Selasa, 4 April 2017

Sehari Menziarahi Kawan.......

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam, aku bersama abah aku ke rumah kawan aku, Syukri Akmal, member aku dari kelas 5 Sains 2 yang kehilangan bapanya akibat kanser pada hari sebelumnya. Kami menerima berita sedih tersebut melalui WhatsApp group PIBG SMK Seksyen 7 Shah Alam milik abah aku ketika kami bersama keluarga aku berada di Ampang. Secara peribadi aku terkejut menerima berita tersebut maka aku membuat keputusan untuk ikut abah aku ke rumahnya pada keesokkan harinya yang turut disertai oleh Biro Kebajikan PIBG SMK Seksyen 7. Sebagai kawan, aku harus menziarahi kawan yang menghadapi dugaan......

Pada petang itu, sejurus selepas aku bersama keluarga aku pulang dari Sunway Pyramid, kami terus saja menunaikan solat Zohor. Aku bersama abah aku pergi ke rumahnya selepas solat namun sebelum itu, kami singgah di Masjid Seksyen 7 terlebih dahulu untuk pergi secara rombongan. Uncle Terrence Jimbau (Mikhail pun ikut sekali) turut bersama ikut ke rumah Syukri. Sementara menunggu rombongan lain sampai, keluar kereta dulu la nak jimat enjin punya pasal.....

Tak jauh pun rumahnya dari masjid tersebut. Dekat kawasan rumah teres Jalan Plumbum itu saja (jangan ingat Jalan Plumbum itu setakat rumah flat je). Kereta abah aku terpaksa letak jauh sedikit di tepi bahu jalan besar kalau-kalau nanti senanglah nak membuat pusingan-u.

Time nak berjalan ke rumah Syukri, Mikhail and parents pun sudah mari. Ramai jugak beberapa orang PIBG datang ke situ. Kemudian, aku terus berjumpa dengan Syukri selepas bersalam dengan beberapa orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarganya yang berada di situ. Selepas itu,  'sesi' bersembang dengan Syukri serta Mikhail, Abah dan Uncle Terrence pun bermula.......

Tiga member...haha

Cikgu Raha, cikgu yang pernah memangku kelas 5 Akaun sebagai guru Bahasa Melayu sewaktu Cikgu Rahayu bersalin, juga turut hadir. Dalam bersembang tu, Syukri pun bercerita tentang keadaan ayahnya sewaktu menghidapi kanser. Jalan cerita sebelum meninggal lebih kurang saja dengan masa arwah nenek aku (sebelah mummy) meninggal hampir 3 tahun yang lalu. Aku memerhati keluarga Syukri terutamanya ibunya tetap bermesra seperti biasa seperti mereka sudah bersedia....

Pada masa yang sama jugak, kadang-kadang sempat lagi nak mengambil gambar terutamanya aku...haha... especially tiga sekawan aku, Syukri dan Mikhail. Ini bukan lagi jumpa hari-hari macam masa di sekolah, sampai kadang-kadang sembang lama. Dalam perbualan itu jugak, sempat lagi berbincang universiti mana nak pergi lepas ni.....Ramai jugak yang nak ambil UiTM.....

Selepas itu pulak, sempat juga bersembang bersama Cikgu Raha...paling aku ingat cakap pasal vacation cikgu and the geng ke negara-negara Balkan (yang dahulunya sebahagian daripada Yugoslavia) dan juga Turki. Agak lama aku berbual dengan cikgu......
Bersama Cikgu Raha...


Sembang-sembang....

Bergambar sebelum pulang.....

Rasanya tak perlulah aku cerita panjang pasal ziarah ni......pada pukul 5.15 petang, kami semua minta diri untuk pulang....

Itu saja coretan aku pada hari ini..Kepada my bro Syukri, stay strong bro and keep calm, carry on! .Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan