Isnin, 19 Februari 2018

Jelajah Pata Timo 2017: Kota Bharu (PART 2) dan Rantau Panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tempoh hari aku ada tulis pasal perjalanan aku dan keluarga aku ke Kota Bharu. Hari ini aku sambung cerita jelajah Pantai Timur. Hari tu adalah hari Jumaat, 20 Oktober 2017.

Lepas habis solat Subuh, aku tido balik tapi kejap je sebab ada yang turun swimming kat tingkat bawah. Jadi aku ikut je la. habis renang, aku bersiap nak keluar jalan sekitar Kota Bharu. Mula-mula sekali aku makan di sebuah warung di Jalan Persekutuan 8 Kuala Krai (lupa dah apa nama dia)....makan nasi putih dengan lauk. Kenyang sudah makan pagi, kami pergi terus ke pusat Bandar Kota Bharu, apa lagi, jalan-jalan la kami kat situ.

Pada awalnya aku nak pergi ke Muzium Kelantan sebab nak tengok sikit pasal sejarah Kelantan tapi alamak TUTUP PULAK!!!! Aku terus ingat yang Jumaat jugak hari cuti umum Kelantan. Lepas tu, kami masuk ke Jalan Dato Pati yang juga dikenali sebagai Medan Ilmu Tok Guru. Sepatutnya kami pergi terus ke Istana Jahar tapi parking pulak kat Muzium Kelantan. Jadi, babah mummy pun mintak aku tunjuk jalan ke Istana Jahar.



Stadium Sultan Muhammad IV

Sarapan dulu

Kota Darul Naim...itulah DUN Kelantan


Nak masuk muzium...tapi tutup

Dalam perjalanan kami di dalam Medan Ilmu Tok Guru, aku ternampak ada khemah beserta dengan tikar dan tempat berucap pun letak sekali. Rupa-rupanya tempat tersebut diadakan kuliah pagi Jumaat dan sudah lama dipraktikkan sejak zaman Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz lagi (al-fatihah). Masa ni, kuliah baru je habis. Kami meneruskan perjalanan ke Istana Jahar melalui Jalan Temenggung. Dari jauh je dah nampak Istana Balai Besar yang terletak sebelah je dengan Istana Jahar.

Alhamdulillah, sampai juga ke kawasan Istana Jahar, Istana Balai Besar dan Dataran Rehal. Tempat ni boleh dikatakan tempat bersejarah jugak sebab menempatkan bangunan-bangunan warisan. Tempat ni mengingatkan aku kepada bandar  Dresden di negeri Saxony, Jerman yang pernah aku pergi 2 tahun dulu. Selepas sampai, kami masuk ke Istana Jahar. Alhamdulillah, nasib baik istana ni masih bukak lagi.



Inilah Istana Jahar

Secara ringkasnya, Istana Jahar mempamerkan tentang adat istiadat diraja Kelantan termasuk pada zaman dulu lagi seperti pada tahun awal abad ke-20. Biar gambar berbicara di bawah....




Perarakan Burung Petala Indera...sayangnya tak de lagi dah








Siapa cakap orang Melayu hanya setakat berkeris dan tombak je??

Rumah tradisional Kelantan...dia punya atap lebih kurang je dengan Terengganu.

Wakaf

Macam Burung Petalawati je...

Rumah asas tradisional Kelantanb..




Boleh nampak bendera kuning melambangkan Yang di-Pertuan Agong..

Selepas habis di Istana Jahar, kami kembali semula ke Muzium Kelantan sebab nak pergi terus ke Rantau Panjang. Sebelum itu, kami singgah ke Masjid China untuk solat Jumaat sekali kat sana. TBH, boleh tahan cantik jugak masjid ni, masih pakai seni bina Cina.

Aku terfikir, aikk..apasal yang masjid Cina boleh pakai seni bina Cina yang selalu nampak kat tokong-tokong, tapi masjid yang Melayu, pakai kubah? Minta maaf cakap, kubah tak semestinya melambangkan seni bina Islam..korang google la sendiri pasal asal usul kubah. Kalau malas nak pakai ala piramid (sebenarnya ini warisan seni bina 'standard' bagi Nusantara sebelum kedatangan Islam lagi) tu, pakai je 'kubah' payung diraja daripada Masjid Negara Kuala Lumpur seperti Surau Al-Mawaddah Seksyen 7, Shah Alam yang baru diubahsuai. Nanti bolehlah komen di bawah.....


Selepas bergambar di Masjid China, kami terus ke pusat bebas cukai Rantau Panjang. Sana ada macam-macam dok jua....aku ingat lagi aku beli sekali jersi Kelantan. Lama kami di sana sampai pukul 6 petang....sebab nak tengok-tengok apa yang jual. Yang barangan Thailand pun ada bah....

Petang itu, kami kembali semula ke hotel nak solat. Kemudian, kami makan malam kat Restoran Orange...selepas itu, aku dan Shadiq balik ke hotel. Malas pulak nak keluar. Mummy, Abah dan Shabil pegi jalan-jalan. End of day 2 in Kota Bharu. Setakat ini saja catatan aku hari ini...bersambung...

Bukit di hadapan nampak macam dekat tapi terletak di Thailand...nevertheless its still in Malay Peninsula

Elok je diorang buat iklan tulisan jawi...cuma kena lebih modenkan sikit la...


Pasar Rantau Panjang

Mana datang haiwan ni?


Anyway, boleh tengok vlog Shabil di bawah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan