Jumaat, 29 Disember 2017

Selamat Tinggal 2017....Hello 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua,

Apa khabar kepada semua para pembaca? Aku harap korang semua sihat walafiat. Sekali lagi aku memohon maaf kerana sudah lama aku tidak mengemaskini blog...kali ini sebab sejak artikel terakhir iaitu cerita hari kedua Sukan SEA 2017, aku dah mula sibuk dengan test dan kuiz setiap mata pelajaran yang aku ambik sewaktu aku di kampus sehinggalah habis semester. Lepas tu pulak lepas balik rumah, aku pula pergi ikut keluarga aku ke Ipoh, Perak Darul Ridzuan untuk....saja nak pegi bercuti....pergi ke Lost World of Tambun lagi...yang ini pun aku akan ceritakan dalam blog ini nanti...

Kemudian lepas balik dari Perak, aku kena ulang kaji sebab bermula pada 2 Januari 2018, aku dah mula menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 1 di Dungun nanti.

Hmmm...dengan cerita percutian aku ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu pun tak mula lagi...tapi tak pe...aku cari masa untuk menulis. Ok...apa cerita kali ini..hmm..Tahun Baru ni jugak tol Batu  Tiga dan Sungai Rasau yg kat Klang bakal dimansuhkan dalam beberapa hari lagi. Pemansuhan ni dah diumumkan PM masa Bajet 2018. Secara  peribadi, aku rasa happy jugak sebab nanti tak yah bayar tol lagi tapi.....jangan terlalu gembira sangat...boleh baca posting oleh Blog Jalan Raya Malaysia pasal ni....


Hmmm...baru je bina pastu dengar-dengar dah mansuh..huhu (ni gambar beberapa bulan lepas di Plaza Tol Batu Tiga)
Apapun aku ucapkan Selamat Tahun Baru untuk tahun 2018 dan semoga tahun hadapan ini lebih baik daripada tahun-tahun yang terdahulu...insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan