Jumaat, 22 April 2016

CUTI PI LANGKAWI (HOLIDAY CNY 2016) - 8 & 9/2/2016 (LANGKAWI 3D ART MUSEUM & BALIK)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Aku minta maaf kepada para pembaca semua pasal dah berminggu-minggu tak kemas kini blog aku. Tak apa, apapun, aku nak sambung cerita aku pergi ke Langkawi masa cuti Tahun Baru Cina.

8/2/2016

Pagi itu, Kak Yatt,Abang Rafi, Rania dan Ayalong dah nak balik Klang pakai kapal terbang. Aku dan adik-adik aku duk terperuk dalam bilik masa tu. Sampailah ke waktu tengah hari.....

Petang pulak, kami keluar untuk jalan-jalan. Kami pergi pusing Kuah sebentar dan kemudian pergi ke Makam Mahsuri. Tapi sebenarnya bukan nak masuk pun tapi duk luar saja. Tengok barang-barang jualan yang ada kat situ.

Gunung Raya (aduyai.....tiang letrik spoilkan gambar)

Pintu masuk Makam Mahsuri......


Selepas itu, kami pergi ke taman Gunung Mat Chinchang. Masa di sana, ada jugak cadang nak naik kereta kabel. Mana taknya, punyalah tinggi gila gunung tu! Kalau aku, aku rasa macam tak nak. Aku dah pernah naik sekali masa zaman aku sekolah rendah. Baru stesen pertama, dah rasa gayat gila nak mampus! Aku pun nangisla pasal.....aku tak nak komen lebih-lebih. Itulah kali pertama dan terakhir aku naik cable car di Langkawi......
Melalui Tanjung Chali

Masuk ke Oriental Village


Gunung Mat Chinchang....macam nak naik tapi...tinggi sangat

Kami selepas itu pergi ke Langkawi 3D Art Museum yang tak jauh dari situ. Kami pun ambil keputusan untuk masuk ke muzium tersebut. Dekat situ banyak lukisan-lukisan yang ala 3D dibuat di tepi-tepi dinding. Kalau diambil gambar dari sudut yang betul, gambar yang diambil seolah-olah gambar betul-betul!

Kami berada disitu hampir 2 jam. Mana taknya, sibuk nak ambil gambar satu-satu. Aku biasanya agak tak sedap hati sikit bila pasal nak alami sendiri masuk dalam gambar 3D. Jadi aku ambil sajalah gambar ahli keluarga aku yang lain. Kalau ada aku pun sikit-sikit saja. Tak mau cerita banyak, aku bagi gambar kasi tengok.........

Pintu masuk....

Acah-acah surfing.....padahal aku mana reti...

Masuk dalam buih...

Lari atas jambatan kayu....
Apakehe tinggi sangat....ekkk

Konon glamourla.....


Waaaa...LARIIII!!!

Gambar paling best.....'salam' dengan Tun Dr Mahathir....


SPB Yang Di-Pertuan Agong pun pernah datang....best!

Tandatangan YABhg Tun sendiri........


Selesai sudah Langkawi 3D Art Museum, tiba masanya kami pulang semula ke hotel itupun lepas aku tengok kejap adik-adik aku naik flying fox. Sebelum berehat di bilik, kami makan malam di berhampiran pasar The Zon yang tak jauh dari hotel kami. Sebelum itu jugak, kami pergi masuk ke kedai tersebut untuk beli barang-barang.
Pantai Cenang waktu malam.....


9/2/2016
Selepas check out hotel, kami makan sarapan dulu di kedai mamak berhampiran. Abis makan, kami terus ke lapangan terbang untuk balik.......sampai di KLIA pukul 2.00 petang.....alhamdulillah, selamat kami pulang ke rumah.......
Kemas sebelum keluar.....

Our last day with a car......




Goodbye Langkawi!

Nampak Gunung Jerai kat situ.....
Jumpa lagi dalam entri akan datang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan