Hari ini aku nak tulis pasal cerita aku ketika sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini 2016.....sebelum itu, masih belum lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-53.
11/9/2016
Petang itu kami sekeluarga pergi ke rumah Atuk di Ampang Jaya untuk beraya di sana. Tidak seperti Hari Raya Aidilfitri, persiapan untuk perayaan tersebut sekadar sederhana sahaja. Malam itu, ada lah sikit persiapan juadah untuk keesokkan harinya.
12/9/2016
Pagi itu berlaku hujan di Ampang. Pada awal 8.00 pagi, semua hampir sudah siap untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha. Seperti ketika Aidilfitri, kami solat di Madrasah Ihsaniah. Khutbah pada kali ini aku tak berapa ingat, nanti tolong terangkan apa isi khutbahnya.
Sama seperti Aidilfitri, terdapat majlis bertakbir dan berdoa disusuli dengan jamuan. Hidangannya hampir sama sahaja seperti Aidilfitri, yakni nasi lemak, bihun dan sebagainya.
Siaran langsung khutbah Wuquf.... |
Pagi itu berlaku hujan di Ampang. Pada awal 8.00 pagi, semua hampir sudah siap untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha. Seperti ketika Aidilfitri, kami solat di Madrasah Ihsaniah. Khutbah pada kali ini aku tak berapa ingat, nanti tolong terangkan apa isi khutbahnya.
Waktu ketika itu hujan.... |
Duduk menung apa tu??? |
Kemudian, penyembelihan dimulakan dengan lafaz takbir raya. Seperti yang ditetapkan oleh syarak, syarat penyembelihan yang sah adalah terputusnya urat marih dan errr...tak ingat pula apa dia? Aku masih ingat lagi yang penyembelihan pernah belajar dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan Empat (harap keluar SPM tahun ini) dan mata pelajarah Fekah di sekolah agama sewaktu sekolah rendah.
Selepas lembu ketiga itu, kami pulang ke rumah semula. Setiap masa, ada saja ramai tetamu yang hadir ke rumah tersebut. Antara yang datang ialah Nek Yah, Achik Boy, Nek Su dan Tok Su (Syahir tak dapat datang kerana dikatakan sakit perut).
Petang itu, aku pergi dekat dengan lembu yang diikat tepi tiang lampu di hadapan rumah. Rasa macam nak cuba kacau tapi, bukan tabiat aku ya.....
Pada waktu malam, Nenek Mariatul dan keluarganya datang beraya ke rumah Atuk. Ada masnya aku bersembang dengan mereka. Pada kira-kira pukul 10.00 malam, kami pulang semula ke Shah Alam.
Moooooooo............ |
Itu sahaja coretan Hari Raya Aidiladha kali ini. Kalau ada masa, aku sambung tulis cerita Hari Raya Aidilfitri 1437H..........jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan