Khamis, 15 Ogos 2019

TRAVELOG SHANGHAI PART 5 (7 Februari 2019 : Pi Muzium)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Kullu A'amin waantum bikhair...

Beberapa hari lepas aku ada cerita pasal pergi ke Yu Yuan tapi tak jadi. Hari ini aku Travellog Shanghai bersambung dengan coretan aku ke dua muzium pada 7 Februari lepas. Tapi, dua cerita berbeza untuk dua muzium tu.

Shanghai Science and Technology Museum

Tengah hari pada hari tu kami dah sampai dah betul-betul stesen Shanghai Science and Technology Museum. Kalau dari hotel, turun ke People's Square dan tukar kepada Line 2 ke stesen tersebut menghala ke timur (yakni airport la sebab ni line terus ke airport).

Lepas keluar dari stesen, kena singgah dulu ke mini mall yang mengandungi macam-macam kedai seperti kedai cenderamata malah pakaian pun ada la sikit-sikit. Niat pada awalnya nak masuk ke muzium tapi malangnya, beratur panjang pulak lepas tu kena bayar pulak kalau nak masuk. Takut tak sempat untuk pergi ke History Museum pasal tutup petang, kami terpaksa batalkan nak masuk ke muzium tu.



Besauu muzium ni...




Kami pun terus patah balik ke stesen People's Park yang menempatkan History Museum yang tak jauh dari stesen.

Shanghai History Museum

Kunjungan kali ini sedikit berbaloi pasal masuk pun percuma cuma perlu pemeriksaan barang je takut ada barang yang terlarang je. Untuk pengetahuan korang, banguan muzium ni asalanya merupakan bangunan Shanghai Race Club House dan Shanghai Art Museum . Hanya jadi muzium pada tahun 1984.

Berbeza dengan Shanghai Museum yang lebih kepada umum kepada sejarah China saja, muzium ni lebih spesifik untuk sejarah bandar Shanghai sejak zaman prasejarah sampai sekarang.

Ni lobi muzium kalau tak silap aku...


Montaj sejarah Shanghai

Bahagian muzium yang pertama yang kami pergi ialah pameran tentang sejarah seni bina bangunan di Shanghai. Dekat situ banyak campuran budaya dalam seni bina bandar tu seperti seni bina Eropah misalnya.

Tak cukup dengan itu ada juga menceritakan tentang salah seorang penduduk khas di Shanghai melalui beberapa perutusan surat serta pembahagian kawasan. Terdapat juga pameran ala 'hologram' yang menerangkan satu persatu bangunan penting di Shanghai.



Salah satu bangunan ini ada seni bina tradisional Cina.

Skyline Shanghai dulu yang meliputi The Bund..





Pembahagian yang aku maksudkan..



Surat-surat
Selepas habis mengenai seni bina di Shanghai, kami naik ke tingkat pertama iaitu mengenai prasejarah Shanghai. Boleh dikatakan dulu muka bumi Shanghai tidak serupa dengan sekarang. Nice jugak cara animasi depa...

Pada masa yang sama jugak, ada juga pameran tentang alatan serta sosiobudaya prasejarah di Shanghai.
Penerangan tentang prasejarah walaupun aku tak faham sepatah pun Mandarin...

Antara peralatan prasejarah..




Tulisan cina lama...





Lukisan mengenai kubu dan tentera...

Kemudian, kami naik lagi satu tingkat yang menerangkan tentang sejarah Shanghai yang kira-kira dalam abad 15 ke 19 tak silap aku.. Ada jugak termasuk zaman Republik China sehingga Republik Rakyat China termasuk zaman Chinese Civil War.. juga Perang Dunia Kedua di mana pernah berperang dengan Jepun....juga sehingga hari ini...
Meriam nak tembak sape ni...hehe..



Ni aku dok tanya... ShanGhai ke ShanChai??!!






Sejarah bermulanya Parti Komunis China

Antara bangunan yang menjadi tempat meeting parti komunis China



Ni tak silap aku cakera pasal zaman Republik China..













Pejabat apa lak ni...



Ni la cakera Lagu kebangsaan China yang ada la ni...








Lambang Republik Rakyat China





Habis gi muzium tu, kami balik la sekejap ke bilik. Malam kami dinner kat satu restoran Cina Muslim dekat Nanjing East Road. Salah satu aku makan ialah yang serupa dengan 'nasi putih ayam merah' tapi dengan taste Cina. Sedap....







Setakat ini saja dulu untuk coretan kali ini....bersambung lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan