Rabu, 28 Februari 2018

Seminggu Cuti di Korea : Selamat Datang dan Dongdaemun (9 dan 10 Februari 2018)

Assalamualaikum dan annyeonghaseyo!

Aik....tetiba aku ucap dalam Bahasa Korea ni apahal? Haaaa......ni aku nak ceritakan kepada para pembaca tentang al-kisah seminggu bercuti di Korea dari 10 sampailah ke 17 Februari 2018 sempena cuti Tahun Baru Cina ni.

Macam percutian ke luar negara sebelumnya, kami dah rancang setahun sebelumnya, pasal apa? Mungkin  nanti kalau beli tiket kapal terbang last minute, nanti takut habis tempat duduk... Ok, seminggu sebelum pergi ke Korea pada Jumaat, abah ada minta aku untuk merancang mana tempat dalam Korea ni nak pergi sebab nanti bila sampai sana, tak ada la nak kelang-kabut nak pergi la kot. Jadi aku pun menjadikan buku 'I'm a Backpacker: Korea' nukilan Halian Azurin sebagai rujukan. Dalam buku itu, ada jugak dibagi panduan macam mana nak menyusun jadual sewaktu di Korea nanti.
Study dulu tempat

Paling penting sekali, di mana lokasi hotel itu. Aku dapat tahu yang hotel itu terletak di dalam kawasan kejiranan yang aku boleh katakan hometsay la begitu. Alamatnya ialah 7 Cheong-pa ro 77-gil. Aku dapat e-mail daripada abah tentang hotel itu dan ada powerpoint pasal macam mana nak pergi ke hotel tu dari Stesen Seoul. Rupa bilik bila tengok gambar boleh tahan jugak kecik...tapi tak la kecil sangat macam bilik-bilik di Jepun, tapi bila sampai sana...haa baca sampai habis dulu...

Aku masa tu jugak susun jadual mana nak pergi selepas sampai saja dari airport Incheon. Pada awalnya, dirancang lepas sampai saja terus pergi ke Istana Gyeongbok, pastu ke Dataran Gwanghamun, City Hall dan akhir sekali ke Gerbang Sungyemun dekat bolah Namdaemun. Pastu boleh jalan terus ke hotel. Tapi sampai lain ceritanya.....

10 Februari 2018, kami akan pergi ke KLIA pada malam itu. Tapi hari itu jugak adik-adik aku sempat lagi bersekolah pada sebelah pagi. Nasib baik! Lepas solat jumaat, kami mula dah kemas barang secara besar-besaran (tapi dah start pada hari-hari sebelumnya tapi setakat kemas baju saja). Sampailah ke pukul 5.00 petang..

Selesai kami kemas, kami keluar dari rumah ketika nak hampir maghrib. Sebelum itu, kami berhenti kat kedai dobi kat Jalan Plantinum sebelum kami meneruskan perjalanan ke KLIA. Lepas kami dah check in flight, kami pergi makan malam kat KFC. Perut penuh sudah, kami terus masuk ke bahagian imigresen dan kastam lalu naik aerotrain....

Finally, on 12.30 p.m, we took a flight to Incheon. Sepatutnya pukul 11.59 malam dah berlepas tapi kono tundo sotongah jam daa....Ramai jugak rakyat Korea berada kat pintu masuk Korean Air, rasanya diorang nak balik.

Kira-kira hampir 6 jam kami dalam penerbangan tu. Aku ingat aku tak berapa banyak paki in-flight entertainment kecuali tengok berita je kot. Sebahagian besar masa penerbangan aku tido je la.....krohhhh.....Kami tiba di Lapangan Terbang Incheon pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan (waktu Korea hanya beza sejam je dengan Malaysia). Walau bagaimanapun, kami sampai di terminal 2 yang masih lagi baru je dibuka, berbanding Terminal 1 yang merupakan terminal asal.

Soohorang dan Bandabi..

Naik AREX bohh...

Selesai check imigresen, kami keluar dari kawasan ketibaan dan mula la someone of my family cuba nak cari sesuatu. Kadangkala sampai aku terlelap sekejap. Pukul 10.00 pagi (waktu tempatan), kami ngeteh pagi (sambil layan croissant) kat...aihhh aku dah lupa kedai apa ntah. Habis ngeteh, kami naik kereta api ke Seoul Station.

Anyway, kereta api yang kami naik ni adalah AREX all-stop lebih kurang macam KLIA Transit instead of express. Tiap-tiap satu stesen kena berhenti dah.....Lepas hampir sejam suku, kami akhirnya sampai ke Stesen Seoul.

Sekarang, nak pergi ke hotel pulak. Macam aku sebut awal artikel, hotel kat kawasan kejiranan. Jadi kami pun kena la berjalan sampai ke hotel tu ikut panduan yang disediakan. Kekadang, rupa lain tapi bila sampai sana lain sampai ke Cheongpa-ro 84 la, 79 la, hampir tersesat kami kat sana tambahan pulak dah la nak kena naik bukit.....Alhamdulillah, nasib baiklah tak sampai terlalu dalam dan sempat berpatah balik ke Cheongpa-ro 77, haaa baru la betul hotelnya kat mana. Hotelnya adalah seperti rumah kecil. Oh ya, tempat seperti Cheongpa-ro ni aku difahamkan selalu ada dibuat penggambaran dalam mana-mana K-Drama.
Aihh...ponat bonar ehhh nak daki.. ruponyo salah jalan!


Hok ni la Cheongpa-ro 77 gil..

Sampai saja kami di sana kami tunggu kat luar sementara tunggu ada receptionist. Seorang warga emas yang jugak penduduk rumah tu pun sampai dan mempelawa kami masuk. Agak kesian jugak beliau agak tak dapat berbahasa Inggeris (tapi ada la sikit perkataan bahasa Inggeris) jadi kadang kala menggunakan bahasa badan. Sekurang-kurangnya, dapatlah jugak berkomunikasi. Akhirnya kami dapatlah bilik walaupun kecil....siap ada katil botingkek...

Petang tu, aku cuma tidur je pasal penat sangat la kot (sebelum tu dah solat dah). Sampai la pukul 6.00 petang. Pukul 8.00 malam, kami semua keluar ke Dongdaemun. Dari Seoul Station, kami pakai Line 4 untuk sampai ke stesen Dongdaemun. Sebenarnya ada lagi stesen Dongdaemun tapi yang Culture Park la....boleh pilih mana satu mau turun.
Hok ni...Gerbang Heunginjimun, kadangkala digelar Dongdamun Gate

Sini la Cheongyeccheon Stream, cuma tempat mulanya jauh depan lagi
Sampainya kami di Dongdaemun, kami bersiar-siar terlebih dahulu. Paling penting, kami ada bergambar di Gerbang Heunginjimun, salah satu gerbang fortress Seoul.  Kebanyakan tempat yang kami pergi ni adalah pasar barangan murah. Ada juga kompleks beli belah yang ada jual barangan mewah yang menyebabkan aku rasa tak ada beza dengan Kuala Lumpur cuma pakai baju sejuk saja.


Cuma yang paling aku ingat apabila kami pergi ke kompleks beli belah HelloAPM. Banyak tingkat tu...aku ingat sampai enam tingkat paling tinggi la. Dekat situ jugak la awal-awal lagi nak beli souvenir...hmmmm.
Papan tanda tulisan Hangul dan Rumi (Bahasa Inggeris), aku teringin papan tanda kat Malaysia dgn tulisan jawi dan rumi...

Busan Fish Cake...rasa sama macang kerpok lekor bohh..

Selepas beberapa lama berada kat sana, kami pun patah balik ke stesen Dongdaemun untuk balik hotel. Tutup cerita hari pertama di Korea...insya Allah sambung hari kedua....

Isnin, 19 Februari 2018

Jelajah Pata Timo 2017: Kota Bharu (PART 2) dan Rantau Panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempoh hari aku ada tulis pasal perjalanan aku dan keluarga aku ke Kota Bharu. Hari ini aku sambung cerita jelajah Pantai Timur. Hari tu adalah hari Jumaat, 20 Oktober 2017.

Lepas habis solat Subuh, aku tido balik tapi kejap je sebab ada yang turun swimming kat tingkat bawah. Jadi aku ikut je la. habis renang, aku bersiap nak keluar jalan sekitar Kota Bharu. Mula-mula sekali aku makan di sebuah warung di Jalan Persekutuan 8 Kuala Krai (lupa dah apa nama dia)....makan nasi putih dengan lauk. Kenyang sudah makan pagi, kami pergi terus ke pusat Bandar Kota Bharu, apa lagi, jalan-jalan la kami kat situ.

Pada awalnya aku nak pergi ke Muzium Kelantan sebab nak tengok sikit pasal sejarah Kelantan tapi alamak TUTUP PULAK!!!! Aku terus ingat yang Jumaat jugak hari cuti umum Kelantan. Lepas tu, kami masuk ke Jalan Dato Pati yang juga dikenali sebagai Medan Ilmu Tok Guru. Sepatutnya kami pergi terus ke Istana Jahar tapi parking pulak kat Muzium Kelantan. Jadi, babah mummy pun mintak aku tunjuk jalan ke Istana Jahar.



Stadium Sultan Muhammad IV

Sarapan dulu

Kota Darul Naim...itulah DUN Kelantan


Nak masuk muzium...tapi tutup

Dalam perjalanan kami di dalam Medan Ilmu Tok Guru, aku ternampak ada khemah beserta dengan tikar dan tempat berucap pun letak sekali. Rupa-rupanya tempat tersebut diadakan kuliah pagi Jumaat dan sudah lama dipraktikkan sejak zaman Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz lagi (al-fatihah). Masa ni, kuliah baru je habis. Kami meneruskan perjalanan ke Istana Jahar melalui Jalan Temenggung. Dari jauh je dah nampak Istana Balai Besar yang terletak sebelah je dengan Istana Jahar.

Alhamdulillah, sampai juga ke kawasan Istana Jahar, Istana Balai Besar dan Dataran Rehal. Tempat ni boleh dikatakan tempat bersejarah jugak sebab menempatkan bangunan-bangunan warisan. Tempat ni mengingatkan aku kepada bandar  Dresden di negeri Saxony, Jerman yang pernah aku pergi 2 tahun dulu. Selepas sampai, kami masuk ke Istana Jahar. Alhamdulillah, nasib baik istana ni masih bukak lagi.



Inilah Istana Jahar

Secara ringkasnya, Istana Jahar mempamerkan tentang adat istiadat diraja Kelantan termasuk pada zaman dulu lagi seperti pada tahun awal abad ke-20. Biar gambar berbicara di bawah....




Perarakan Burung Petala Indera...sayangnya tak de lagi dah








Siapa cakap orang Melayu hanya setakat berkeris dan tombak je??

Rumah tradisional Kelantan...dia punya atap lebih kurang je dengan Terengganu.

Wakaf

Macam Burung Petalawati je...

Rumah asas tradisional Kelantanb..




Boleh nampak bendera kuning melambangkan Yang di-Pertuan Agong..

Selepas habis di Istana Jahar, kami kembali semula ke Muzium Kelantan sebab nak pergi terus ke Rantau Panjang. Sebelum itu, kami singgah ke Masjid China untuk solat Jumaat sekali kat sana. TBH, boleh tahan cantik jugak masjid ni, masih pakai seni bina Cina.

Aku terfikir, aikk..apasal yang masjid Cina boleh pakai seni bina Cina yang selalu nampak kat tokong-tokong, tapi masjid yang Melayu, pakai kubah? Minta maaf cakap, kubah tak semestinya melambangkan seni bina Islam..korang google la sendiri pasal asal usul kubah. Kalau malas nak pakai ala piramid (sebenarnya ini warisan seni bina 'standard' bagi Nusantara sebelum kedatangan Islam lagi) tu, pakai je 'kubah' payung diraja daripada Masjid Negara Kuala Lumpur seperti Surau Al-Mawaddah Seksyen 7, Shah Alam yang baru diubahsuai. Nanti bolehlah komen di bawah.....


Selepas bergambar di Masjid China, kami terus ke pusat bebas cukai Rantau Panjang. Sana ada macam-macam dok jua....aku ingat lagi aku beli sekali jersi Kelantan. Lama kami di sana sampai pukul 6 petang....sebab nak tengok-tengok apa yang jual. Yang barangan Thailand pun ada bah....

Petang itu, kami kembali semula ke hotel nak solat. Kemudian, kami makan malam kat Restoran Orange...selepas itu, aku dan Shadiq balik ke hotel. Malas pulak nak keluar. Mummy, Abah dan Shabil pegi jalan-jalan. End of day 2 in Kota Bharu. Setakat ini saja catatan aku hari ini...bersambung...

Bukit di hadapan nampak macam dekat tapi terletak di Thailand...nevertheless its still in Malay Peninsula

Elok je diorang buat iklan tulisan jawi...cuma kena lebih modenkan sikit la...


Pasar Rantau Panjang

Mana datang haiwan ni?


Anyway, boleh tengok vlog Shabil di bawah...