Jumaat, 13 Mei 2016

Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Petaling Perdana 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini aku nak cerita pengalaman aku di pertandingan drama KOMSAS peringkat Daerah Petaling Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam. Aku antara yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

Rakan-rakan aku yang menyertai pertandingan tersebut ialah Shaqeer, Zarul, Yusuf, Imran, Zulfadhily, Azam, Nadzeera, Syaqila, Basyirah, Syafi, Syafi Haziq, Zulqarnain, Umar, Farah, Thinesh dan Kaveenesh. Guru pengiring ialah Cikgu Rahayu dan Cikgu Nisa.

Ceritanya mula masa akhir bulan Mac bila Cikgu Rahayu (guru Bahasa Melayu kelas aku) ajak pelajar-pelajar kelas aku untuk menyertai pertandingan drama bagi peringkat daerah. Dengar cerita manfaatnya selain mendapat markah bagi kokurikulum, pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini juga mendapat markah Bahasa Melayu bagi SPM, bertuah sangat.

Aku pada mulanya macam nak tak nak masuk pasal aku tak pernah langsung berlakon. Tahun lepas aku menyertai pertandingan koir peringkat daerah, jadi aku nak masuk lagi. Malangnya, tahun ini sekolah aku tak dapat masuk kerana ada kekangan tertentu. Akhirnya, aku memutuskan untuk menyertai pertandingan drama hasil ajakan seorang rakan aku.

Hampir tiga minggu aku dan pelakon-pelakon lain (Shaqeer, Yusuf, Imran, Zarul, Farah, Umar, Syafi, Syafi Haziq, Zulqarnain dan Zulfadhily) berlatih untuk pertandingan tersebut. Tajuk drama ini ialah 'Sebuah Perjuangan' yang diambil daripada KOMSAS Tingkatan 3.

Nak cerita sikit pasal drama ini. Drama ini bertempat di Sungai Padas (Sebuah tempat yang kini terletak di Beaufort, Sabah. Baru tadi search di Internet). Cerita ini mengisahkan tentang perjuangan anti penjajahan British yang diketuai oleh Pangeran Syahbandar (dilakonkan oleh Shaqeer) melawan polis kompeni British yang diketuai oleh seorang pegawai Inggeris (dilakonkan oleh Yusuf) serta 'macai'nya iaitu Jahul (dilakonkan oleh Zarul). Cerita ini bermula apabila Pangeran Syahbandar mengisytiharkan kawasan Sungai Padas berada di bawah kuasa adik Sultan Hashim Jalilul Alam walhal kawasan tersebut telah dipajak oleh Sultan Brunei dan telah sign itu surat perjanjian.

Dengar dakwaan itu, marahlah pegawai Inggeris tu dan bincang pulak dengan 'macai' dia iaitu Jahul. Selepas itu, Pangeran marah pasal negeri tersebut telah dijajah dan bincang pulak dengan Awang (dilakonkan oleh aku sendiri) untuk mencari jalan untuk lawan Inggeris. Selepas itu, berlaku serangan terhadap polis-polis kompeni tetapi Jahul terlepas. Selepas itu, berlaku lagi peperangan sebanyak dua kali. Malaslah nak taip panjang sikit.

27 April 2016, tibalah hari pertandingan. Aku masa tu pergi terus ke kantin untuk berkumpul. Masa tu nak kena bersolek bagai pasal nak bagi kena dengan suasana drama tersebut. Kami mula pergi ke Sekolah SSAAS pada pukul 8.00 pagi guna bas kecil.
Aku pakai busana Melayu....besstt!

Tiba sahaja di sekolah tersebut, semua kena bawak prox ke tempat yang ditetapkan. Kami duduk di sebuah pondok yang terletak di sebelah dewan sahajan. Pukul 8.30 pagi, Azam maklumkan bahawa sekolah kami diletakkan di giliran kelima. Berdebar sikit aku nak tunggu giliran tersebut.



Bawak props kota.......




Kaveenesh disolek.....padahal takat jaga




Gambar bersama-sama



Gambar-gambar setibanya kami ke SMK SSAAS

Pukul 11.30 pagi, kami pergi terus ke belakang dewan untuk persiapan terakhir sebelum membuat persembahan sebenar di hadapan penonton. Ada juga rakan-rakan aku yang berlatih dialog pada saat-saat akhir untuk lagi baik sikit. Aku dah mula agak sikit gementar pasal nak buat persembahan tapi aku sengaja buat releks.

Me in Malay attire......




Syafi Haziq dengan di conteng mukanya





Siap prox sebelum masuk.....
Ini adalah persiapan akhir sebelum persembahan

Persembahan bermula

Pukul 12.00 tengah hari, tiba masanya pasukan sekolah kami untuk membuat persembahan. Tapi kena tunggu lama sikit pasal para hakim tengah rehat masa tu. Selang beberapa minit, barulah hakim-hakim itu sampai dan props pun nak siap-siap untuk disusun di atas pentas....

Persembahan kami bermula. Pada awal-awal babak, aku tidak buat show pasal hanya Umar, Zulqarnain, Syafi dan Shaqeer sahaja yang buat persembahan. Kemudian, babak Yusuf dan Zarul pula sebagai pasukan Inggeris. Babak ketiga, giliran aku yang buat persembahan. Ketika itu, watak Awang berbincang dengan serius dengan Pangeran Syahbandar. Selepas babak tersebut, babak tangkap kompeni-kompeni Inggeris pula menyusul. Aku menangkap watak Jahul dengan cara 'kerang' (lebih lembut sikit daripada mencekik). Baru sahaja hendak keluar daripada pentas itu, watak tersebut melepaskan diri sambil menumbuk aku. Rasa sakit kat dada......

Babak seterusnya ialah sekali lagi Jahul dan pegawai Inggeris. Selepas itu, babak bincang antara watak Awang dan Pangeran Syahbandar sekali lagi. Aku masa tu cuba nak buat suara kuat supaya boleh didengar oleh penonton di belakang, akhirnya boleh jugak tapi malangya satu yang spoil iaitu peach aku agak kureng sikit.... Seterusnya, perang lagi dan kali ini agak brutal sikit daripada sebelum ini...Masa tu watak Pangeran Syahbandar berlawan dengan Jahul dan aku pulak sebagai watak Awang hanya nak stand by kalau ada lawan lagi kononnya tup tup tak ada.........

Selepas babak tersebut, ada babak 'taklimat' pegawai Inggeris. Aku cuma tunggu bunyi bom untuk buat lakonan seterusnya. Selepas itu, babak perang ini lagi brutal sangat......kali ini askar Inggeris (dipegang oleh Zulfadhly dan Imran) pakai senjata api pulak! Semua penduduk kampung yang nak berlawan dengan Inggeris pun mati kecuali seorang watak yang dipegang oleh Umar masih lagi hidup.

Apa lagi, marahlah pegawai Inggeris tu sampai pijak dia. Tengok macam tu watak Melati (dipegang oleh Farah) pun pergi tolak watak pegawai Inggeris itu. Masa tu aku kat belakang batu. Paling seronok, model Kubu Manggalela dah jahanam habis pasal kena hempap dengan Zulqarnain masa kena tembak tu. 

Babak terakhir, aku dengan Shaqeer berdialog. Alhamdulillah, selesai jugalah persembahan kami dan aku berasa puas hati dapat melakonkan watak Awang selepas hampir 3 minggu berlatih. Kemudian aku bertemu dengan seorang rakan aku bernama Irfan. Dia ucapkan tahniah kerana persembahan tadi.

puas hatiii.......
Tengah hari itu, aku makan spaghetti yang dibawa dari oleh seorang rakan aku dari sekolah. Jujur aku nak kata, aku tak pernah makan spaghetti sebelum ini! Tapi bila aku makan spagheti ini, sedap jugak. Sebelum itu, aku menukar baju di bilik tandas di belakang pentas.

Selepas itu, aku duduk untuk menonton baki-baki persembahan oleh sekolah-sekolah lain. Menunggu persembahan terakhir, aku pergi menunaikan solat zohor di surau sekolah. Kemudian kami balik semula ke dewan untuk menunggu saat pengumuman pemenang. Sebelum itu, kami disajikan dengan lagu-lagu menarik sampai ada hadirin yang turut menyanyi sekali.

Pukul 3.30 petang tiba masanya untuk pengumuman pemenang....tapi malangnya sekolah kami tidak memenangi apa-apa anugerah dalam pertandingan ini. Juara untuk pertandingan ini ialah SMK TTDI Jaya....manakala runners up ialah tuan rumah ialah SMK SSAAS. Aku ucapkan tahniah kepada kedua-dua sekolah ini kerana membuat persembahan yang terbaik!
Alaaaaaa....Yusuf spoil gambar................

Meskipun tidak menang, aku berpendapat kami dah memperoleh pengalaman selain dapat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Apatah lagi, tahun ini merupakan tahun terakhir alam persekolahan kami.

Pukul 4.00 petang, aku ikut cikgu Nisa bersama Nadzeera dan Syaqila singgah sekejap di Pejabat Pos Shah Alam. Katanya ada package diperoleh. Selepas itu, aku dihantar terus ke lorong rumah aku..

Sebelum aku akhiri catatan aku, aku berasa seronok dan berpuas hati kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti ini. Walaupun tak menang, aku sekurang-kurangnya memperoleh pengalaman untuk zaman alam persekolahan! Aku harap lepas baca catatan aku, kongsi-kongsilah kepada rakan-rakan lain ya! Bolehla komen-komen sikit.....

Jumpa lagi dalam artikel akan datang! Ma'a salamah, Bye, Auf Widersehen!


SEVENS.....HOOOHAAA!
(Video aku update nanti).....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan