Ketika aku menulis entri ini, pejam celik pejam celik sudah masuk minggu terakhir Ramadan (hari ini 28 Ramadan). Tak lama lagi raya. Okay, kali ini aku nak tulis pasal pengalaman aku menghadiri majlis iftar anjuran sekolah aku SMK Seksyen 7 Shah Alam pada 30 Jun 2016.
Beberapa hari sebelum iftar, cikgu ada buat survey siapa nak datang iftar pada hari Khamis itu. Bukannya apa, nanti kalau ramai nak cakap nak datang tapi tak datang, nanti membazir makanan saja....saudara syaitan tu, tapi ketika bulan puasa, mereka kena rantai......
Pada hari iftar, aku pergi ke iftar tersebut pada pukul 7.00 petang bersama adik aku, Shabil. Patutnya sampai pukul 6.45 petang tapi pasal abah balik lambat sikit, jadi kami kena tunggulah. Setibanya kami ke sekolah, ada jugak cikgu-cikgu yang tunggu di tepi pagar untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar yang hadir pada majlis iftar. Kami terus ke foyer untuk mengesahkan kehadiran kami ke majlis tersebut. Lepas tu pulak kena tulis nama, kelas serta nama kelab dan unit beruniform untuk dimasukkan ke dalam kotak mengikut nama kelab dan unit beruniform.
Hal ini disebabkan untuk memperolehi kehadiran kokurikulum, aku rasa sebanyak 2 kehadiran. Al-maklumlah, dah beberapa bulan dah aktiviti kokurikulum terpaksa dibatalkan ekoran beberapa faktor seperti cuaca panas.
Selepas pendaftaran, aku pergi terus ke khemah untuk mencari kawan untuk lepak sementara tunggu waktu berbuka manakala Shabil pergi dengan member-member dia. Aku duduk dengan Azrai, member aku sejak kami kelas Imtiyaz dulu. Pada ketika aku duduk, majlis khatam Al-Quran masih berlangsung. Setelah selesai, kami menadah tangan berdoa khatam Al-Quran bersama-sama. Kemudian, disusuli dengan ucapan YDP PIBG.
Majlis khatam Al-Quran |
Layan selfie jap dengan Azrai dan Amirza..... |
Sebelum waktu berbuka, semua hadirin berzikir terlebih dahulu. Jam 7.30 malam, tibalah masanya untuk menikmati juadah berbuka. Masa tengah waktu berbuka, inilah kali pertama aku makan dadih. Sebelum ini aku tak pernah makan pun. Rasa pada awalnya macam jelly la katakan tapi bila aku makan sendiri, memang lain rasanya. Ada masanya aku macam nak muntahkan balik, al maklumlah baru pertama kali makan. Aku masa tu makan jugak kurma dan minum air mango......
Selepas itu, kami mengambil wuduk di Surau Al-Hidayah dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas selesai solat, masa untuk makan besar-besaran. Yang paling best makan pakai dulang pulak tu.....yup it's sunnah. Tapi sebelum itu kena cari 5 orang satu kumpulan. Aku ambik geng dengan Azib dan Nik. Masa itu, hidangannya ialah nasi putih, ayam dan kuah masak lomak kot tak silap aku. Kami pun enjoy makan la.
Sama-sama makan pakai dulang..... |
Peaceeee.......layan makan bruhhh |
8.44 malam, kami kemudian menunaikan solat Isyak, Tarawih dan Witir sekali. Masa dah nak habis solat witir, aku tiba-tiba terdengar bunyi letupan daripada belakang sekolah. Aik, takkan diorang bawak mercun kot......aku tak nak cerita panjang kang mengumpat jadinya cuma nak pesan janganlah main mercun sesuka hati karang dapat sakit nanti tak pasal-pasal dan kacau 'line' orang tengah ibadah! Tu je nak pesan.....
Seusai solat, aku tolong sikit angkat karpet untuk disimpan. Kira-kira pada pukul 10.30 malam, aku tunggu abah ambil kami pulang ke rumah....
Itu sahaja coretan aku pada hari ini, jumpa lagi dalam artikel akan datang. Sebelum itu, aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada para pembaca semua........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan