Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Hari ini aku nak kongsi cerita pasal
Hari Anugerah SMK Seksyen 7 Shah Alam 2016. MUngkin ada yang tanya, aik apahal 2016 bukannya 2017? Tula, itu untuk pencapaian yang tahun lepas la bagi SPM dan PT3 2016. Pasal hari anugerah pulak, pernah sekali masuk 2 tahun lepas,
klik untuk baca lagi. (I was mistakenly put 2015 in this article because it was 2014 to commerate the last year's). Hari anugerah tersebut diadakan pada 7 April 2017.
Tak macam hari-hari biasa yang sebelumnya, aku kena siap dalam pada masa sama adik-adik aku nak bersiap untuk pergi ke sekolah. Sementara menunggu parents aku bersiap, aku isi perut sikit dengan makan roti jem sambil tengok TV. Pukul 7.35 pagi, aku terus ke sekolah bersama parents aku. Kedatangan kami dialu-alukan dengan ucapan selamat datang daripada PM (Pemimpin Murid). Shabil time tu, baru nak keluar untuk mulakan tugas. Mak cik jaga tu jugak sempat lagi bergurau dengan bertanya, pergi sekolah ke? haha!!
Selepas itu, kami pergi ke tempat pendaftaran pelajar yang hadir pada majlis tersebut. Bekal makanan dan botol air mineral turut disediakan kalau-kalau untuk bersarapan selepas majlis tersebut berakhir. Nombor giliran turut diberikan, aku giliran ke-52. Mikhail pun ada datang tapi bukanlah sebagai penerima anugerah tapi tukang ambil gambar la.....Eddie dan Azwar pun mai tapi sebagai penerima anugerah.
|
Ada sikit presentation... |
|
Bacaan Doa.. |
|
This is Zul... |
|
Ngan Eddie.. |
Masuk ke dewan terbuka terus ambil tempat duduk berdasarkan nombor giliran yang ditetapkan. Aku duduk di antara Eddie dan Qistina yang juga dapat bilangan A yang sama dengan aku...Sabrina, jiran aku pun terima anugerah jugak pada hari itu....Sementara menunggu majlis bermula, aktiviti sekolah pada tahun lalu ditayangkan.
Selang beberapa minit, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Alhamdulillah, aku masih lagi ingat lagu sekolah. Selepas itu, bacaan doa pula menyusul lalu diteruskan dengan ucapan pengetua, Pn. Siti Salmiah bt. Yaakob. Apa yang aku ingat ucapan beliau ialah majlis anugerah ini diharapkan menjadi penyuntik semangat buat para pelajar yang lain khususnya SPM batch 2000 yang secara kebetulannya berhimpun di luar dewan terbuka. Selain itu, aku difahamkan dalam kedudukan sekolah pada tahun ini antara yang terbaik dalam 265 sekolah yang mengambil SPM (seingat aku la) dan diharapkan dapat dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Itu je yang aku ingat.....
|
Ucapan pengetua... |
Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Yang DiPertua PIBG. Aihh....aku dah lupa sikit la apa yang diucapkan oleh YDP PIBG......
|
YDP PIBG tengah berucap.... |
|
Sarah ngan Azwar...... |
Majlis penyampaian anugerah pun dimulakan dengan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam
PT3. Salah seorang daripadanya ialah , sama teammate pertandingan koir 3 tahun lalu. Kemudian, barulah giliran penerima keputusan SPM untuk naik atas pentas. Aku macam pelik sikit pasal sibuk ambil gambar sambil beratur menunggu giliran. Giliran ke-52 barulah aku naik ke pentas untuk menerima sijil dan cenderamata daripada pengetua sebagai tanda penghargaan dan itu saja anugerah yang aku dapat. Antara kawan sekelas aku yang turut mendapat anugerah ni ialah Zulqarnain dan Farah Farhana yang masing-masing mendapat 7A dan 6A.
|
Farah.... |
|
Adik Amin dapat.... |
|
That's me... |
|
Fauziah dapat... |
|
Hana pun dapat jugokkk... |
|
Ngan Qistina... |
Turun dari pentas, aku bersua kejap dengan Cikgu Rahayu, cikgu BM aku. Majlis selepas itu berehat seketika sebelum sesi kedua berlangsung dengan tarian tradisional daripada pelajar tingkatan 4 tahun ni.
Sesi kedua pulak bersambung dengan anugera besar-besar pulak. Pelajar terbaik bagi aliran sastera ialah Farahanis manakala pelajar terbaik aliran sains pulak jatuh kepada Nur Syarina yang juga kawan sekelas aku masa dalam Imtiyaz. Tokoh Pemimpin terbaik pulak jatuh kepada member sekelas aku, Zulqarnain!
|
Baekkk ahh Zul.... |
Aku lupa pulak sebelum atau selepas itu, ialah anugerah panitia terbaik bagi setiap panitia...
|
Cikgu Zaini (hmmm....tak dapat jumpa pada pagi tu pasal ada hal) |
|
Cikgu Norshimah... |
|
Cikgu Norafidah... |
Maka selesailah majlis anugerah tersebut selepas anugerah-anugerah tersebut telah selesai diberikan. Selepas itu, kawan aku, Azwar memberikan sedikit sebanyak kata-kata inspirasi kepada para pelajar yang akan menghadapi SPM tahun ini. Dia ada sedikit berkongsi tentang macam mana nak berjaya macam dia serta cara belajar....hehe
Kini sesi bergambar pula bersama-sama dengan penerima anugerah dengan pengetua, pentadbir sekolah, PIBG (termasuk abah) dan kawan-kawan aku yang menerima anugerah. Habis sudah, aku pergilah sibuk bergambar....terutamanya kawan-kawan Imtiyaz iaitu,
Umar (juga kawan sekelas Akaun). Azri, Firdaus, Wafi dan Amin. Lepas itu, kami pergi terus jumpa Ustazah Rodziah untuk bergambar di hadapan bilik Ibnu Khaldun.....
|
Ustazahhh.... |
Kemudian, aku ikut jugak depa pi ke bilik kaunseling...tak tau la takat nak ambil gambar ke apa ke? Sempat jugak aku berbual dengan cikgu Farah Wahida.....dan Cikgu Santy...
Dalam pada itu jugak, kami pergi jugak ke 3 Imtiyaz dan 2 Imtiyaz bersama-sama dengan ustazah untuk jenguk-jenguk sekejap. Adik kepada Zuhri (kelas 5 SC AK), Zahiruddin pun ada. Kat 3 Imtiyaz, kami bersalaman kepada adik-adik 3 Imtiyaz yang bakal menghadapi PT3 tahun ni. Ustazah sempat lagi buat lawak pasak Syahir, yang bukan kelas Imtiyaz tapi macam saje je ikut...hehe. Lepas tu, kami pergi pulak ke kelas 2 Imtiyaz. Time ni kami masuk dan aku pulak 'terpaksa' kena bagi ucapan.
Macam tergagap-gagap pasal tak tau nak cakap apa pasal kena spontan kan. Lepas tu Azri bagi ucapan pulak...........Lepas tu aku bagi ucapan pulak tapi kali ini ok sikit la walaupun ada gagap sikit-sikit. Overall, ni pasal kongsi cara nak belajar.....
|
Aku bagi ucapan...... |
|
Apee ni Azri.... |
|
With Azwar and Mikhail.... |
Selepas itu, aku mula berjumpa dengan cikgu-cikgu yang ada di kantin termasuk guru Bahasa Inggeris aku, Teacher Rauzani. Lepas tu, aku makan nasi lemak sekejap yang diberikan masa di kaunter pendaftaran ngan Abah dan Mummy. Lepas itu, aku berjumpa dengan cikgu-cikgu yang ada di bilik guru. Aku tak mahu cerita panjang pasal ni....biar gambar berbicara berserta dengan caption...
|
With Teacher Rauzani... |
|
Guru kelas aku....Cikgu Noorzilawati... |
|
CIkgu Rohaida...wa punya guru Add Math |
|
Cikgu Akaun aku, Cikgu Raihan |
|
Dengan Ustazah Norhayati, Ustazah Noridzan dan Ustazah Hayati..... |
|
Thank youuuuu...Cikgu Haslinda.. |
Pukul 12.20 tengah hari, aku balik dengan adik aku, Shabil. Tertanya-tanya aku, awat balik 12.20 tengah hari, bukannya 12.30 tengah hari macam sebelumnya?? Aku berjumpa dengan Teacher Yogeswary dan ada aku tanya pasal tu....pasal ada hari yang kena balik 1.20 petang pasal silibus mata pelajaran yang baru bagi tingkatan 1 tahun ni. Tetapi bagi mengelakkan 'pilih kasih', semua tingkatan standard balik pada waktu baru yang ditetapkan. Apapun akhir kalam, aku ucapkan tahniah kepada semua yang dapat anugerah tersebut dan jadikannya sebagai kenangan.....itu saja coretan aku pada hari ini...Jumpa lagi rodong-rodong semua! Wassalam......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan