Hari ini catatan aku mejurus kepada travelog aku dan keluarga aku ke Shanghai, China pada cuti Tahun Baru bermula 1 Februari sampai 9 Februari lepas. Baru je aku balik Sabtu malam dua minggu lepas.
Mukadimah
Sekali lagi Asia Timur jadi lokasi percutian kami untuk Tahun Baru Cina. Tahun lepas pergi ke Korea (sampai 'tertengok' sekali Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang). Kali ini pergi ke negara China pula, tapi ni bukanlah pertama kali ke China. Tahun 2012, aku, keluarga aku dengan Kak Zati sekali pergi ke Hong Kong. Apesal aku sebut Hong Kong pulak? Sebab Hong Kong ni sebahagian daripada China walaupun mentadbir sendiri. Ni aku malas nak citer panjang...
Tahun 2019, giliran Shanghai pula menjadi lokasi percutian kitaorang. Pada hari Khamis 31 Januari, kami mula mengemas barang-barang dan pakaian yang perlu dibawa ke sana. Dan satu lagi, kena muat turun VPN seperti ExpressVPN sebab Google, Facebook, Twitter, Instagram tak leh bukak di tanah besar China (ekoran polisi kerajaan di sana) kalau secara terus. Nasihat aku, korang perlu download awal-awal di tanah air, itu je.
1 FEBRUARI: KLIA > PUDONG-SHANGHAI
Pagi tu macam biasa, aku lepak je kat rumah (nasib baik barang dah abis kemas) manakala parents aku pergi beli makanan untuk bekalan. Adik-adik aku pulak pergi ke sekolah (nasib baik Shadiq masuk kelas Imtiyaz, kalau tak mau terpaksa pigi ponteng la).
Petang, lepas solat Jumaat, segala beg dah kena siap. Baju semua kena tukar sebab nak keluar jejalan. Pukul 3.00 lebih, kami semua bertolak ke KLIA. Otw ke sana, ELITE E6 punya jem sampai ke Seafield...hmmm. 4.30 petang barulah kami sampai ke airport.
Meninggalkan tanah air... |
Macam biasa, check in flight, letak beg besar-besar and done. Tapi lepas tu kami terus masuk imigresen memandangkan flight pukul 7.30 malam. Jadi sekurang-kurangnya kena ada kat sana pukul 6.30 petang. Settle solat jamak, dan kami terus ke flight tu iaitu Malaysia Airlines. Masa ni ramai jugak warga China hampir majoriti naik flight sebab nak balik untuk Tahun Baru Cina. Hampir tak nampak langsung orang kita naik flight sekali...ada pun sikit je.
Akhirnya flight bermula 7.45 malam...aku cuma tidur dan dengar lagu. Pasal? Sebab tak banyak movies pulak dahhh....zzz.
Sampai dah di Pudong Airport
Selepas 4 jam lebih flight, kami pun sampai la ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai jam 12 tengah malam lebih. Keluar je dari kapal terbang dah sejuk apatah lagi kalau keluar airport.
Mende la aku buat ni?? |
2 FEBRUARI : HOTEL HOLIDAY INN & NANJING EAST ROAD
Masa keluar dari kastam dan imigresen, jam masuk 1.00 pagi lebih. Sekarang nak cari mana la bilik khas untuk beribadah? Sekali tak ada....terpaksa solat secara duduk. Kemudian, kami pun tido la kat restoran Burger King segera dekat hujung airport tu sampai la pukul 5.00 pagi lebih. Orang lain pun termasuk orang tempatan pun tido kat situ sebab nak tunggu flight memandangkan masa ni check in tengah tutup.
Barang lama |
Sorry gambar tak clear lak... |
Tingkat atas terminal 2....untuk perlepasan je |
Selepas solat subuh, kami pun pergilah kat mana-mana kedai makan kat situ...last-last McDonald tempatnya itupun takat makan hashbrown je untuk sarapan. Pukul 9.00 lebih, kami pun pergilah naik kereta api untuk pergi ke Shanghai Railway Station. Mula-mula naik Line 2 sampai la ke People's Square (hala East Xujing) kemudian tukar la naik Line 1 ke utara (hala Fujin Road). Time ni memang sejuk baii....kena pakai sweater tebal lorr.
Kerana mengalas perut |
Nampak terminal yang lagi satu |
Cuma dekat Line 2, kena tukar naik kereta api panjang 8 gerabak dekat Guanglan Road. Mula perasan bila kereta api (sebenarnya 4 gerabak je untuk airport je macam ERL) tiba-tiba patah balik ke belakang. Jadi kami keluar la kat Tangzhen dan balik semula ke Guanglan Road. Kami pun teruskan la perjalanan sampai la ke hotel. Masa ni ramai gak orang dalam tren 8 gerabak tu....sebab macam aku kabo tadi, menjelang cuti Tahun Baru Cina. Kebanyakan penumpang lebih pada menolak sikit sebab nak cepat...ni aku malas nak komen panjang.
Line 1 naik lak... |
Sampai saja di hotel, kami pun mula check in kat situ dan dapat la bilik 518 dan 519.Cuma tak de pintu yang hubungkan bilik sebelah menyebelah, jadi terpaksalah kena ulang alik keluar masuk bilik dan kena ada kad kunci kat tangan.
Lobi hotel Holiday Inn...hanya dekat depan Shanghai Railway Station |
Lepak lu jap kat bilik masa tu sampai tertido....bangun solat petang dan keluarlah kami ke Nanjing East Road, yang femes dengan shopping-shopping bagai dengan jenama terkenal semua kat situ. Jalan siar-siar ni buat masa ni ialah 'salam perkenalan' dulu...tengok-tengok pusat membeli belah yang ada kat situ. Yang bestnya, sepanjang jalan tersebut sampai ke People's Square sampailah ke belakang the Bund, semuanya laluan pejalan kaki.
Ada la jugak beli sikit-sikit tapi nanti dulu la...Kemudian kami pergilah makan malam di sebuah restoran Cina Muslim di belakang Nanjing East Road,, nasi goreng cina ooo.....Then kami pun balik la terus ke hotel dan mengakhiri hari pertama kami stay di Shanghai.
Agak mendung jugak masa tu.. |
Inilah Shanghai Railway Station |
Boleh nampak dah menara yang belah Pudong tu...bermakna Nanjing East Road tu tak jauh la... |
Dahulu...sini la banyak bangunan lama |
Kedai Nike kot aku rasa.... |
Makan malam luuu... |
Setakat ini sahaja dulu coretan Shanghai untuk PART 1...tunggu Part 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan