Selasa, 30 Januari 2018

Jelajah Pata Timo 2017: Kota Bharu, Kelantan (PART 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebentar tadi aku ada post pasal cuti di Kuala Terengganu...hari ini aku nak sambung balik cerita aku jelajah Pantai Timur sempena cuti Deepavali tahun lepas. Kali ini aku dengan keluarga aku pergi ke Kota Bharu Kelantan pada 19 Oktober lepas...sebenarnya, memang dah tertunggu-tunggu untuk ke sana.

Tak macam sebelum ini, aku kalau cuti ke Pantai Timur mesti berakhir di Kuala Terengganu. Never been beyond north of Kuala Terengganu. Kali ini, memang kami akan.... boleh katakan 'cross the line' la. Pagi-pagi lagi, kami dah kena sarapan kat hotel dan selepas itu, kami pergi dari hotel. Ingatkan nak pergilah sementara ke tempat-tempat di Kuala Terengganu seperti Muzium Negeri (siyes...memang cantik siot muzium tu, besar tapi rasanya banyak gila apa ada dalam tu), tapi takut terlambat sampai ke Kota Bharu, kami pun terus meninggalkan Kuala Terengganu.

Sebelum meninggalkan hotel...




Bye hotel...
Dalam perjalanan kami ke Kota Bharu, ada la dengar-dengar nak abah lalu di Jalan Negeri Terengganu 1 sebab ikutkan dalam Google Maps, jalan ni paling cepat sampai Kota Bharu, tapi bagi aku lagi senang guna Jalan Persekutuan 3, mungkin pasal jalan besar la kot. Apapun, hari tu jugak aku pertama kali pergi lagi ke utara Terengganu seperti lalu Permaisuri dan Jerteh (kampung kepada salah seorang roommate aku). Kira-kira pukul 1.40 petang, akhirnya sampai la aku ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Haah....baru nampak Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam

Kuala Terengganu molek doh....

INILAH TOL JAMBATAN SULTAN MAHMUD YANG SUDAH DIMANSUHKAN....

Aku seriously lagi suka kalau seni bina masjid-masjid kat Malaysia macam kat Jerteh ni....ikut negeri masing-masing

Buat pertama kalinya aku jejak Kelate



Nampok doh bandar Kota Bharu...molek sungguh

Kira-kira pukul 3.30 petang, kami sampai ke hotel Holiday Villa dekat depan Wakaf Che Yeh je. Lepas daftar hotel, letak barang dan solat, kami keluar dari hotel pasal nak jalan-jalan dekat pusat perniagaan Wakaf Che Yeh. Pada ketika ini, tempat ni masih sunyi lagi (tapi khemah depa dah siap pasang), rupanya pasal diorang berurusniaga pada waktu malam, sekurang-kurangnya sebelum Maghrib la. Lepas jalan-jalan kat Wakaf Che Yeh, kami makan kat satu gerai emmm....lupa dah apa namanya...haishhh. Tapi makan macam biasa je...nasi goreng..wekkk

Selepas itu, kami jalan-jalan balik ke Wakaf Che Yeh. Kali ini, kebanyakan gerai-gerainya sudah pun dibuka (begitu jugak dengan kedai-kedai). Kat sana banyak baju, dan segala barangan murah...kalau tak caya, boleh cuba cuti ke sana nanti.

Maghrib tu, kami semua balik ke hotel. Kali ini kami duduk je dalam bilik, tak keluar makan sebab perut masa tu masih penuuh...hihi.

Okay, setakat ini saja coretan aku. Bersambung...wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan