Apa khabar para pembaca semua? Harap semua sihat walafiat. Sebelum aku meneruskan penulisan aku, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog ini....Hari ini akau nak tulis tentang coretan Aidilfitri untuk tahun ini. Kali ini cerita di Ampang dahulu.....
3/7/2016
Hari itu jugalah hari ulangtahun kelahiran aku ke-17. Macam tak tahu pula apa nak dihadiahkan atau beli hadiah atau sekurang-kurangnya buat makan secara 'besar-besaran' sempena hari jadi aku. Pada waktu pagi hari itu, abah dan mummy hantar Kak Fitri ke Port Klang, yup sebab Kak Fitri nak sambut raya dengan keluarga dia di kampung halamannya di Medan.
Pada waktu petang, seluruh ahli keluarga aku masing-masing sibuk berkemas barang. Sementara itu juga, aku tolong abah menguruskan pakaian yang dibasuh dengan melipat pakaian. Aku ingat nak kena 'iron' dulu baru lipat seperti Kak Fitri selalu buat. Tetapi buat masa ini, lipat dululah sebagai alternatif.
Pukul 6.00 petang, semua barang sudahpun dikemas. Walau bagaimanapun, kami hanya bergerak ke Ampang pada pukul 6.30 petang. Aku tak berapa ingat kenapa agak lewat kami baru bergerak. Sebelum kami ke Ampang, kami singgah berbuka terlebih dahulu di Pappa Rich, Plaza Shah Alam. Menu aku ialah, milo ais dan chicken chop beserta nasi goreng. Selesai saja berbuka, kami menunaikan solat Maghrib di surau yang dipindahkan ke tingkat 1 di plaza tersebut.
Selesai solat, kami terus bergerak ke Ampang. Aku masih ingat yang aku lalu kawasan landasan LRT yang telah dipanjangkan (telah dirasmikan pada 30 Jun lalu). Setakat ini belum ada lagi kereta api lalu, mungkin mereka dah jauh sedikit. Kami tiba di Ampang pada pukul 10.00 malam.
Selepas tiba, aku, adik-beradik aku bersama abah menunaikan solat Tarawih.
4/7/2016 dan 5/7/2016
Tak banyak nak cerita pasal dua hari tu. Pagi sampai ke petang, duduk kat rumah. Cuma adalah keluar untuk solat fardu jemaah di surau dan beli juadah berbuka di bazar.
Malam raya, semua sibuk nak bersiap untuk juadah hari raya. Siap kuih-muih (abah ada mintak aku tolong masukkan kuih-muih tu di dalam balang untuk disusun). Dah kena tidur dah untuk hari raya keesokannya.....
Meniyapkan kuih..... |
Paksu masak......, |
Angkat kusyen..... |
Duduk di sofa baru.... |
Tolong lap pinggan..... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan