Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri (walaupun dah masuk Zulkaedah...kahhhhhh) kepada semua para pembaca memandangkan aku menulis coretan ni pun lepas sambutan raya. Lain sikit tahun ni sebab kita masih dalam PKPB (kini PKPP). Tapi aku ceritakan benda ni kemudian...

Hari ni aku nak sambung lagi coretan percutian ke Taiwan. Kali ini pergi naik utara Taiwan sikit ke tiga tempat iaitu Taman Yehliu, Shifen dan Liufen. Ni aku boleh katakan tempat penting jugak kalau ke Taiwan. Dia mesti kena explore jugak tempat alam semula jadi.
22 Januari 2020
Taman Geo Yehliu - Taman cantik
Macam masa pergi ke Leofoo Theme Park, kena siap awal sebab tak nak kena tinggal bas dan kena betul-betul mengikut jadual sebab aku rasa macam tak nak kena drag-drag sampai malam. Dalam pukul 8 pagi lebih dah kena keluar untuk pergi ke stesen Taipei dari Ximen.
Bangunan stesen... |
Usya sikit dalaman stesen.... |
Ruang dalaman bas.. |
Bagus diorang punya pencegahan banjir....kita balik-balik masalah yang sama tiap2 tahun...aku assumu depa belajar dari Jepun. |
Jambatan gantung moden la... |
Laut cantik... |
Queen's Head II |
Sementara tengah menunggu pelancong-pelancong lain untuk beratur untuk naik bas yang sama dengan kitaorang, kami buat apa benda patut dulu sebelum dipanggil sebab tak nak la menyusahkan di lain waktu nanti.
Pukul 8.45 pagi lebih, kami bergerak naik bas yang ada kartun Robocar Poli berwarna biru terus ke Yehliu Geopark. Dalam perjalanan kitorang ke sana, kitaorang disertai jugak oleh pelancong-pelancong yang lain yang kebanyakannya dari Korea. Tour guide at the same time tengah bagi sedikit sebanyak tentang tempat-tempat yang kitaorang akan pergi seharian.
Hampir 30 minit perjalanan, kitorang akhirnya sampai ke taman Geo Yehliu dekat hujung utara Taiwan. Yang best benda ni, kitaorang tak payah beratur untuk beli tiket masuk sebab boleh katakan ni adalah pakej dan tour guide akan belikan tiket.
Sedikit sebanyak pasal taman ni, taman geo ni memang femes dengan dia punya bentuk muka bumi dan dia punya fosil ataupun yang bentuk monumen yang unik. Contohnya seperti Queen's Head yang memang betul-betul serupa queen tapi dalam bentuk geologi atau batu-batu.
Boleh diringkaskan Yehliu Geopark ni ialah himpunan bentuk geologi yang unik yang susah nak dapat kat negara lain. Dekat situ jugak ada diceritakan seorang tokoh yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan orang tapi beliau sendiri terkorban.
Kami diberi masa sehingga pukul 10.30 pagi untuk berada di taman geopark itu. Pertama sekali yang kitorang masuk dulu ialah Queen's Head II. Tapi aku ingat ni hanyalah replika je..yang betulnya jauh sikit. Masa ni kitorang baru je masuk....jauh dan banyak lagi tarikan yang nak tengok. Aku cuak sikit dekat Queen's Head II pasal tengok-tengok ada anjing lak tengah berjalan kat sekitar. Kena try cool sikit la...
Kami teruskan berjalan sekitar dalam taman geo tu.Kitorang seterusnya pergi pulak ke macam-macam tinggalan geologi sepanjang teluk Yehliu. Aku tak perlu panjangkan cerita...aku boleh pendekkan cerita, aku ada tengok tarikan seperti fosil-fosil yang macam-macam bentuk dan paling best sekali ialah Queen's Head betul dan jugak Mushroom Rock. Memang sekali pandang memang macam mushroom.
Nak tau lebih pasal setiap function batu-batu ni boleh tekan laman rasmi di sini.

Depan aku ni memang sah2 la Mushroom.. |
Shifen
10.45 pagi, kitaorang mula bergerak ke Shifen. Agak jauh sikit daripada Yehliu in fact kena pergi ke arah timur sikit. Antara tarikan Shifen ialah Shifen Old Street.
Lalu aku rasa macam kilang je... |
Ha...ni barulah sampai Shifen |
Betul-betul atas landasan...nasib baik kereta api beshe-beshe |
Suspension Bridge.. |
Angkat tanglung.. |
Situ memang ada kedai cenderamata tapi yang jadikan unik tengah-tengahnya ialah landasan kereta api. Masih aktif dipakai lagi pulak tu sampai sekarang sebagai pengangkutan untuk ke kampung-kampung yang berhampiran. Biasanya ialah jalan raya tapi ni landasan kereta api. Poikkk....ada stesen pulak lagi tu tapi kitaorang tak naik pun. Benda yang boleh buat pun ialah duduk atas landasan
Kat situ jugak ada jambatan gantung lama terletak depan stesen kereta api. Namanya ialah Jingan Suspension Bridge. Seingat aku, jambatan tu masih digunakan tapi untuk setempat la... Dekat old street ni jugak ada main terbang tanglung. Aku sempat la tengok pelancong-pelancong Korea tengah terbangkan tanglung tu.
12.00 tengah hari, gerak ke air terjun Shifen. Pada awalnya ingatkan macam pendek je berjalan rupanya panjang. Ceritanya kat sini, lepas turun bas, kitorang masuk taman tu. Awalnya cuma kedai-kedai kecik. Pastu adalah satu air terjun...tapi air terjun kecik je yang dinamakan Yanjinadong Waterfall. Aku secara peribadi tak de la ambik pot sangat bab-bab nama air terjun ni.
Selang beberapa minit, kitorang sampai di jambatan gantung Guanpudiao. Kitorang kemudian teruskan jalan, lalu kedai-kedai yang ada di situ. Dan sampailah kitaorang ke kawasan Observation Deck Area yang membolehkan ambik gambar sesuka-hati. Seingat yang aku tau, ad 4 observation area termasuk yang boleh turun tengok waterfall dari bawah tapi tak de la nak tengok semua. Dan kami pun tak de la nak tengok semua. Asalkan dapatlah jugak tengok air terjun yang macam orang kata kat Niagara Falls.
Guanpudiao Bridge |
Jiufen
Pukul 12.45 tengah hari, kitorang gerak ke Jiufen, penghujung timur laut Taiwan. Masa dalam perjalanan, elok-elok straight kat atas lebuhraya, sikit-sikit dah mula kecik jalan ditambah dengan masuk ke pekan-pekan kecil di sekeliling. Jalan nak masuk pun ada sedikit bengkang-bengkok tapi tak la sampai buat aku pening.
Kitorang akhirnya sampai dekat pekan Jiufen dalam pukul 1.15 petang. Dekat perhentian bas dah boleh tau punya tinggi dari aras laut. Kami mula berjalan masuk ke pekan kecil Liufen dengan bantuan tour guide yang menemani kitaorang sejak dari awal perjalanan.
Satu benda yang aku tak berapa gemar, TINGGI DAN PANJANG BTOL dia punya tangga. Nama tangga dia ialah Shuqi Road Aku dari mula nak daki tangga dah macam...alamak tingginya nak daki dooo...tapi kena teruskan perjalanan jugak. Nak tak nak kena ikut jugak tour nanti kang sesat susah pulak.
Time ni ada la family aku yang emmm...sikit penat tapi kitorang tetap teruskan daki tangga sampailah ke Qingbian Road. Dekat situ ada la dah ada macam-macam kedai pakaian la, makanan tu ada la jugak tapi tu baru sikit. Dekat situ jugak ada Shengping Theater tapi kitaorang tak pergi pun kat situ, dan kitaorang teruskan ikut tour.
Dalam tengah berjalan, boleh nampak blok-blok rumah dan kedai yang terletak sepanjang Qingbian Road. Cuak sikit la sebab lalu depan rumah orang tambah pulak tak ramai orang. Aku terbayang la, macam mana la depa angkut-angkut barang untuk barang perniagaan je. Belum lagi pindah rumah, sakit wooo....Nevertheless, best sebab boleh mendaki-daki.
Lalu satu tangga, akhirnya sampai ke Jiufen Old Street yang ada terletak 7 Eleven kat situ. Lega bila dah sampai tempat tumpuan ramai pelancong. Lepas tu, tour guide tu pun lepaskan kitorang dan pelancong-pelancong lain untuk pergi mana-mana kami suka.
Kami lepas tu mula masuk ke Jishan Street. Itu barulah Jiufen yang selalu disebut-sebut. Kat situ banyak jugaklah kedai-kedai makan dan kedai cenderamata kat situ. Pakaian pun tak terkecuali. Jalan punya jalan, kami sampai kat depan kedai Xi Fu Tang di mana boleh nampak pemandangan indah laut dari atas.
Sementara tu, ada yang pergi teruskan jalan sampai ke hujung manakala aku duduk rehat sekejap ambik angin. Shabil pulak ada beli minuman Xi Fu Tang. Masa duduk-duduk tu, baru pukul 1.00 petang lebih, bas bergerak pukul 3.30 petang, jadi kami pun pergi la mana-mana attraction yang patut sebelum tempoh habis.
Turun bawah jugak tapi ada la singgah-singgah ambil gambar dulu la. Lepas dah turun, baru aku perasan apahal awal sangat sampai ke bawah, masa tu pukul 2.50 petang. Tak tau la pelancong lain mungkin sakan membeli la...Pukul 3.30 petang barulah naik bas balik ke Taipei.

Peta macam mana nak jalan sekitar Jiufen. |
Berat 66 gini.....panjang tangga |
Macam malu-malu aku nak lalu tengah-tengah rumah orang. |
Mula masuk Jishan Street |
Kawasan tumpuan ramai... |
Ada pejabat pos.... |
Time ni ada la family aku yang emmm...sikit penat tapi kitorang tetap teruskan daki tangga sampailah ke Qingbian Road. Dekat situ ada la dah ada macam-macam kedai pakaian la, makanan tu ada la jugak tapi tu baru sikit. Dekat situ jugak ada Shengping Theater tapi kitaorang tak pergi pun kat situ, dan kitaorang teruskan ikut tour.
Dalam tengah berjalan, boleh nampak blok-blok rumah dan kedai yang terletak sepanjang Qingbian Road. Cuak sikit la sebab lalu depan rumah orang tambah pulak tak ramai orang. Aku terbayang la, macam mana la depa angkut-angkut barang untuk barang perniagaan je. Belum lagi pindah rumah, sakit wooo....Nevertheless, best sebab boleh mendaki-daki.
Lalu satu tangga, akhirnya sampai ke Jiufen Old Street yang ada terletak 7 Eleven kat situ. Lega bila dah sampai tempat tumpuan ramai pelancong. Lepas tu, tour guide tu pun lepaskan kitorang dan pelancong-pelancong lain untuk pergi mana-mana kami suka.
Kami lepas tu mula masuk ke Jishan Street. Itu barulah Jiufen yang selalu disebut-sebut. Kat situ banyak jugaklah kedai-kedai makan dan kedai cenderamata kat situ. Pakaian pun tak terkecuali. Jalan punya jalan, kami sampai kat depan kedai Xi Fu Tang di mana boleh nampak pemandangan indah laut dari atas.
Sementara tu, ada yang pergi teruskan jalan sampai ke hujung manakala aku duduk rehat sekejap ambik angin. Shabil pulak ada beli minuman Xi Fu Tang. Masa duduk-duduk tu, baru pukul 1.00 petang lebih, bas bergerak pukul 3.30 petang, jadi kami pun pergi la mana-mana attraction yang patut sebelum tempoh habis.
Abil beli Xi Fu Tang.. |
Apa benda la depa tulis.. |
Turun bawah jugak tapi ada la singgah-singgah ambil gambar dulu la. Lepas dah turun, baru aku perasan apahal awal sangat sampai ke bawah, masa tu pukul 2.50 petang. Tak tau la pelancong lain mungkin sakan membeli la...Pukul 3.30 petang barulah naik bas balik ke Taipei.
Kembali ke Taipei |
Pasca penat berjalan
Pukul 5.00 petang lebih, kami dah sampai ke pusat bandar Taipei. Lepas keluar, kami pergi ke satu kedai halal yang terletak tak jauh dari Ximen. Pada awalnya nak naik tren lagi tapi tengok-tengok peta dia memang tak jauh dari Ximen, jadi kami berjalan kaki saja lah di tengah-tengah kesibukan bandar.
Dari stesen Taipei, kami berjalan sampai ke Chongqing South Road pastu masuk kanan ke Kaifeng Street dan akhir sekali masuk ke Yanping South Road.
Kedai makan yang kitaorang pergi ialah Chang's beef Noodles Shop, dekat No.21, Yanping South Road Zhongzheng District, Taipei. Makan mi daging je la....aku sejujurnya tak la berapa mahir sangat makan pakai chopstick, jadi pakai sudu kecik je la walaupun agak struggle sikit nak ambik makanan.
Kedai ni antara yang terkenal di kalangan pelancong Muslim khususnya belah-belah Nusantara. Boleh tengok saja autograf-autograf depa. Ada yang dari Perak, even sejauh Sabah pun ada. Singapura dan Indonesia tak terkecuali. Paling menarik ada signature DS Ahmad Zahid Hamidi daaa.....
Puas makan, kami pun berjalan balik ke Ximen. Tapi nanti dulu, kitorang tak explore lagi bahagian selatan Ximen, jadi kitaorang pun bersiar-siar la kat situ. Antara kedai yang kami singgah sekejap ialah kedai sukan...banyak jugak kedai sukan kat district ni ye.
Macam hari-hari sebelumnya, kitaorang beli lagi kebab di kedai kebab Khan. Kami pun terus balik lepas beli makan itu....
Senyum je uncle Khan tu memasak kebab.....banyak pahala dapat sebab bantu pelancong Muslim at least boleh mengisi perut.
Take note alamat ni,........dan cari FB ni... |
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan