Sebenarnya majlis ni dah boleh dikatakan aktiviti 'wajib' diadakan sebab tahun 2014 mungkin adalah tahun terakhir kami bersama-sama dalam kelas Imtiyaz sejak tingkatan 1. Sedih sikit pasal kami semua mungkin berpisah. Ada yang nak pergi SMKA dan ada yang nak stay kat SMK Seksyen 7 Shah Alam. Huhuhu......tiga tahun dah.........
Pada awalnya majlis ini akan diadakan pada 22 November tetapi pasal ramai yang ada hal, jadi majlis ini terpaksa ditunda ke 20 Disember. Sebelum ini, banyak cadangan tarikh untuk diadakan jamuan. Aku bagi "syarat" yang majlis ini diadakan selepas tarikh aku balik dari Eropah (12 Disember). Aku berpuas hati dengan tarikh yang ditetapkan oleh Ilya iaitu 20 Disember.
Masa aku nak datang, aku masih lagi kenyang makan nasi tomato dengan keluarga aku di restoran Chawan, Subang. Tengah dalam perjalanan, aku dapat mesej Whatsapp daripada Azri yang dia dah sampai dulu. Selepas beberapa minit, aku dah sampai je dah ramai member-member aku datang.
Dah sampai dah.... |
Sebenarnya aku sebenarnya nak makan sikit saja pasal aku masih kenyang lagi. Tapi pasal makanan sedap, jadi aku makan banyaklah. Aku ada makan seperti daging ikan, daging ayam, mi dan banyak lagi.
Kemudian kami solat Maghrib dulu . Selepas itu, kami sambung nikmati selera. Aku makan aiskrim dan ayam rebus.......
Selepas dah habis makan, masa tu dah malam dah. Pada masa yang sama, perlawanan final AFF Suzuki Malaysia vs Thailand 2nd leg sedang berlangsung. Masa tu ada yang bersorak. Rupanya ketika itu, Malaysia dah score penalti........
Selepas itu, aku telefon abah untuk ambil aku balik. Sebelum balik, kami ambil gambar dulu seperti di bawah....Selepas dah ambil gambar, aku minta diri dulu sebab abah dah sampai masa tu........
Itu je aku nak cerita pasal jamuan. Mohon maaf kalau ada yang salah pasal coretan ini, bagitaulah aku, boleh je aku edit.....Kalau nak tambah cerita korang, boleh lah tambah di ruangan ulasan kat bawah sekali...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan