Hari ini aku dan keluarga aku balik kampung di Sungai Besar, Sabak Bernam. Kami tidak tinggal di sana memandangkan adik aku, Shabil bakal menghadapi hari orientasi tingkatan 1 keesokan harinya.
Andak, uncle dan Shahnas pun join sekali dengan kitaorang....
Sebelum itu, kami berhenti dulu di Plaza Shah Alam untuk mengambil seluar sekolah untuk Shabil. Selepas itu, kami memulakan perjalanan kami ke Sungai Besar.....
Tengah jalan, aku tido je dalam kereta. Selepas itu, kami singgah dulu di Soto Pasir Penambang.....
Naik kereta sampai kampung.... |
@ Soto Pasir Penambang...... |
Dekat sana aku order nak makan nasi goreng ayam.......cuma nak tunggu tu lama sikitlah. Lepas beberapa ahli keluarga aku dah nak habis makan, barulah makanan aku sampai.....tapi boleh jugak tahan sedap...
Selepas itu, kami teruskan perjalanan balik kampung. Kali ini, aku pulak yang kena duduk belakang sekali pasal adik aku, Shabil cakap yang dia punya Galaxy note dah 'darurat' atau habis bateri.......Tengah dalam perjalanan, aku tengok je tablet dan lepas tu aku tidur.......
Pekan Sungai Besar di depan. Yang tengah bina tu sebenarnya restoran McDonald baru...... |
Biasanya, baru lepas masuk rumah, mesti ada benda kotor kat situ. Najis cicak, batu dan habuk mesti ada kat situ. Apalagi, kena kemaslah dulu. Aku biasa pakai vacum untuk bersihkan lantai......tapi kali ini aku kena pegang tengah tiub vacum pasal dah tercabut.
Tiba-tiba, masa aku nak letakkan tikar solat dalam bilik tidur, aku ternampak LIPAN terletak kat situ. Aku terkejut. Nasib baik dah mati benda tu tapi masih tak boleh usik atau pijak. Bak kata abah, lipan memang ada benda tajam, memang berbahaya. Silap-silap boleh tercucuk jadinya. Jadi, abah ambil penyodok dan sapu lipan tu untuk dibuang.
Lepas solat, kami berehat sekejap. Abah dan Shabil pulak pergi ke kedai gunting rambut. Aku cuma main tablet aku yang baru beli.
Pukul 6.00 petang, kami dah nak balik dah. Sebelum itu, kami singgah di rumah Tok Be dulu... Aku memang suka kalau berbual dengan Tok Be. Ini sajalah dapat aku dapat bersua lepas nenek aku, Atok dah tiada.....
Di rumah Tok Be, aku makan apa yang disediakan seperti pisang goreng dan kurma. Selepas itu, aku duduk di sebelah Tok Be untuk berbual. Paling aku ingat bila Tok Be tanya ''kamu sekolah kat mana nanti?''. Aku jawab ''masih di Seksyen 7''. Selepas itu, Tok Be pesan, di mana aku sekolah sekalipun yang penting, belajar betul-betul. Aku ingat pesanan ini........
Inilah rumah kampung kitaorang...... |
Sesudah solat Jamak, kami dah nak balik ke Shah Alam. Sampai di Kuala Selangor, kami makan malam di restoran Mohd Chan di sebuah kompleks kedai komersial di Kuala Selangor......
Singgah makan dulu..... |
Itu saja cerita aku di kampung......assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan