang tugas Bendahara. Pada pendapat aku, agak tidak tepat untuk menyamakan kedudukan Bendahara dengan Perdana Menteri hari ini kerana bidang tugas Bendahara lebih luas jika dibandingkan dengan selepas kedatangan penjajah. Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi aku.
Selesai di Balairong Seri, masuk pula ke bilik seterusnya iaitu pameran-pameran gambar. Apa yang menarik perhatian aku ialah gambar yang menunjukkan perlaksanaan hukum hudud ketika itu. Antaranya seperti hukuman mencuri, zina dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa kesultanan ketika itu sudahpun menunjukkan perlaksanaan hukum Islam secara menyeluruh dan ini dibuktikan melalui Hukum Kanun Melaka. Masa tengah tengok gambar itu, mummy dengan adik-adik aku sibuk tengok filem Hang Tuah yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
|
Perlaksanaan hukum Hudud pada zaman tersebut |
|
Gambar menunjukkan seseorang masukkan tangan ke dalam air errr...aku tak ingat tetapi apa yang pasti ini untuk mengenal pasti sama ada dia mencuri atau tidak..... |
Kemudian, aku terus pergi tengok pameran tentang Hang Tuah dan Hang Jebat. Agak sedih jugak kerana mereka pernah bertelingkah pada satu masa dahulu. Satu taat kepada raja dan seorang lagi mahu menegakkan keadilan. Agak kontroversi jugak ya....aku tak nak cerita panjang.
|
Bendahara Tun Perak, bendahara paling lejen pada zaman tersebut |
|
Dua pahlawan sedang berlawan...... |
|
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA! |
Selepas itu, aku pergi ke pameran yang seterusnya iaitu pameran artifak dan lain-lain. Sebelum itu, aku disajikan dengan pameran pakain-pakaian golongan yang pernah melawat kesultanan tersebut. Kemudian, aku tengok juga reka-reka bentuk istana di negeri-negeri lain di Malaysia. Selepas itu, aku tengok juga artifak-artifak peninggalan Kesultanan Melaka.
|
Delegasi Jawa....mungkin Majapahit |
|
Delegasi China....hubungan tersebut diwarisi sampailah hubungan Malaysia dan China pada hari ini..... |
|
Istana Seri Menanti |
Busana pedagang Arab. Merekalah memainkan peranan dalam penyebaran Islam di Melaka....
Apa yang menarik perhatian aku adalah terdapat meriam Melayu. Reka bentuknya cukup menarik. Pendapat aku, mustahil Melaka kalah di tangan Portugis dengan hanya bersenjatakan keris, lembing dan sumpit beracun semata-mata....aku harap sangat buku-buku teks sejarah perlu diperbetulkan....
|
Keris Melayu..... |
|
Meriam Melayu |
|
Cara unutk cucikan keris....... |
Seterusnya, aku pergi ke bahagian pakaian-pakaian tradisional pada zaman kesultanan Melaka serta negeri-negeri di Malaysia. Selepas itu, aku pergi ke tingkat atas untuk lebih lanjut. Tempat tersebut merupakan gaya hidup pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu. Penerangan tu aku letak di tiap-tiap gambar.......
|
Pakaian tradisional negeri Melaka |
|
Pakaian bagi Negeri Terengganu |
|
Pakaia Negeri Kelantan |
|
Pakaian bagi negeri Pahang |
|
Pakaian negeri Pulau Pinang.... |
|
Pakaian bagi negeri Perlis..... |
|
Pakaian bagi negeri Kedah... |
|
Pakaian bagi negeri Perak |
|
Pakaian bagi negeri Selangor |
|
Pakaian tradisional Negeri Sembilan... |
|
Delegasi Gujarat |
|
Delegasi Siam |
|
Hiasan |
|
Bilik tidur bagi Sultan....... |
Alhamdulillah, lawatan aku dan keluarga aku ke Istana Kesultanan Melaka selesai juga. Aku dah banyak memperoleh pengetahuan baru tentang warisan-warisan bangsa yang menjadi asas kepada pembangunan identiti Malaysia.
Ma'a ssalamah, auf widersehen, jumpa lagi di entri yang akan datang!