Sabtu, 3 September 2016

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SMK SEKSYEN 7 SHAH ALAM (Pengalaman Peribadi Aku) 2016 #SehatiSejiwa

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Itulah laungan yang disematkan oleh rakyat Malaysia baik pemimpin mahupun marhaen untuk menyambut hari kemerdekaan negara setiap kali menjelang 31 Ogos.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam kemerdekaan dan salam sehati sejiwa para pembaca sekalian,

Hari ini aku tangguhkan seketika cerita Hari Raya Aidilfitri 2016 bagi memberi laluan kepada catatan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah pada tahun ini. Beberapa hari sebelum 30 Ogos, aku masih ingat cikgu pernah menggalakkan pelajar beramai-ramai untuk datang sempena sambutan berkenaan khususnya pelajar tingkatan 5 seperti aku. Ada sebabnya cikgu berkata sedemikian kerana tahun ini merupakan tahun terakhir alam persekolahan, jadi pelajar perlu menikmati suasana menyambut hari kebangsaan dengan penuh semangat dan keseronokan kerana kita tidak akan lagi menikmati suasana sedemikian.

30 Ogos 2016, tidak seperti hari-hari biasa, aku, Shabil dan Shadiq semuanya bangun untuk persiapan ke sekolah. Untuk pengetahuan, pelajar sesi petang akan hadir ke sesi pagi pada hari tersebut. Aku memakai baju Melayu yang lengkap. Malam sebelum itu, aku pernah bertanya kepada rakan-rakan sekelas melalui WhatsApp mengenai pakaian untuk keesokannya. Makluman awalnya ialah pakaian kebangsaan yang berwarna berdasarkan warna Jalur Gemilang. (Mujurlah masih ada lagi baju Melayu cekak musang berwarna biru). Makluman terkini ialah daripada kawan aku ialah pakaian Baju Melayu serta seluar slack. Bagi aku, agak tidak ngam di situ...jadi aku pakai baju Melayu penuh.

Setibanya di sekolah, aku terus ke perkarangan surau untuk berjumpa dengan rakan-rakan seperti Azrai, Faeq dan Amirza. Shabil pula ke terus ke kantin memandangkan dia ada perbarisan lintasan hormat yang hanya disertai oleh pelajar sesi petang. Apa yang agak tidak sedapnya hari itu, KETIKA INI HUJAN LEBAT! Hmmmmm......aku terfikir sekejap, bagaimana hendak meneruskan perarakan kelas jika keadaan cuaca tidak mengizinkan. Hujan semakin lebat ketika itu, jadi semua pelajar berkumpul di dewan terbuka sekolah.

Agak lewat majlis bermula, dimulakan dengan bacaan Yasin pada pukul 7.50 pagi selepas kehadiran diambil. Selepas itu majlis bermula dengan bacaan doa, disertai dengan lagu Negaraku dan Duli Yang Maha Mulia. Hampir semua dalam dewan itu, menyanyi dengan penuh bersemangat.

Kemudian, disusuli pula dengan ucapan pengetua. Aku masih ingat ketika beliau memulakan ucapan, iaitu kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Ya, tadi kan hujan lebat sebentar tadi, maka adakan pula Plan B. Seterusnya, beliau juga berharap agar semua warga SMK Seksyen 7 Shah Alam dapat menghayati tema 'Sehati Sejiwa' yakni tema hari kebangsaan bagi tahun ini sama ada para guru mahupun murid. Beliau juga berpesan agar dapat merdekakan sepenuhnya daripada sifat-sifat negatif. Setakat itu sahaja yang aku ingat.....

Seterusnya, Yang DiPertua PIBG,pula memberikan ucapan perasmian. Beliau memulakan ucapan dengan menyentuh masalah disiplin. Maklumlah, baru semalam ada kes budak tingkatan 3 terjatuh dari tingkat 3 hanya kerana ambil beg. Satu lagi kes ialah salah seorang pelajar koma di Kedah akibat dibelasah. Persoalannya, APA MAKNA MERDEKA JIKA DISIPLIN MASIH DI TAKUK LAMA?? Aku baru semalam habis membaca buku 'Mentaliti Jamban' yang akan aku akan cerita kemudian.......Beliau berpesan kepada semua pelajar agar guna kemudahan di sekolah dengan baik, jangan pula hendak merosakkannya!! Sebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau berpesan agar mengambil iktibar daripada sejarah lampau di mana bangsa kita dahulu pernah mengecap kegemilangan melalui Kesultanan Melayu Melaka (serta Empayar Melayu Srivijaya). Sejarah adalah ibarat roda, jika kita tidak mempelajarinya, sejarah akan beulang semula serta mempertahankan kemerdekaan selagi tidak bertentangam dengan gagasan agama........

Majlis kemudiannya dirasmikan dengan sempurna walaupun terpaksan dibuat dalam dewan terbuka. Selepas itu, kami semua menyanyikan lagu 'Jalur Gemilang dan 'Tanggal 31' sambil mengibarkan bendera. Laungan 'MERDEKA' pula menyusul selepas itu. Selepas majlis tamat, semua pelajar dimulai dengan pelajar tingkatan 5 berkumpul di luar MPC untuk memulakan acara perbarisan kelas.......

Pada waktu itu, barulah Umar dan Syafi datang masuk dalam perarakan. Sebelum itu  aku hanya nampak Shaqeer saja. Cikgu Noorzilawati, guru kelas 5 Akaun ada minta mana-mana pelajar ambil bendera di bilik guru. Aku ingat nak bendera dipasang dengan tiangnya, tapi tak ada.  Sebelum memulakan perarakan, Akmal Azam dan Zarul baru sampai dalam barisan kelas 5 Akaun....belanja selfie dulu sebelum perarakan bermula.
Gaya Zarul.....

Ni aku, macam tak ngam pula pakai beg....hmmm takut barang hilang punya pasal...

Kira-kira pukul 9.00 pagi, barulah perarakan bermula selepas susunan dibuat. Sewaktu berada di simpang berhadapan dengan pintu masuk utama sekolah, ada kelas lain sudah menyanyikan lagu patriotik masing-masing. Aku fikir boleh saja hendak menyanyikan lagu-lagu patriotik yang lain.. Antara lagu patriotik yang kami nyanyi ialah Tanggal 31, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Inilah Barisan Kita. Itu yang aku ingat setakat ini...Over patriotik punya pasal nak tarik perhatian cikgu, aku laungkan 'MERDEKA' sekuat hati, itupun ada sebilangan kawan minta.

Sampai sahaja di tempat letak basikal, kami berhenti seketika untuk membuat sedikit 'flashmob' Merdeka di hadapan Pengetua serta barisan pentadbir sekolah dan Yang DiPertua PIBG. Aku masih tak lupa aku laungkan 'MERDEKA' sebanyak 3 kali sekali lagi dengan sekuat hati. Aduh, macam nak sakit tekak dibuatnya.......tapi ok jugak!
Aku dan Zarul...hehe sape kat belakang tu!!!


Girls buddies.....

Satu kelas punya gambar sempena Merdeka....


My class celebration......

Habis sudah perbarisan kelas, kami berkumpul semula ke Dataran Alawiyah. Macam-macam gelagat ketika itu. Ada jugak yang menyambut hari lahir sampai nyanyi lagu Happy Birthday. Wow, ada jugak yang lahir pada ambang Merdeka. Selepas semua kelas sudah menghabiskan perarakan, aku ingat cikgu ada beri taklimat sedikit. Selepas itu, semua pelajar pergi ke koridor serta Dewan Terbuka bagi memberi laluan kepada persembahan kawad kaki.

Dimulakan dengan persembahan daripada skuad Kawad Elit (Syahir salah seorang daripada peserta). Seterusnya, persembahan daripada unit beruniform masing-masing mengikut jantina. Aku masa tu ada beli nasi lemak daripada booth kelas. Selepas itu, aku pergi ke kantin untuk makan  hotdog. Kemudian, aku cepat-cepat ke Dewan Terbuka untuk menyaksikan perbarisan lintasan hormat oleh PBSM lelaki yang disertai adik aku, Shabil.

Aku kemudiannya tunggu sampai ke 11.50 pagi dengan sertai kawan-kawan aku tengok pertandingan sukan antara rumah sukan. Semua pelajar berkumpul di dewan tersebut pada jam 11.50 pagi untuk menyaksikan persembahan. Antara persembahan ialah nyanyian solo oleh Anina dan Peterson, tarian kuda kepang, tarian yang diringi oleh lagu 'Malaysia Truly Asia' dan persembahan zumba....itu yang seingat aku.

Sambutan ini diakhiri dengan pemberian hadiah kepada pasukan beruniform terbaik serta saguhati. Sambutan ini berakhir pada pukul 1.10 tengah hari.....

Ada yang akan tanya, apa perasaan aku.......aku boleh kata EXCITED jugak, pasal hmmmmm...tekak macam agak sakit sikit hehe.....pasal nyanyi lagu patriotik dan laung MERDEKA. Secara keseluruhan, sambutan ini memang menyeronokkan bagi aku.....sebab selepas ini tak ada lagi sambutan yang sebegini seronok......

Setakat ini sahaja bingkisan sambutan hari kebangsaan peringkat sekolah kali ini......Selamat Hari Merdeka ke-59!
Dirgahayu Malaysia! Semoga Allah sentiasa merahmati Malaysia, amin! 
MERDEKA!

p/s: Semua gambar-gambar ini (kecuali di atas perenggan ini) adalah ihsan WhatsApp kelas..... Gambar yang lain boleh rujuk ke gambar sambutan tersebut oleh FB rasmi sekolah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan