Isnin, 31 Disember 2018

Selamat Tahun Baru 2019



Assalamualaikum kepada para pembaca semua,

Pertama sekali aku minta maaf sebab dah berbulan-bulan tak kemaskini blog ini. Hari ini tak banyak aku nak bicara sangat cuma aku nak kata 2018 ni banyak kenangan yang aku alami sepanjang tahun tersebut. Palaing penting sekali ialah cuti ke Korea Februari lepas. Peristiwa lain yang aku tak lupa ialah PRU-14 di mana buat pertama kalinya sejak merdeka dan pembentukan Malaysia, kerajaan persekutuan bertukar tangan...insya-allah, kalau ada kelapangan aku akan menulis coretan tersebut. (aku belum layak mengudi lagi ye, aku cuma menyaksikan je sbb ikut parents aku) Aku tak sangka berlaku dalam zaman kehidupan aku... Peristiwa lain yang aku tak lupa ialah seperti, Family day Enactus, site visit, Raya 2018 dan lain-lain lagi.

Buat masa ni aku kena study kat kampus pasal ada peperiksaan akhir semester 3. Wish good luck for my friends yang tengah menghadapi exam...Aku mohon ampun dan maaf kalau selama ini aku terkhilaf....ini adalah posting terakhir sebelum 2018 menutup tirai..

Akhir kalam, SELAMAT TAHUN BARU 2019!

Image result for new year 2019

Jumaat, 14 September 2018

Seminggu Cuti ke Korea : Hari Terakhir (17 Februari 2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku sambung coretan percutian ke Korea dan ini merupakan artikel terakhir dalam siri ini. Pada 17 Februari lalu, kami sudah berkemas untuk pulang ke tanah air.

Sebelum itu, kami keluar awal pagi sedikit untuk beli barang-barang cendermata di Namdaemun Market. Menghampiri waktu tengah hari, kami mula meninggalkan hotel dengan berat hati kerana layanan mesra tuan punya hotel……huhu.




Pandangan terakhir aku di kota Seoul....



Berat hati nak meninggalkan tuan punya hotel yang mesra ni......

Kami mula pergi ke stesen bawah tanah untuk menaiki kereta api airport ke Lapangan terbang Incheon. Sebelum itu, kami serahkan beg-beg besar di kaunter untuk dibawa melalui kenderaan yang ditetapkan. Aku tak lupa bila salah satu beg besar dah terlebih muatan. Jadi terpaksalah keluarkan sedikit barang yang menyebabkan jadi berat untuk dimasukkan ke beg lain supaya dapat dikurangkan supaya lepas sekuriti….

Kami menaiki kereta api ekspres yang tidak singgah di mana-mana stesen sebagaimana ketika kami tiba di Seoul. Kami tiba di Terminal 2 yang baru, bukannya terminal 1 yang merupakan bangunan ‘ori’ Incheon Airport.





Sewaktu di lapangan terbang, kami tak pergi ke mana-mana kaunter beg bagi airlines sebab dah dibuat masa di Stesen Seoul. Selepas check masuk dan solat jamak, kami mula pergi ke kapal terbang untuk ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal Korea….








Kami berada di dalam kapal terbang selama 6 jam. Akhirnya kami tiba di KLIA pada pukul 10.00 malam…. Selepas keluar dari KLIA, kami singgah kejap di McD KLIA arah utara menuju ke ELITE.


Lupa doh ni makanan ape....

Boleh tak translatekan bandar-bandar dalam Tanah Melayu....

dah nak sampai....ni rasanya kat Seremban ni...

Maka dengan ini, berakhirlah siri coretan aku ke Korea 2018. Kalau tak baca sepenuhnya cerita aku boleh tekan mana-mana coretan di bawah. Sekian sahaja coretan aku pada hari ini. Wassalam dan jumpa lagi.

9 & 10 Februari - Permulaan dan Dongdaemun

11 Februari - Gyeongbokgung dan Myeongdong

12 Februari - Lotte World

13 Februari - Gwanghamun, Iteawon dan Hongdae

14 Februari - Memorial Perang Korea dan World Cup Stadium

15 Februari - Olimpik Pyeongchang

16 Februari - Cheonggyechon dan Gangnam

Selasa, 28 Ogos 2018

Seminggu Cuti ke Korea: CHEONGYECCHEON ....GANGNAM STYLE (16 Februari 2018)

Asssalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua,

Hari ini aku nak sambung lagi siri percutian aku ke Korea. Coretan aku kali ini pasal kunujngan aku dan keluarga aku ke Cheongyeccheon, tempat-tempat bersejarah dan jugak Gangnam pada 16 Februari lepas. Boleh baca dengan lebih lanjut coretan ini….

Kami keluar dari hotel hanya lepas tengah hari…rasa macam dah lambat dah sebab kebiasaannya kami keluar pagi…paling lambat pun pukul 11.00 pagi. Takpe..selagi sempat boleh je. Tempat pertama sekali untuk dilawati pada hari tersebut ialah Cheongyyecheon Stream yang terletak tak jauh dari Istana Gyeongbokgung.

Sedikit fakta, tempat ini pada zaman purba (dari zaman Joseon) dulu merupakan sungai kecil sehingga mengalir ke Sungai Han hok besar tu. Tapi pada tahun 60-an, stream tu dah tertimbus sampai jadi longkang biasa sebab dininanya satu jalan raya bertingkat tapi dah dirobohkan pada tahun 2003 untuk dibina stream yang bersejarah. Barangkali kerajaan depa sedar pasal pentingnya ekosistem bandar yang lebih mampan daripada dikelilingi oleh hutan batu’ di samping menghidupkan semula nostalgia sejarah. Boleh tengok dokumentari ini di bawah.

Konsep serupa ini juga dibuat untuk projek “River of Life” untuk Sungai Gombak dan Sungai Klang di Kuala Lumpur, alah yang depan Masjid Jamek tu. Ini jugak untuk mengingati balik bagaimana Kuala Lumpur diasaskan berdasarkan pertemuan dua sungai ini. Barangkali pasal nak jadikan tempat ni ala Sungai Thames kat London tu.







Sambung balik cerita, kami keluar melalui stesen ….. dan mula keluar untuk pergi ke destinasi seterusnya. Keluar je nampak dah tugu Laksamana Yi Shun Shin…tapi kami memutuskan untuk pergi dahulu ke Cheonggyecheon Stream. Dekat sana kami mula nak try seberang sana sini sungai tu…tapi aku macam nervous nak sentuh air pasal sejuk woii….

Selepas itu, kami pergi pulak ke Tugu Laksamana Yi Shun Shin dan kami bergambar la kat situ. Kemudian kami pergi pulak ke tugu Raja Sejong yang mengasasakan tulisan Korea ciptaannya iaitu Hangul. Ini yang korang yang peminat k-pop ni minat benor sangat nak menulis tu….bukan benda baru pun tapi merupakan warisan agung bangsa Korea. Sebelum ciptaan tulisan ni, depa pakai tulisan Cina iaitu Hanja (tapi Korea Utara dah total tak pakai tulisan ni) tapi pasal tulisan ni susah dibaca oleh golongan marhean, jadi Raja Sejong berusaha untuk buat tulisan tersebut untuk rakyat baginda. Nak tau lagi boleh tengok drama Sejong the King, carilah mana-mana website nak download.


Lepas bergambar depan patung tu, kami nak teruskan perjalanan tapi pasal di belakangnya ada pintu jadi kami pun mula masuk ke pintu tu. Rupanya kat bawah merupakan muzium dan galeri untuk sejarah Raja Sejong dan Laksamana Yi Shun Shin. Serius benar kerajaan depa lestarikan sejarah bangsa diorang untuk pembinaan jati diri. Daripada bina balik istana sampailah buat patung tokoh tertentu yang penting.


The sundial..




Rasanya inilah buku yang terangkan tulisan Hangul.



Inilah drama yang ceritakan sejarah pemerintahan Raja Sejong




Ingatkan kat Korea je pakai tulisan Hangul ni...kat belah Kepulauan Melayu pun sama



Inilah Laksamana Yi Shun Shin





Mung tengok sendiri la kapal guane....







"Aku King Kong"...."KING KONG KEPALA HOTAK KAU!"

Kami mulakan dulu melawat galeri Raja Sejong. Kat sini lah diterangkan bagaimana tulisan Hangul dicipta. Bukan main susah raja masa tu sampai nak kena hadap bantahan daripada golongan aristokrat (mmm…takut la tu) yang berkeras mahu mengekalkan tulisan Cina yang sukar dibaca oleh golongan rakyat marhaen.

Sementara keluarga aku duduk lepak kat kafe, aku pergi tengok pameran-pameran yang ada kat muzium tu. Lepas tu pun aku lepak sekali minum. Habis, kami pergi pulak ke muzium Laksamana Yi Shun Shin. Kalau bagi orang Melayu, ni macam Laksamana Hang Tuah la gitu. Yi Shun Shin ada kapal yang punyalah menarik…tengok la gambar di bawah.

Banyak serangan yang beliau kena hadap terutamanya dari Jepun. Kat situ jugak ada diceritakan bagaimana strategi peperangan. Ada jugak tempat demonstrasi-demonstrasi tertentu untuk tujuan pendidikan dan boleh dicuba sendiri.

Selesai sudah berada di muzium bawah tanah tu, kami kembali naik ke atas. Kali ini singgah kejap ke kedai cenderamata Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018. Ni aku tengok ada patung Soohorang yang beso gile…haha.



Habis kunjungan kami di sana, kami pergi ke Gangnam. Ni memang terkenal dengan ‘Gangnam Style’nya. Sebenarnya kat situ pun tempat beli belah jugak tapi bezanya tempat ni agak mewah sedikit. Seperti biasa, barang kecantikan pula yang disinggahnya kami…haha.











Puas berjalan-jalan di Gangnam, kami kembali semula ke Myeongdong. Time ni la nak beli barang sepuas-puasnya sebab esoknya nak kembali ke tanah air. Sehingga tengah malam kami berada di sana. Habis beli barang, kami kembali semula ke homestay/hotel kami. Ini lah hari terakhir kami di Korea sebelum pulang pada keesokkan harinya.





Sekian saja coretan aku pada hari ini….bersambung…